Home » » RON95

RON95

Empayar Utama - Wednesday, January 26, 2011 : No comments

Aku bukan jenis suka burukkan identiti orang. Sebab tu semua pics yang bukan famili, aku cuba sedaya upaya tutup jangan sampai semua pihak tau.

Siang tadi dapat satu emel aku rasa relate ngan entri Jumaat lepas:


Aku ucap berbanyak terima kasih pada sender sebab pertama - baca blog aku yang merapu; kedua bagi respon walaupun tak pos dalam blog. Aku mengaku matematik aku kureng sikit. Aku lebih minat melukis masa kat sekolah dulu walaupun berada dalam aliran Sains. Bley klik gamba kat bawah ni kalau nak bagi besar sikit:


RON95 harganya RM1.90 seliter, satu lagi tu RM2.40 seliter. Jadi bezanya 50 sen aja. Satu kiosk area bandar paling cikai pun ada 4 pam petrol. Kira purata satu kereta isi 40 liter sebelum blah dari situ. Jadinya 20 hinggit Malaysia. Dalam satu hari tak payah banyak, 1 pam 10 kenderaan pendaftaran asing (bukan UFO aaaaaa) so jumlah satu kiosk dapat purata 40 kenderaan satu hari. Ini paling cikai la. 40 kenderaan tu kali dengan 20 hinggit dapatlah 800 hinggit.

Berapa pam minyak ada kat Johor Bahru yang aku kena masukkan? OK kita ambik 15 kiosks. Jadi satu hari kerajaan patutnya dapat hasil 12 ribu tau. Sebulan ada 30 hari, sebab aku ambik paling cikai punya jumlah kenderaan terus kali 30 senang cerita. Sebulan kerajaan hilang macam tu aja sebanyak 360 ribu ringgit. Kalau kita tarik 5 bulan ke belakang bermula dari hari ini, kerajaan dah hilang 1.8 juta Ringgit Malaysia melalui RON95. Kalau kita convert pembelian tu semua adalah RON97, kerajaan dah kumpul 1.8 juta ringgit! Ini minimum calculation yang tak tepat. Kalau nak agak tepat, kena pergi tengok statistik kemasukan kenderaan tu dalam sebulan, bagi diskaun 30 persen untuk yang beli RON97. Mesti jumlahnya lebih besar kan?

Gambar-gambar yang aku tunjuk kat entri hari tu adalah pada hari biasa bukan hujung minggu atau public holiday. Dan dari 5 pintu sempadan jalan darat (5 ke? Itu yang aku tau takat ni) pintu selatan tanahair yang paling meriah dengan kenderaan pendaftaran luar.

Agaknya jabatan yang dilantik untuk buat pantauan tak dibayar sebab tu malas nak buat kerja percuma. Kalau camtu kenalah bayar gaji. Tapi kalau memang gaji dah dibayar tapi tak buat kerja jugak apa citer? Daripada kerajaan hilang 4.32 juta setahun hanya dari satu pintu sempadan, tak payah la selaraskan (naikkan) harga minyak beban kat rakyat. Cara terbaek asingkan pam RON95 satu bahagian; pam RON97 satu bahagian lain untuk tiap kiosk. Letak CCTV untuk area RON95 dan pihak pemantau rekod kedatangan (macam rekod polis kalau datang melawat) untuk tengok rakaman CCTV. Tindakan atas tokey pam minyak kalau langgar aturan atau tak dapat tunjuk rakaman tak peduli apa alasan pun. Tindakan atas pemantau berdasar rekod kedatangan dan laporan bertulis. Bukan susah pun.


Pilihan BIJAK
Sumbat, sumbat hingga ke titisan yang terakhir...
Beza 20 hinggit satu tong 40 liter tak sampai pun S$8.50, itu pun nak berkira ke?


related posts plugin for wordpress, blogger...
^_^

0 comments:

Post a Comment

Tulislah apapun, aku baca...