Home » » Kuasa Laman Sosial

Kuasa Laman Sosial

Empayar Utama - Sunday, February 27, 2011 : 4 comments

Aku teragak-agak nak berkongsi cerita ni atau tidak. Jadi sepanjang dua minggu lepas aku cuma pos macam biasa apa aja iklan yang ada kat Churp Churp tu (Oh iya aku berkongsi di lain media sosial, bukan di twitter atau fesbuk). Aku cuma kopipes apa yang program tu bagi untuk dapat respon dari readers luar. Tapi kebanyakan
respon yang aku dapat bukan pasal Churp Churp atau kandungannya pun, tapi lebih kepada program kat laman sosial yang aku buat pos tu sendiri. Sama ada komen yang dibuat tu untuk menambah kutipan kredit mereka atau betul-betul merujuk kepada apa yang aku tulis tu, aku pun tak pasti. Tak seperti pos aku di blog satu lagi, kat sini aku ambil 2 contoh komen terbaik yang aku terima melalui laman sosial APSense:

"Definitely a very Good Business centre, well arranged and Good" - Knight
Ini komen dari Knight yang begitu suka akan Business Centre aku kat APSense tu (klik sini kalau nak nengok), langsung tak komen pasal Churp Churp sebab dia komen dapat 20 kredit aku untuk dia pulak kumpul buat entri dia sendiri nanti. Knight ni berasal dari Timur Tengah, join APSense dari 30 Julai, 2010 lagi.

"Just learning the social aspect so will try this later" - Terri Sinclair
Ini pulak komen user dari United States yang berkampung kat APSense sejak 14 November 2008; dan memang patutpun dia bagi komen camtu sebab program dia masuk semua pasal PTC.

Apa yang aku nak bagitau kat sini ialah Churp Churp ni hanya untuk mereka dari Malaysia dan Singapura aja. Program ni pulak boleh diakses melalui Nuffnang. Tetapi untuk sapa-sapa yang tak berminat dengan Nuffnang, tak ada hal untuk terus register dengan ChurpChurp tanpa melalui Nuffnang.

Sama macam kebanyakan program sekarang ni, masing-masing akan menggunakan platform Twitter dan Facebook untuk promosi iklan dan apa saja yang boleh buat duit. Dua laman sosial ni macam tonggak kepada lain-lain laman sosial (betulkan aku kalau aku salah aaaa). Pernah ke dengar log masuk Twitter melalui Google Adsense? Atau
log masuk Facebook melalui Nuffnang? Tak ada kan… So, inilah kuasa laman sosial yang mana boleh dikatakan majoriti program kat alam maya ni menggunakan 2 platform tersebut.

Ok, cerita balik pasal Churp Churp. Kalau dah register, lepas log masuk – apa yang terpapar adalah ‘Dashboard’ yang akan pamer semua iklan yang boleh dihantar ke mana-mana laman sosial untuk dikongi dan buat duit. Untuk yang pertama kali mendaftar, ada 6 langkah mudah untuk dilengkapkan sebagai syarat menghalau hantu langsuir Jamilah iklan agar mudah dipos:

• Langkah 1: Maklumat peribadi – kalau tak isi nanti tak dapat duit

• Langkah 2: Twitter – Sebagai kebenaran iklan dipos melalui akaun Twitter korang. Ini penting sebab ada satu jenis iklan berjadual yang akan diposkan secara otomatik mengikut pilihan anda nanti.

• Langkah 3: Facebook – Sama gak, kebenaran untuk links yang ada dipautkan kalau nak pos kat ‘Wall’ Facebook korang. Jadi bila korang masukkan links iklan tu, secara otomatik program iklan tu akan buat sokongan dengan memaparkan gambar dan sedikit penerangan pasal iklan tersebut. Boleh kata semua jenis iklan yang ada kat Churp Churp tu dah sedia ada dalam Facebook. Power aaaa……

• Langkah 4: Social Share – Kat sini ada affiliate link korang untuk korang nak buat apa pun kat tempat lain untuk dikongsi bersama. Kat mana? Blog ke, emel ke, apa ke, nak simpan dalam peti sejukpun boleh, ikut suka (Mudah kata - untuk cari duit lebih lagi maaa…)

• Langkah 5: Options – Pilihan dalam Bahasa Melayu. Kat sini kena ingat sket sebab iklan berjadual (tengok Langkah 2) ada identiti sama ada kat depan atau belakang tweet nanti. Jadi kena pastikan jumlah perkataan campur ngan identiti kat sini (diorang kata ’disclaimer’) jangan lebey 140. Memang reject punya. Pastu, pilihlah samada oto-tweet tu 10 aja ke atau sampai tak de limit dalam seminggu.

• Langkah 6: Survey – Ini dah macam kemestian untuk program baru. Jadi, advertiser dapat sesuaikan bentuk iklan yang boleh korang dapat untuk dipos nanti.

Dah siap tu semua, nengok balik kat ‘Dashboard’; akan jadi lebih kurang camni haaa (figure-figure tu tunjuk apa aktiviti yang korang dah poskan):


Hahahah aku punya dah hilangle. Pic nih pinjam dari pakcik gugel, kepunyaan cyberjoy.net

Senang cerita, nak mintak duit kena ada minimum seratus hinggit. Satu lagi, iklan tweet berjadual atau ‘Scheduled Tweets’ tu korang akan dapat melalui e-mel. Rujuk balik Langkah 2 dan Langkah 5 tadi dan ikut ajalah beberapa lagi arahan mudah kat page iklan tu.

Semua dah ok, hapa lagi, pos aja. Ini bukan duit dari downline MLM aaa… ini kira komisen dari usaha kita paparkan iklan advertiser untuk promot produk diorang. Minat? Tak minat? Daripada buang masa kumpul friends sembang-sembang pasal gambar peribadi tu, sesekali poskan iklan, lepas gak duit top-up.


related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

4 comments:

  1. ehem..
    (ta fhm sgt psl nuffnang, churp2 or wateva ue)
    what can we gain from those things???
    is it worth???

    ReplyDelete
  2. Sama leeerrrrr...... lom paham g. T sTudy ek... Ekekeee...

    ReplyDelete
  3. Huh! Dengki rasanya nengok owang len da amik cek 2-3 keping. Bila agaknya nak dapat cek pertama ni... :)

    ReplyDelete
  4. dulu ada gak daftar churp2 tp sejak churp2 kena login guna fesbuk, dah tak guna pun...duit pun dah tatau ada berapa dlm tue...huhu

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...