Home » , » Pandainya Abang Buat Duit

Pandainya Abang Buat Duit

Empayar Utama - Monday, February 14, 2011 : 1 comment

Sedey nengok kedai kereta member (aku ada cerita sikit pasal kedai dia dalam Satu Suara (Insan Kerdil) ) bila kontraktor buat kerja lebih kurang untuk kedai baru dia.

Sekali tengok cam baru nak siapkan kedai:


Dua kali tengok, eh! Kedai sebelah tu semacam je bumbungnya...

Ermmm... Nampak tulang rangka bumbung ada yang bengkok

Besi gelegar untuk susun zink memang dah bengkok pun...


Semua tu hanya disebabkan struktur binaan tiang yang tak didirikan dengan betul. Bawah ni adalah tiang kat tengah-tengah struktur bangunan. Ingat lagi cerita aku pasal Seri Yang Kian Hilang? Betapa pentingnya Tiang Seri sebagai pengukuhan struktur sesuatu bangunan itu. Tiang utama kat bawah ni hanya diletakkan di atas simen, bukan ditanam konkritpun. Dan tiang ni dahpun senget 60 darjah ke kiri. Semua tapak tiang kat bawah ni nampak jelas lepas simen keliling dikorek yang kedalamannya tak sampai 1 inci pun.

Ini belen dua tiang lain sekadar di'welding' pada besi cerucuk yang awal-awal lagi dah ditanam. Aku tak boleh imagine camana 2 tiang ini boleh menampung berat rangka bumbung dan jumlah zing yang ada...

Ini? Ini antara 4 tiang penjuru yang nampak macam betul sikit binaannya. Tapi tak dibukapun skru-skru tersebut. Agak-agak kalau dibuka skru-skru tu, betulke di bawahnya berkonkrit? Tiang ini rasanya sama jenis dengan tiang BRC berplat.

Kedai sebelah yang masih bernasib baik tak runtuh semua bumbungnya disebabkan tiang tengah hadapan menggunakan 'struktur besi type H' atau 'Universal Column 'I' Steel'.

Rasanyalah, semua tiang tu akan jadi lebih kukuh kalau tiap tapaknya dikonkrit dan diskru seperti gamba bawah ni:


Sepanjang jalan tu ada tak kurang dari 12 kedai baru menjual kereta terpakai. Kalau nak kata ribut taufan memang tak ada lagi setakat ni. Dan yang paling penting cuma 2 kedai kat atas tu aja yang jadi mangsa ribut kontraktor yang memang pandai buat duit. Berapa biji kereta yang kena timpa dek bumbung yang runtuh tu?


related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

1 comment:

  1. nielah akibatnya kalau kontraktor hanya kejar duit dari kualiti kerja...

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...