Cerita Yang Jarang Terkini :

Meriahnya...

Empayar Utama - Saturday, March 26, 2011 : 2 comments

Antara gambar-gambar yang sempat aku tangkap pagi tadi.

Kali ni aku nak kongsi Sambutan Maulidur Rasul Anjuran Sekolah Agama Dato Abdullah Esa, meriah woo...

Grup kompang baju biru tu walaupun barisan terakhir, tapi grup tulah yang paling meriah sebenarnya.


Nak tengok livenya, klik video kat bawah ni (tapi aku amik masa diorang berarak masuk dalam kawasan sekolah je, tak sanggup nak ikut 4 km sambil dokong anak kecik) :

Masa kecik-kecik dulu, kalau dah dekat nak sambut Maulud Nabi, kampung yang anjurkan. Kitorang budak-budak sekolah agama buat grup 3-4 orang pusing keliling kampung kutip derma. Masa tu bawak tabung besar tin bersalut ngan tulisan jawi dan ada logo sekolah ke jabatan agama ntah aku pun tak ingat dah. Yang aku paling ingat ialah kami dapat beberapa kebat lencana kertas warna putih ada logo dan jarum peniti untuk disematkan ke pakaian penderma. Kitorang lak pakai kat songkok. 

Sekarang dah lain. Sekolah cuma perlu buat surat derma ibu bapa. Sebelum pakai surat, rasanya sekolah bagi kad derma sorang satu kat budak-budak. Iya lah, masa merubah segalanya...

Ini insiden sebelum kumpulan berarak tu sampai dalam sekolah:
Kuah lauk kambing tumpah daaa...

 Agihan sarapan lepas perarakan...  
 

Kat bawah ni... diorang dok tunggu paluan kompang oleh grup baju biru yang tak abis-abis. Akak-akak dan makcik-makcik grup baju merah tu tak tunggu lama, lepas dapat tapau beransur dah tak tau ke mana; mungkin ada majlis lain kot:


Antara para tetamu yang hadir...


 Tak ketinggalan tetamu kehormat selain tetamu istimewa:


 Sebelum memulakan acara, pembuka tirai pagi ni ialah bacaan doa semoga semua diberkati Allah:

Bawah ni pula antara tulang belakang menghidupkan majlis hari ni. Ikut turutan gambar, gambar no 6 tu kira dah siaple makanan untuk tengahari. Oleh kerana tetamu memang dah dijangka meriah; agak sukar untuk buat hidangan dalam dulang makan 4 orang macam yang pernah aku ceritakan dalam entri yang lepas.






Satu kumpulan lagi pun sibuk gak dok potong kuih dan buah-buahan:

Inilah dewan yang telah siap diubahsuai dan dapat digunakan untuk acara hari ni. Perasan tak budak-budak cam tak ramai / tak ada?

Sebenarnya diorang ada tempat untuk berkumpul dalam kelas yang dah dikhaskan jadi dewan untuk diorang berehat. Jadi ibu bapa dapatlah mengikuti acara majlis dengan kurang sikit gangguan:


Tudung Merah: Anak saya ramai, ni yang datang seragam ni baru lima orang. Kat rumah pun diorang kirim. Boleh tapau lagi sepuluh ke? Nak lauk yang lengkap ya; acar nenas, korma kambing, kari daging siap ayam masak merah tu boleh ke? Sedap la nasi tadi.

Tudung Putih: Eh, saya pun ingat nak bawak balik sepuluh bungkus gak. Nanti kita tanya ustazah yang jaga nasi tu yek...



Di Sebalik Majlis Perkahwinan Anak Bongsu Pak Lang...

Empayar Utama - Sunday, March 20, 2011 : 4 comments

Hari-hari terakhir cuti sekolah penggal pertama, banyakle jemputan ke majlis kahwin. Majlis yang ini aku tak dapat kad jemputanpun. Pak Lang sibuk sangat tapi tiap hari panggil datang jangan tak datang tau... Dia punya sibuk sampai hari last baya saman tu dapat no. 1129 tak salah aku. Aku singgah kat pejabat pos tengahari tu baru no. 42 jadi aku congak kat Pak Lang; dia punya turn lepas kul 10 malam hehehehe...
Biasanya kalau gi majlis kahwin amik gamba yang biasa-biasa aja. Kat sini ada beberapa gambar biasa yang tak biasa dimuat turun oleh para bloggers jadi aku share lah yea... Kena view dan baca sampai abis baru best.


