Home » » Yang Buruk Je Keluar, Yang Baik Peduli Hapa...

Yang Buruk Je Keluar, Yang Baik Peduli Hapa...

Empayar Utama - Tuesday, March 29, 2011 : 3 comments

laman sosial Tak percaya? Ni ha, aku letak separuhje berita-berita yang tak baik pasal internet secara amnya; dan laman sosial secara khususnya.

Entahlah, sama ada memang nak ikut pepatah orang tua 'buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali' sebab yang sekali tulah orang dok ingat sampai bila-bila. Kena pulak yang sekali tu ialah benda tak elok; aaaaataupunnnnn - Ini aja cara suratkhabar nak dapat publisiti untuk kekalkan ranking nombor satu. Iye ke?
Cuba letak cerita yang baik-baik pasal internet atau laman sosial macam apa ya.... Erm, macam jejak kasih nyer cerita... Masuk laman sosial tup-tup jumpa keluarga dekat yang lama dah tak dengar berita.

laman sosial

Setuju tak kalau aku katakan cerita yang baik-baik tak kisahlah kalau bukan pasal internet atau laman sosial pun; tak sampai 5% kandungannya dalam suratkhabar. Selebihnya iklan penaja; iklan 4 nombor; iklan pinjaman wang; iklan jualan murah; iklan MLM (tapi tak berapa perasan sebab iklan cuma tunjuk produk); iklan lagi; dan lagi; dan lagi; dan lagi. Ruangan cerita luar negara; saham (walaupun majoriti setuju peratus pembaca yang berkepentingan untuk cerita saham adalah sangat rendah); celebriti; iklan perabut pulak; iklan supermarket; eh iklan lagi? Berapa halaman atau muka surat yang betul-betul berita berinformasi? Cuba tukar cerita daripada buat orang terpengaruh dengan cerita tak elok kepada terpengaruh dengan cerita yang menarik. asanya turun rankingla paper camtu, betul tak...

Aku stop sini pasal paper. Cerita pasal laman sosial, nama pun dah laman sosial. Tapi memang tak patutlah budak-budak sekolah rendahpun disogokkan dengan laman sosial nih. Pergi balik pergi balik benda tak elok gak yang diikut. Tengok le game kat bawah ni, nampak ok je kan? Tapi apa yang game ni ajar budak-budak? Ajar berbelanja, ajar menembak, ajar bunuh-membunuh, pastu siap ajar cari penjaga jangan sampai kena bunuh! Penjaga tu pulak dah memang rupa setan dengan muka tengkorak boleh terbang pegang sabit hantu lagi. Kecik-kecik lagi dah diterapkan dengan permainan semacam ini. Dah kalau bukan game untuk bebudak, takkan game ni untuk orang dewasa? Orang dewasa tak men game nih, diorang men game cam kat atas tu - 'pikat gadis animasi hingga ke ranjang'; tak pun game 'mengayat' sampai boleh buat duit. Lagi best dari MLM apa, tak payah tunggu sampai nam tujuh level.
laman sosial
Ni kat bawah keratan Metro hari ni. Kementerian baru nak kaji, belum lagi masuk peringkat buat tindakan pun. Yang sibuk kat tv atau radio sekarang ni cuma talian hayat untuk mereka yang ditipu melalui alam siber.
laman sosialKalau dah ada talian hayat tu, kira masing-masing setujule pada penipuan siber, kan? Maksudnya tipulah, tak pe... kalau ada yang kena tipu (dah kena tipu?) baru tipon talian tu bagitau kena tipu. Betulke camni? Bolehlah... kot...

related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

3 comments:

  1. Biasany ape jew benda baik yg kita buat memg sush sgt org nk nmpak... Cuma yg nmpak, tetiba de muka aiman kat atas tue.... eheheee...

    ReplyDelete
  2. Tu arrr sapal...(pasal). Cam x de game len nak men...

    ReplyDelete
  3. media massa nie cam suratkhabar tue saja jer buat tajuk gempak camtue nak kasi laris paper...kan la nie org dah baca online, tk beli yg hardcopy nyerr hihi...

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...