Home » » Makan-Makan 1 Malaysia

Makan-Makan 1 Malaysia

Empayar Utama - Friday, December 3, 2010 : No comments

Pukul 8 malam tadi ke Bandar Baru UDA memenuhi undangan kawan sebab dia buat open house sempena Deepavali. Sekali sampai je, alamakkkk lupa plak family member dia nih orang kuat MIC Johor Bahru. Senang cakap - Ini majlis rumah terbuka Deepavali anjuran Wanita MIC Bahagian Johor Bahru. Patutla parking penuh.

Cam biasa namakan ajalah majlis makan apa pun, janji orang politik buat confirm ramai datang. Makan free beb. Kena pulak Datuk Shahrir Samad yang on the way ke Konvensyen Barisan Nasional Kuala Lumpur singgah. Mamat TV3 pun ada. Datuk Bala mesti ada. Majlis dia nih.

Gambar atas tuh Datuk Shahrir tengah kena temubual ntah pasal happa akupun tak tau. Masa tu aku tengah cari air basuh tangan anak aku so break jap tangkap gamba.


Yang bestnya aku tak dapat kad pun. Pastu melilau cari rumah. Ngam-ngam pulak ada 3 rumah kat area tu buat dinner. Aku call member yang pernah dok kat UDA nak confirm address.

Dalam setengah jam pastu, mamat nih boleh sms aku tanya buat happa kat situ. Alamak aku tanya balik "member satu opis lu buat makan-makan open house Deepavali lu tak datang meh?" Dia tu peminat setia Datuk Shahrir, kalau dia tau orang tua tu ada mesti dia dah siang-siang park keta tepi kemah siap pakai baju batik biru dia tu.

Kira okla Datuk luangkan masa dari meja ke meja beramah mesra dengan tetamu dapat sembang-sembang jap. Dulu masa Larian Amal Gaza kat Angsana nampak dr jauh je dok kat seat VIP, tak tengok pun budak-budak Tadika mewarna.

Teringat lak aku masa tu tanya kat anak "Kenapa Fina tak kaler cantik-cantik? Kan nanti boleh dapat basikal?" Dengan selamba dia jawab "ala basikal dah abis". Takpe la janji dia ada hati nak mewarna dan jumpa geng-geng tadika dia.


Konon-kononnya ni mengiring Datuk Shahrir buat tosey.
Mohd Isya jangan jeles aaarrrrr......


Tetamu di bawah khemah datang dan pergi, meriahnya makan-makan 1 Malaysia.

related posts plugin for wordpress, blogger...
^_^

0 comments:

Post a Comment

Tulislah apapun, aku baca...