Home » » Dah Bayar Saman?

Dah Bayar Saman?

Empayar Utama - Wednesday, March 9, 2011 : No comments

Dah Bayar Saman? Aku belum.

Aku nak kongsi gak sikit hari-hari terakhir ada diskaun dan blom kena blacklist oleh PDRM kat sapa-sapa yang masih liat (cam aku) nak gi baya. Alasan stended - Time ada duit, masa tak de; time ada masa, duit pulak dah tak de...

Tadi malas kija so ada masa baya bil kat pejabat pos. Mak oiii... penuh orang kat pejabat pos cam ada kenduri Maulud Nabi. Aku ingat betul kenduri Maulud sebab bulan ni memang
banyak tempat buat kenduri. Rupanya tunggu giliran nak baya saman daaa... Nasib baik gak kaunter bil diasingkan dengan kaunter saman kalau tak berjanggutle jawabnya nak tunggu.
Tengok jam tu, pukul tiga dah tapi rasanya kalau tiap sorang ada paling kurang 5 saman; pastu nak kena print; tambah pulak kena sorang dua yang tetiba tak cukup bawak duit (ngam-ngam betul ada sey... kelam kabut brader tu); esok last day pun blom abis lagi hari ni nyer nombor giliran.

Ada sorang pakcik tu siap marah-marah kata pekerja pos makan gaji buta. Kesian aku nengok. Kesian kat dua-dua pihak. Pakcik tu patutnya kena faham kaunter pos dibuka last minit. Dia pulak nak baya saman last minit, memang ngamle. Taun 2005 dulu tak nak baya kenapa?
Tapi aku respek kat kerani dan pegawai pos, kena marah kena maki diorang senyum je. Iyelah faham-faham sendirilah ye... orang dah buka tempat bayaran tambahan selain dari balai polis trafik, lagi nak kena marah dengan pesalah trafik.
Aku pusing jap kat Sek Agama amik anak aku balik kul 3.30 petang. Pastu datang balik nak nengok. Tergezut aku tengok pantasnya kaunter saman beroperasi... Baru pat ploh minit aku tengok jam.

Dah lengang seyyyy..... Sunyi.
Sekali baca, rupa-rupanya 'offline' daa... Hahaha..masakla pakcik bising tadi. Jawabnya kena datang lagilah esok, kan? Esok 'last day' pulak tu. Jangan ada yang bertumbuk depan kaunter sudahla, sebab ini dah kali kedua polis bagi kelonggaran - sampai sepuluh hari tuuuu...
Len kali kena beringatle (untuk diri aku sekali) - jangan lambat baya saman. Eh, betul ke? Yang betulnya cam ni: Len kali kena beringatle (untuk diri aku sekali) - jangan sampai kena saman. Tu yang betul.
related posts plugin for wordpress, blogger...
^_^

0 comments:

Post a Comment

Tulislah apapun, aku baca...