Home » » Makan Sireh?

Makan Sireh?

Empayar Utama - Sunday, November 28, 2010 : 2 comments

Sorang anak aku leka melihat beberapa orang tua berkumpul sambil mencalit sedikit kapur pada sireh; sireh dilipat empat kemudian meracik halus biji pinang dan gambir sebelum disumbat ke dalam lipatan sireh tadi. Apabila sireh tu di makan, dia terus bertanya - "Abah, boleh makan ke benda tu?". Aku dapat cerita serba
sedikit apa yang aku tau : Itu namanya sireh; kegemaran orang-orang tua untuk menguatkan gigi dan gusi. Itu kata arwah atuk perempuan aku yang juga ada hobi makan sireh. "Kalau Alia nak makan, cubalah".

Balik kampung je, aku cuba kumpulkan barang-barang tu untuk ditunjukkan kepada anak-anak biar mereka dapat lihat lebih jelas apa itu sireh, gambir, pinang dan kapur. Sayang sikit sireh kat belakang rumah tak cukup lebar tapi puas atilah dapat tunjukkan mereka semua tu.


Biasanya orang tua sekarang membawa bekal barangan nih dalam bungkus plastik. Alat untuk meracik gambir dan pinang dipanggil 'kacip' warna hitam. Problemla pulak nak tunjuk apa menatangnya 'kacip' tuh.

Tapi mak aku memang ada simpan satu set 'tepak sireh' (sori aaa... barang dalam simpanan tak bergosok, jadi tembaga ada keluar sket warna ijau-ijau tuh).



'Tepak sireh' ni digunakan di dalam rumah je, untuk mereka yang memang hobinya makan sireh. Jadi segala barang yang dah di racik, kapur dan sireh disusun dan diletak dalam bekas-bekas yang disediakan. Kalau nak dibawa bejalan, perghhh... berat tu satu set tembaga.

Jadi bila ada geng-geng makan sireh bertandang ke rumah; arwah atuk aku masa hidupnya akan keluarkan 'tepak sireh' ni untuk dikongsi makan beramai-ramai.



Mungkin jelas sket gamba kacip kat atas tu.

Satu lagi, biasanya lepas makan sireh mereka akan kepal-kepal pulak sikit tembakau untuk dihisap. Diorang panggil 'songel'. Biasala... budak budak sekarang kalau tanya macam-macam yang kita tak dapat jawab; kita kata "banyak songellah kau ni"...


related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

2 comments:

  1. err.. nanti kalau adinda balik umah mak, adinda tolong polishkan e..

    ReplyDelete
  2. Pakai 'Otosol' pastu claim upah kat bonda aaaa....

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...