Home » » 6 Sungai Paling Teruk Tercemar

6 Sungai Paling Teruk Tercemar

Empayar Utama - Thursday, February 24, 2011 : No comments

Baru aja aku buat entri pasal keindahan di Pasir Gudang, hari ni Ketua Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor umumkan pulak pasal 6 sungai yang teruk tercemar kat sana. Sebenarnya teguran tu dibuat pada Seminar Alam Sekitar yang berlangsung di Tanjung Puteri Golf Resort.


Seminar bertajuk "Persekitaran DiDahulukan, Kesejahteraan DiUtamakan" tu dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar macam kat banner bawah ni:

Sorilah yea, aku suka amik gambar pemandangan jadi aku tak shootpun gambar pak menteri, YDP MPPG dan Pengarah JAS. Kalau nak nengok muka diorang, baca paper.


Ramai gak yang datang, lebih 300 orang rasanya tapi biasalah - belah pagi je. Lepas pak menteri balik, separuh dewan aja yang tinggal.

Ada gak pameran oleh KPJ (omputeh kata Johor Specialist Hospital), PAGEMA, PUSPATRI selain pameran pelbagai makanan oleh Tanjung Puteri (heheheh). Kat bawah ni antara barangan dari bahan kitar semula:




Aaaaa, inilah para ahli panel yang membentangkan tajuk yang berkaitan dengan Kebersihan Alam Sekitar yang kompeni diorang jalankan. Ianya lebih kepada bagaimana kompeni-kompeni tu mengitar semula sisa bahan dari kilang dan pemprosesan semula air dari kilang- kilang mereka. Yang lebih penting mereka ambil kesempatan promot produk masing-masing (rasanya itu yang diorang utamakan kot...) Kompeni yang take part kali ni ialah Metahub Industries Sdn Bhd (Kitar Semula Sisa Pepejal), IOI Pan Century Edible Oils Sdn Bhd (Kitar Semula Air) dan Ranama Resource Sdn Bhd (Kitar semula segala jenis tong seperti tong dram, tong cat sambil kitar semula sisa cat dan rawatan air atas kotoran yang terkumpul dari tong-tong yang diorang kumpul)

Kalau dah namanya Golf Resort, tak bestlah kalau aku tak tangkap beberapa keping pemandangan padang golf kat situ. Tanjung Puteri ni antara yang terbaik di Malaysia.





related posts plugin for wordpress, blogger...
^_^

0 comments:

Post a Comment

Tulislah apapun, aku baca...