Home » » Apa Yang Susahnya Nak Mengaku Salah?

Apa Yang Susahnya Nak Mengaku Salah?

Empayar Utama - Monday, March 28, 2011 : No comments

LHDN Borang BE Ini bukan kes politik aaaa... Jangan pulak bila baca je tajuk kat atas tu, terus ingat "Waaa, EmpayarUtama sekarang cerita politik lak". Tak de.

Sebenarnya aku tengah isi Borang BE. Iyelah sambil ingat mengingati sesama insan - Borang BE ni kena anta sebelum
30 April (sebulan lagi) tapi takpe kan kalau dapat isi dan hantar cepat sikit. Buang jejauh budaya 'last minit' tu.

Borang EA (aku tak kerja gomen jadi dapat Borang EA, kalau kerja gomen dapat Borang EC rasanya) ni dapat pada ujung bulan dua dan sekarang LHDN pun galakkan guna e-filing untuk hantar. Tapi korang tengokle nanti hari Jumaat 29 April. Cam biasalah, sama je macam kes bayar saman trafik aritu... Dan suratkhabar hari Sabtu esoknya nanti akan penuh ngan cerita bergambar pasal hantar borang BE pada saat-saat akhir. Orang kita, biasalah...

Jadi sebelum isi borang, aku kumpul balik semua slip gaji dan penyata KWSP tahun lepas. Aku pernah cakap kat HR Dept satu kompeni yang aku kerja - Aku tak pernah bukakpun slip gaji tapi aku kumpul untuk tujuan income tax. Haaa, masa nilah baru aku belek satu satu benda alah tu.

Belek punya belek, terperasan pulak yang ada dua bulan caruman KWSP tak masuk tapi dalam slip gaji ada potongan (Majikan dan Pekerja). Takla besar sangat tapi benda ni aku ambik serius sebab inilah simpanan untuk hari tua dan mungkin dapat kaber belanja anak-anak bila aku dah tak boleh kerja nanti.

Pastu si HR merangkap Payroll Dept tu ada eksyen sikit (sikit happa, banyak tau). Beliau antara penyebab utama aku tak lagi kerja kat kompeni tu - tapi sekarang masih buat part time kat situ hehehehe. Aku cuma bgtau sorang lembaga pengarah pasal isu ni. Point aku cuma "kenapa kerja main-main? Kalau dah kena kat aku, pekerja lain tentu kena gak, pergilah check."

Masa aku masih ngan kompeni tu, dia good guy dan akulah jadi bad guy. Sebab apa? Sebab kalau ada mistake pasal overtime, pasal gaji, pasal time kerja - memang dia tolak kat aku. Kira kalau ada calculation error tu akulah yang salah kira. Jadi pekerja kat sana memang nengok aku semacam je lah. Diorang mati-mati ingat akulah yang kira overtime, kira gaji, potong sana, potong sini sampai ada satu masa tu grup shift malam datang jumpa aku macam nak gaduh. Sebenarnya diorang ajak gi makan, hehe.

Eh, kat mana aku tadi? Oh, pasal mengaku salah. Akupun pelik kenapa ya; susah na ke nak mengaku salah, pastu mintak maaf, semak semula kerja tu dan betulkanlah apa yang silap. Mudahkan? Pada aku ini 'sikap' dan 'perangai' yang sangat susah dah nak diubah - sebab masing masing dah tua.

Kita ni manusia tak boleh lari dari buat silap. Tapi bukan tak boleh diperbetulkan kesilapan tu. Boleh. Cuma nak ke tak nak je. Kena pulak kes caruman KWSP (dan PERKESO) ni agak sensitif sekarang ni. Kalau dalam kes caruman KWSP, silapnya dari mula lagi, contohnya cam ni:

KWSP Borang AIni Borang dari KWSP untuk diisi dan dipulangkan semula beserta bayaran. Kandungannya disediakan oleh Payroll. KWSP Penyata CarumanIni pulak Penyata Bulanan dari KWSP. Jadi apa yang ditulis dan dihantar memula dulu, itulah yang tercatat dalam penyata ni.

Payment Voucher
Haaa... Yang kat atas ni Payment Voucher yang akan dibayar oleh bahagian akaun. Pun disediakan oleh Payroll Dept, kecualilah kalau Payroll Dept tu sendiri dalam Account Dept.

Jadi kesilapan tu boleh disemak melalui perbandingan Penyata Bulanan KWSP dengan Payment Voucher. Antara kesilapan sama ada: Terlupa nak isi caruman walaupun dah dikira dalam Payment Voucher; atau terkurang caruman; ataupun terlebih caruman. Dan kesilapan ni pulak biasanya berlaku kalau pekerja baru diambil kerja tak ikut tarikh 1 hb atau 15 hb; ada penyelarasan gaji atau kenaikan gaji; atau pekerja berhenti kerja tak ikut tarikh hujung bulan atau tengah-tengah bulan.

Mungkin ada sesetengah orang yang egonya terlalu tinggi. Tindakan paling bagus - lepaskan masalah tu kat orang lain dan dia cuci tangan. Siap pergi bercerita kat bebudak lain, itu aku yang buat, itu aku yang kira, itu aku yang buat keputusan, itu aku yang salah. Jadilah dia good guy.

Apa- apa halpun, pasal Borang BE tu kita tunggu ajalah 29 April nanti yea...
related posts plugin for wordpress, blogger...
^_^

0 comments:

Post a Comment

Tulislah apapun, aku baca...