Home » » Tak Nak Ikut, Terikut-Ikut

Tak Nak Ikut, Terikut-Ikut

Empayar Utama - Monday, February 14, 2011 : No comments

12.00 midnight... Yahooo Valentine's Day (apa yang best?)

Aku tak de pic cantik untuk letak kat sini sempena Valentine. Tapi botol perfume FOLLOW ME nih rasanya macam dah susah nak jumpa kat Supermarket atau kedai biasa.
Dulu masa aku muda remaja (hehe.. ewah!), budak perempuan yang aku suka tu pakai jenama ni tapi untuk perempuan. Botol bentuk sama kaler putih / silver dan ada 3 jenis haruman. Seingat akulah, dia suka pakai yang ada lakaran gambar perempuan tengah buat akrobatik. Jadi kalau dia datang dari belakang (teringat cerita Jangan Pandang Belakang la pulak memalam nih) aku tau sangat sebab aroma dari perfume tu dia sorang je yang pakai.

Cerita pasal Valentine.

Ramai orang kita dah terikut-ikut cara kebaratan yang aku rasa kalau ikut cerita sebenarnya bukan Hari Memperingati Kekasihpun. Tapi iyelah, dah nak sambut jugak, sambut ajalah. Aktiviti malam, entah ya malam tadi ke malam nanti aku tak pasti. Tapi biasanya para 'couple' dan yang dah kawen pun ada - selalu pergi 'candling night dinner' romantis sey....
Yang sebenarnya 'blackout' dari siang tadi.
Tu yang dok makan roti naik ngan air Soya jerk...

Yang berjauhan, SMS jadi pengganti diri buat pengubat rindu:

Ni apa kes?

Balik cerita pasal FOLLOW ME tadi:

Jadi, aku harap sangat para pembaca sekalian dapat follow aku kat NetworkedBlogs, Google friend connect (ala mana-mana tempat yang ada part follow tu follow jelah ^_^); facebook dan jugak twitter.


Terima kasih daun keladi,
ingat ingatlah tulisan aku tadi...


related posts plugin for wordpress, blogger...
^_^

0 comments:

Post a Comment

Tulislah apapun, aku baca...