Home » » Satu Suara (Insan Kerdil)

Satu Suara (Insan Kerdil)

Empayar Utama - Wednesday, December 8, 2010 : 1 comment

Orang tua aku tiap hari belek paper dan Mastika. Pastu bila nampak produk kesihatan mulalah bercerita pasal ubat tu, ubat ni; nampak macam baguslah, nak trylah, macam-macamlah.

Ikut pemeriksaan rutin di klinik, cuma ada darah tinggi je. Jadi pihak hospital bekalkan dua tiga
jenis ubat. Dia pun faham bila umur dah lepas 65 tahun memanglah penyakit senang nak menyerang. Takat ni tak de masalah kalau putus ubat. Tunjuk je ubat spital tu, adalah jual kat farmasi.

Cakap pasal ubat, makin banyakla pulak iklan produk kesihatan kat paper. Dari penapis air; produk kesihatan; sampai ke produk kecantikan. Malaysia ni betul-betul open market walaupun majoriti barang-barang tu tak nampak kat kedai. Yang herannya pulak, bila dah tak ada kat kedai, harganya mak oiii. Alternatif yang sama ada kat kedai tapi takdelah pulak mahal gila cam kat iklan or website.

Mende-mende ni macam tak berdaftar kat Kementerian Kesihatan so aku punya kesimpulan, produk kesihatan ni cuma sebagai alternatif atau supplement. Tak beli pun tak pe. Dahla mahal. Cuma heran bila website letak harga melampau siap ada macam-macam khasiat tuuuu...

Mungkin mahal sebab produk-produk nih bersangkutan dengan projek MLM TUAN PUNYA WEBSITE. Baguslah kalau nak berniaga yang betul. Tapi bila masuk bab MLM nih, aku menyampah sikit sebab apa; Promoter MLM (kengkadang tokey website tu sendiri) bukan jual produk tapi jual pelan. Siap pelan A, pelan B, pelan macam-macamlah. Member aku jadi pelukis pelan, arkitek dan kat kilang pun ada planner tapi tak pernah pulak jual pelan.

Kat sinilah biasanya 'Usahawan Bumiputera' selalu kena taruk sebab lari dari projek asal. Mungkin jugak projek asal memang nak jual pelan, so produk tu jadi wayang jerk...

Promote punya promote, sampai ada website langsung tak ada produk!!! SMS tu produk ke? 'Cari Duit Raya' pun bukan produk rasanya. Cuma jual pelan
bangunan bertingkat-tingkat sampai nak kiamat. Ini da transform jd skim piramid! Bukan produk MLM lagi dah ni.

Satu lagi yang aku heran, dalam dunia yang makin canggih ni, masih tak percaya pada kebolehan media dan teknologi. Internet dah ada, website dah ada, published lagi kat paper, magazine, flyers. Pun masih kena masuk kampung, buat road show kempen 'jual pelan'!!! Siap balik pagi tuh sebab cari prospek (Cari prospek? Bukan jual produk?)

Kalau dok sibuk cari affiliate atau stokis je, siapa nak beli barang? 'The product' kat website tu cuma takat jadi barang hadiah. Aku tak boleh bayangkan macam manalah produk asal kat website yang mahal nak mampos tu boleh jadi hadiah kalau masuk 'join' jadi member!!! Ke sebenarnya barang yang di promote tu memang tak ada harga???

Ni member aku jual keta. Dia tanya bley convert tak bisnes dia jd MLM? Join dia, jadi member dapat keta terus. Tapi membership mahal la. Beli keta saja dalam patploh ribu. Tapi kalau join membership tujuh puluh ribu dan satu hengget. (Satu hengget tu duit kopi potostat dokumen) Percuma keta sebijik. Tak dapat buyer, dapat downline dah cukup.
Komisen jual keta takdak tapi ada bonus sebab jadi introducer. Loan jangan takut bank banyak. 100% financing pun bley. Janji masyuk......

Mahal memang mahal la, nama pun dah bisnes MLM . Nanti tokey lambat kaya. Nama company pun dah dekat-dekat MLM kalau dapat lesen MLM tuka nama jadi Meletup Letup Motor (MLM).

Bukan apa, aku tengok susahnya dia nak mula berniaga keta second hand pun macam macam jabatan nak kena lepas. Bukan senang beb. Takat nak daftar perniagaan, bayar kat ejen lapan ploh hengget dah dapat dah daftar perniagaan. Tapi lesen tuh, kena dapat kelulusan polis, bomba, kesihatan, pejabat tanah, pejabat daerah, tenaga nasional, syarikat air. Ini bukan main main punya berniaga. Nak tanggung keluarga.

Jadi apa salahnya kalau apa-apa bisnes networking, MLM ala-ala pelan bertingkat (janji ada je kat website tu cerita pasal pelan bertingkat dalam bisnes dia); kalau boleh dapatkan kelulusan dulu dari pelbagai pihak seperti

- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk Lesen Jualan Langsung mengikut Akta Jualan Langsung 1993;

- Kementerian Kesihatan untuk Akta Ubatan (Iklan dan Jualan) 1956 (Pindaan 1983) dan Lembaga Pengiklanan Perubatan 1976; walaupun tak declare ubat janji ada cerita pasal produk untuk kesihatan; dan

- kena daftar ke SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM).

Lagi cantik kalau bagi syarat mesti pamer kod rujukan ketiga-tiga pihak tu dalam halaman utama tuan punya website - senang nak rujuk kalau ada kemusykilan, tak gitu? Ini pun marketing strategi jugak beb sebab bila dapat pamer tiga tiga nombor rujukan tu, confirm orang percaya kat website lu brader.... Biar pun produk jadi topeng. Kuang kuang kuang.

Kalau susah sangat, kita tunggu April nanti macammana aku pun tak tau cara penguatkuasaan,. Harap-harap produk MLM pun diambilkira. Baca artikel nih dari Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob:


Ini kopipes dari Utusan Malaysia 8/12/2010.

related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

1 comment:

  1. How I Got My Loan From A Genuine And Reliable Loan Company

    I am Mrs.Irene Query i was in need of a loan of $150,000 and was scammed by those fraudulent lenders and a friend introduce me to Dr Purva Pius,and he lend me the loan without any stress,you can contact him at (urgentloan22@gmail.com) Approvals within 2-4 Hours


    1. Name Of Applicant in Full:……..
    2. Telephone Numbers:……….
    3. Address and Location:…….
    4. Amount in request………..
    5. Repayment Period:………..
    6. Purpose Of Loan………….
    7. country…………………
    8. phone…………………..
    9. occupation………………
    10.age/sex…………………
    11.Monthly Income…………..
    12.Email……………..

    Regards.
    Managements
    Email Kindly Contact:urgentloan22@gmail.com

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...