Cerita Yang Jarang Terkini :

Makan Sireh?

Empayar Utama - Sunday, November 28, 2010 : 2 comments

Sorang anak aku leka melihat beberapa orang tua berkumpul sambil mencalit sedikit kapur pada sireh; sireh dilipat empat kemudian meracik halus biji pinang dan gambir sebelum disumbat ke dalam lipatan sireh tadi.

Apabila sireh tu di makan, dia terus bertanya - "Abah, boleh makan ke benda tu?". Aku dapat cerita serba
sedikit apa yang aku tau : Itu namanya sireh; kegemaran orang-orang tua untuk menguatkan gigi dan gusi. Itu kata arwah atuk perempuan aku yang juga ada hobi makan sireh. "Kalau Alia nak makan, cubalah".

Balik kampung je, aku cuba kumpulkan barang-barang tu untuk ditunjukkan kepada anak-anak biar mereka dapat lihat lebih jelas apa itu sireh, gambir, pinang dan kapur. Sayang sikit sireh kat belakang rumah tak cukup lebar tapi puas atilah dapat tunjukkan mereka semua tu.


Biasanya orang tua sekarang membawa bekal barangan nih dalam bungkus plastik. Alat untuk meracik gambir dan pinang dipanggil 'kacip' warna hitam. Problemla pulak nak tunjuk apa menatangnya 'kacip' tuh.

Tapi mak aku memang ada simpan satu set 'tepak sireh' (sori aaa... barang dalam simpanan tak bergosok, jadi tembaga ada keluar sket warna ijau-ijau tuh).



'Tepak sireh' ni digunakan di dalam rumah je, untuk mereka yang memang hobinya makan sireh. Jadi segala barang yang dah di racik, kapur dan sireh disusun dan diletak dalam bekas-bekas yang disediakan. Kalau nak dibawa bejalan, perghhh... berat tu satu set tembaga.

Jadi bila ada geng-geng makan sireh bertandang ke rumah; arwah atuk aku masa hidupnya akan keluarkan 'tepak sireh' ni untuk dikongsi makan beramai-ramai.



Mungkin jelas sket gamba kacip kat atas tu.

Satu lagi, biasanya lepas makan sireh mereka akan kepal-kepal pulak sikit tembakau untuk dihisap. Diorang panggil 'songel'. Biasala... budak budak sekarang kalau tanya macam-macam yang kita tak dapat jawab; kita kata "banyak songellah kau ni"...


Undangan Perkahwinan

Empayar Utama - Friday, November 26, 2010 : 2 comments

Tengahari semalam pakcik jiran sebelah bagi kad jemputan. Ini majlis perkahwinan anak gadis bongsu mereka. InsyaAllah jika tiada aral kami sekeluarga akan hadir.

Sabtu lepas pula aku pergi majlis kenduri kahwin sepupu perempuan belah mak kat Kluang, Johor. Nama Nordiana tapi panggil Nodi.
Meriah jugak dan unik lihat pengantin lelaki bertandang ke rumah pengantin perempuan diarak bersama paluan kompang dan dayang-dayang kecil. Lebih menarik raja sehari disambut oleh 2 pesilat muda (sorila tak rakam video sebab aku tangkap gamba guna enset je).

Kat sini aku rasa bangga jugak sebab masih ada pelapis yang masih giat meneruskan adat resam dan budaya kita. Susah nak jumpa acara macam ni lagi di majlis perkahwinan zaman sekarang sebab ramai yang memilih majlis didakan di dalam dewan, dan memesan katerer untuk hidangan.

Untuk majlis ini, walaupun di tengah taman perumahan; semangat gotong royong masih tebal di mana segala masakan disediakan oleh penghuni taman perumahan. Mereka digelar 'kendarat' dan kendarat lelaki memakai T-Shirt seragam kelabu untuk memasak, membasuh, menambah lauk, nasi dan air; manakala kendarat wanita juga berpakaian seragam ungu begitu sibuk memastikan nasi dihidang untuk tetamu, acar dan rojak buah sentiasa tersedia dan paling penting meja dikemas untuk keselesaan para jemputan.

Kedua orang tua pengantin (aku panggil 'Cik' aja) berkampung di khemah penyambut tetamu dan tidak lupa menghulur buah tangan kepada tetamu sebelum mereka pulang.

Satu perkara yang aku perhatikan, set tepung tawar sekarang ini memang lengkap tetapi diperbuat daripada plastik/pvc. Aku teringat ada menyimpan satu bekas perenjis air mawar tembaga di kampung.

Bekas air mawar ini masih elok dan tersimpan sebagai hiasan. Tak tau bila lagi ia akan diguna pakai...


Persada Johor

Empayar Utama - Wednesday, November 24, 2010 : 2 comments

Hai, cerita pertama untuk dikongsi melalui belog yang baru dipulang oleh pakcik gugel.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Menyambut ulangtahun kelahiran baginda yang ke 52 Isnin lalu (22 November, 2010). Dah sebab cuti, aku berpeluang pusing-pusing kat Bandaraya Johor Bahru.
Mak aiii, manyak jalan dah berubah, bangunan baru muncul dan memang jem takyah nak cakaple. Bangga jugak nengok pembangunan pesat di bawah Wilayah Pembangunan Iskandar. Singgah jap kat Bangunan Danga Bay untuk lihat keseluruhan model projek pembangunan ni.

Masa pusing-pusing kat bandar aku sempat snap pic Persada Johor. Persada Johor atau Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor ni adalah mercu tanda di negeri Johor yang telah mula berfungsi pada 1 Oktober 2006. Ia merupakan pusat konvensyen pertama di bina di negeri Johor dan terbesar di Selatan Semenanjung Malaysia.


Persada Johor melambangkan nilai sejarah Johor dengan menggabungkan ciri teknologi moden. Memang sekali pandang ianya berbentuk seperti topi, dan sebenarnya diilhamkan berdasar topi rasmi Timbalan Setia Negeri Johor. Bangunan itu didirikan di atas bekas tapak kem askar Timbalan Setia Negeri Johor dan dihubungkan dengan Hotel Puteri Pan Pacific melalui jejantas .


Almarhum Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil ’Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail memperkenan perasmiannya pada 5 Mei 2007 dan pada tahun yang sama Persada Johor menang "FIABCI MALAYSIA SPECIAL PROJECT AWARD".

Dilengkapi dengan bilik konvensyen, mesyuarat, bilik pameran, beberapa dewan (ada tiga dewan kecil kalis bunyi), kemudahan internet Broadband, WiFi, audio dan terjemahan memang bersesuaian untuk konvensyen, mesyuarat, pameran, konsert, jamuan dan perkahwinan.

Nih, siap jadi backdrop lagi: