Home » » Tutorial 3 Dalam 1

Tutorial 3 Dalam 1

Empayar Utama - Friday, July 15, 2011 : 8 comments

Nak tau kenapa jadi Tutorial 3 dalam 1? Sebab 3 benda ni berkait antara satu sama lain tapi masih boleh kalau nak guna satu; dua atau ketiga-tiganya sekali. Hehehe sebenarnya aku malas nak buat sampai 3 entri. Dahla blog rojak tetiba jadi blog tutorial pulak. Ini penangan sebab tukar template punya pasallah ni. Padan muka aku.

Kalau nak bagi tutorial kena cuba dulu kalau tak camna orang nak percaya dan ikut, kan? Aku ucapkan banyak-banyak terima kasih pada korang semua sebab sudi jengah blog dan bagi panduan berguna.

Aku cuba cara yang Affan Ruslan nasihat tapi macam tabley pakai je iwebtool tu (memang sekarang dah takde pun program nih). Jadi aku guna Google Gadget je, senang sikit.

1. Tukar kod html untuk mudah letak di entri / posting dan senang untuk pembaca kopipes kalau minat nak mencuba.
Dulu kalau korang nak, boleh pergi kat Code Converter; tapi program ni dah tak ada. Jadi sekarang ni aku guna Web 2.0 Generators. Memang berfungsi lagi.

Haaa pergi sini tau: Web 2.0 Generators

2. Pasang scroll box dalam entri ikut suka.
Satu lagi, disebabkan boleh kata semua entri aku ni panjang berjela belaka; aku cuba juga cari scroll box, cam biasalah kenen kat pakcik google dan banyak juga tutorial pasal scroll box ni. Tapi aku ambik kod yang ada kat Quackit dan gabungkan kodnya dengan yang ada kat Belog Farah Shahirah dan terhasillah kotak entri yang korang nampak ni.

Pada aku bagus jadi tak payahlah aku nak senaraikan kelebihannya. Yang tak bagusnya aku rasa:

1. Rugi pada bisnes blog sebab seboleh-bolehnya nak pamerkan segala yang ada kat dalam blog jangan sampai pembaca tak nampak pulak (alah, takut pembaca tak scroll down, bisnes kureng nanti)

2. Iklan yang bayar melalui CPM atau dalam kata lain - 'iklan berbayar berdasar tayang iklan pun dapat duit berdasar pada jumlah pengunjung' susah sikitle nak di tunjuk sebab kalau dah buat scroll box pendek je; baik tak yah pasang. Betul juga kan, kalau dah dengan iklan-iklan pun disorok, baik takyah letak iklan tu.

3. Nantilah aku fikir apa lagi kelemahannya, hehehehe.

Oh lupa lak. Nak tengok camna rupa gabungan kod yang aku buat? Macam ni:

<div style="border: 1px solid #c0c0c0; font: 12px; height: 500px; margin: 0px auto; overflow: auto; padding: 5px; width: 98%;">
SINILAH AREA KALAU NAK BUAT POSTING KE, LETAK GAMBAR KE, IKLAN KE, APA BENDALAH YANG KORANG SUKA LETAK
</div>

Aku ambik kod yang paling simple sekali yang ada border, kaler border, besar tulisan (kat situ aku letak 12px), ketinggian box, auto margin (senang tak yah nak set-set lagi), jarak antara entri dengan border kiri dan kanan (padding), dan akhir sekali aku pilih saiz lebar box 98% dari ruang lebar entri blog pos ni.

3. Pasang kod scroll box dalam setting entri pos.
Dan yang terakhir, untuk tutorial ketiga ialah camana nak pastikan scroll box ni sentiasa ada dalam blog tiap kali nak buat posting / entri baru (itupun kalau suka, tak suka tak yahla letak):

1. Dashboard ---> Settings ---> Formatting

2. Letak kod scroll box asal tu dalam kotak Post Template dan tekan Save Settings

3. Dah siaple. Korang bolehlah mula buat entri baru dalam kotak skrol. Abis...

Posting ini aku guna ketiga-tiga benda yang aku cerita kat atas tadi. Best tak tutorial aku? ~*mak*~ jangan jatuh terguling lagi tau baca entri aku yang ini...

.
related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

8 comments:

  1. Mohd Izzar; sekadar berkongsi, aku cuba buat seringkas dan semudah yang boleh...

    ReplyDelete
  2. ok la ney..ringkas sgt..kang owg tak paham lak..

    ReplyDelete
  3. haa entri panjang2 kalo ada scroll senang sikit kot nak baca.. huhu

    ReplyDelete
  4. Seronok arr bc tutorial baru... bertambah anak murid uncle google... hehee...

    ReplyDelete
  5. @blog-tips-kurus; @Siti Safiyyah; @Ratu Satin; tu la pasal, kalau tak tuka template tak dela dapat kongsi benda ni kan...

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...