Ini majlis khatam al-Qur'an dibuat belah malam 2 malam lepas. Sebelum tu orang kampung ramai-ramai 'rewang' potong bawang potong daging potong ayam sambil belasah rokok 'rewang' free dari tuan rumah. Aku tak dapat join - kija (alasan paling munasabah yang boleh diterima)



Tengahari, waktu paling meriah ngan jemputan. Tetamu belah pengantin lelaki makan kat khemah satu lagi (gamba belah kanan)

Haaa...grup kompang Kampung Melayu yang betul-betul bersemangat mempersembahkan beberapa lagu dengan pelbagai irama:


Inilah mempelai yang jadi raja sehari semalam. Yang 3 orang lagi tu tak tau amik berkat untuk majlis diorang akan datang pulak ke, atau amik berkat sebab lom dapat anak - itu diorang kena jawab sendiri:


Haaa... Ini lauk tengahari aku. Air batu dan nasi jagung berlaukkan paceri nenas, dalca, ayam goreng, kari daging dan korma daging kambing. Best wooo...

Cam biasa, lauk self servis tak cukup tambah sendiri kalau tak malu:

Dah makan boleh cuci tangan cuci mata cuci mulut ngan bubur kacang merah. Pun bley tambah, free nih:


Ni gamba kat belakang balai raya. Lengang sebab lauk-lauk tu sumer dah siap masak dari malam lagi. Grup tukang masak bley goyang kaki tinggal cedok lauk je:


Aku ingat nak bagi anugerah 'kendarat of the day' kat akak ni yang konsentret membungkus nasi buat tapau tetamu. Kalau belah selatan atau orang Jawa, ianya dipanggil 'boncrot':


Walaupun meriah ngan tetamu, brader ni (time aku tangkap gamba dia, sebelum dan selepas tu tak tau lak) senyum je... Senyum perli sebab sensorang buat kija. Member ada pat lima orang kat tepi parit sibuk tekel anak dara...hehehe...


Tak caya? Ni haa kat bawah ni siap kontrol ensem masing-masing... Hehe... jangan mare ye aku melawak je:




Tetamu: Ni kira lastlah yek majlis besar Pak Lang? Kalau ada lepas ni pun buat majlis potong jambul aja lah kan?
Pak Lang: Sapa kata? Ni last untuk yang nombor satu... Nombor dua blom lagi!


Mak Lang: Ko jangan pecaya cakap Pak Lang ko tu! Dia buang tebiat, 'dah Maghrib' dah orang tua tu nak oiiii!



Dua abang Deejay yang memeriahkan majlis dengan celoteh masing-masing. Kitorang tunggu acara karaoke je sebenarnya bang...


Pak Lang: Boleh pakai ke? Betul boleh pakai?
Esa: Harap-harap bolehla Pak...
Jue: Bang, buat-buat tak nampak; buat-buat tak dengar je bang...


Mak oiii... anak bongsu nyer pasal... tu dia makanan untuk 'Makan Damai'. Tapi sebelum tu kita ambik berkat mintak Pak Aji bacakan doa kesyukuran untuk mempelai dan semua yang hadir. Amin...

Satu benda yang aku pasti kalau kat majlis kawin. Bunga manggar akan jadi rebutan budak-budak, kenapa ntah. Tengok 3 keping gamba kat bawah ni:




Tinggal dua batang je...

Dah kenyang...

Akhirnya... jumpa gak 'Kendarat of the day'. Abang Deejay ada kata diorang ni cam grup nasyid Al-Hidayah Kg Melayu...


Jom sambung trip jalan-jalan cari pasal cari makan; kali ni terus ke Taman Universiti, Skudai. Pengantin yang ini dulu jiran masa kat flet Larkin. Time buat kenduri camnilah baru dapat jumpa, kan?


Pening cari rumah diorang walaupun dalam kad ada peta. Satu jam gak pusing-pusing dalam Taman U baru jumpa.


Hehe... Pengapit cam baru lepas akad nikah la...


Siap begamba atas pelamin...


Mudah-mudahan ada jodoh dan bakal tersisip keris kat pinggang. Amin...