Home » » Memalukan Orang Melayu

Memalukan Orang Melayu

Empayar Utama - Saturday, March 5, 2011 : 1 comment

Aku abadikan komen ni kat sini buat pengajaran untuk diri aku sendiri dan aku nak kongsi dengan readers yang baca blog aku. Segala yang buruk tu datang dari aku. Posting tu tak payah letak gambar pun dah ok dah sebenarnya:
Memalukan Orang Melayu

Ulasan aku - pos pertama aku siap mintak maaf dua kali. Disebabkan ianya jadi laman rasmi sekolah, aku tegur admin untuk dapatkan pandangan AJK PIBG yang salah sorangnya tu lawyer sebelum letak gambar individu. Itu 'main point' aku. Aku kena marah la pulak dengan admin... sedey siutttt. Aku mintak maaf lagi kat pos kedua, dan bagitau komen aku ni tak membina.

Tak pasal-pasal aku disuruh jadi admin. Last-last aku buat kenyataan maaf secara terbuka sebab ada tuduhan memalukan admin dan memperkecilkan pengurusan sekolah. Pun ada tuduhan aku buat komen menjatuhkan orang Melayu. Sebelum aku lupa, ini aku petik dari profil Info A Samad Kepang yang aku langsung tak ubah satu huruf pun:

Favorite Quotations "Tiada apa-apa kelebihan@keistimewaan buat bangsa melayu! ia cuma sekadar identiti kaum sahaja,apa yang membuatkan melayu mulia semuanya diambil dari Islam.Sementara apa yang membuatkan orang melayu hina adalah akibat dari meninggalkan ajaran islam itu sendiri,jd tak payah ghairah dgn kemuliaan bangsa semuanya sama.Ketuanan MELAYU juga harus dibakul sampahkan krn d akhirat nanti melayu x bernilai walau se'sen pun.Belum ada dlm sejarah perjuangan baginda S.A.W dgn slogan "HIDUP ARAB!!!"yg ada hanyalah ketuanan Islam sehinggalah tertegaknya syiar itu dari dulu,kini dan selamanya........

Aku tak nak komen apa-apalah.

Sambung balik, kat pos kedua tu aku memang dah bagitaupun yang komen aku ni tak membina dan siap mintak maaf lagi. Dah mintak maaf secara terbuka pun tak diterima gak. Lagi kena 'warning' kalau nak komen kena buat dalam inbox aja (laman sekolah tak bagi aku pilihan walaupun program facebook bagi aku banyak pilihan):
Memalukan Orang Melayu

Itulah komen pertama aku kat laman sekolah yang boleh jadi pengajaran berguna buat aku walaupun setelah menunggu dua hari untuk buat keputusan - komen atau tidak. Dan itulah juga rasanya komen terakhir aku. Aku tak kisah kalau orang nak ambik atau tidak apa yang aku tegur; itu hak masing-masing. Tapi aku memang kisah kalau orang langsung tak boleh terima teguran dan tak boleh kena tegur.

related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

1 comment:

  1. Saya rasa teguran empayar itu di landasan yang benar.. :)

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...