Home » » Apa Cerita?

Apa Cerita?

Empayar Utama - Thursday, December 16, 2010 : No comments

Menarik cerita nih. Tapi aku bukan nak tokok tambah pasal luxury cars, cuma macam ada yang 'kureng' dalam news nih. Mungkin reporter amat tertarik dengan model-model kereta mewah jadi terlupa nak sambung kerja beliau. Aku 'tolong sambungkan' ok?

Aku x pasti bila da published kat paper boleh diiktiraf jadi laporan
rasmi atau tidak tapi kita biasa sebut 'laporan akhbar'; kira dah report la kan?

Setidak-tidaknya aku nak juga baca ulasan SPRM (reporter nih jumpa dia kat depan pejabat SPRM maaaaa.....) 1 lagi, takkan tak nak forward ke JPJ? Kalau geran potostat lain cerita tapi kes ni masih panas - belum 3 bulan lagi tu.

Ini kaw-kaw punya kerja oleh runner dan printer kat JPJ (aku tak tuduh orang aaa....) dan kalau boleh cuci, aku rasa ini profil tinggi jugak selain dari kes Kastam dan Imigresen; Minyak Diesel Subsidi; atau MAS yang rugi tu.

Bukan susah na nak trace pun. Geran kenderaan juga dikenali sebagai JPJK2 aku splitkan kepada 3 bahagian utama. Sebenarnya banyak bahagian lain yang penting tapi 3 basic ni dah cukup nak tengok ada 'masyuk' ke tidak...

A - Sama ada kosong (kira geran baru la); SAMBUNGAN (maksudnya geran asal dah penuh, jadi Geran SAMBUNGAN adalah Geran kedua); dan SALINAN (ni yang best nih - selalunya geran asal rosak atau hilang).

B - Pejabat JPJ yang mengeluarkan Geran tu. Kat Malaysia ni berapa banyak cawangan JPJ? Susah nak trace ke?

C - Belakang Geran mesti ada nama orang yang print Geran tu. Sudah terang lagi bersuluh ma...


Susah-susah sangat, tambah je la kat paper tu, 'Jurucakap SPRM enggan mengulas lanjut kerana kertas siasatan belum lagi dibuka' dan 'pihak JPJ masih gagal dihubungi buat masa ini'. Abis cerita...


related posts plugin for wordpress, blogger...
^_^

0 comments:

Post a Comment

Tulislah apapun, aku baca...