Home » » Dah Hantar Ke Belum?

Dah Hantar Ke Belum?

Empayar Utama - Friday, April 29, 2011 : 1 comment

LHDN Dah hantar Borang Cukai Pendapatan? Dah? Blom? Bagussss...

Macam yang aku 'promised' dulu; hari ni lepas semayang Jumaat aku pusing-pusing dulu amik gamba beberapa mesjid yang dekat-dekat ngan rumah (nantilah aku cerita kat len posting yea). Hari agak mendung so gamba tak berapa jelas (hehe sebenarnya enset akupun bukan bagus sangatpun mutu gambarnya).

Banyak hari gak aku tak buat apa-apa entri. Iyalah, kan dah nak ujung bulan ni, sibuk sikit siapkan 'closing' akaun 2 tempat lak tu. Aku sampai kat Menara Hasil dekat kul empat. Haaa... inilah bangunan hasil tempat kerajaan kutip hasil selain dari Kastam dan Imigresen:
LHDN
Tengok pada parking lot cam tak meriah je. Kira bagusle rakyat dah pandai buang budaya last minit. Disebabkan dah sampai, akupun masuk jelah kat dewan bawah tu.

LHDN
Ini antara beberapa gamba yang aku nak
share ngan sapa-sapa yang sudi baca blog aku. Tak menarikle sebab bukan gamba pompuan seksi atau hero kacak punnnn:

Tu dia... Siap berdiri pun ada; sibuk kat kaunter ujung semak I/C pun ada. Kira macam-macam adalah:
LHDN
Ini sebenarnya ruang menunggu nombor giliran untuk e-filing. Ekeleehhhh... last minit baru nak semak nombor pinlah, passwordlah, bgtau tak dapat boranglah, macam-macamlah karenah.
LHDN
Nasib baik pejabat pos tak de bukak kaunter, kalau tak mesti ada yang marah-marah lagi. Tapi yang ini, tak ada pulak kes camtu. Kenapa ya? Nak tau cerita kat pejabat pos, baca entri aku pasal Dah Bayar Saman?

LHDN
Bagus abang-abang dan akak-akak Lembaga Hasil ni, siap bagi tunjuk ajar lagi (walaupun dalam hati tak taule apa yang diorang kata) kat 'pengguna baru' e-filing. Semua sekali ada 23 kaunter e-filing untuk pembayar cukai buat semakan.

LHDN

LHDN
Akak Tudung Merah: Biasalah Encik, tak sempat nak isi borang awal-awal. Siiiibuk manjang, tapi ari ni sebab last day tak sibuklah...
Tokey Besar : Ini wa punya tahun 2009 maa... Takkan mau tekan butang A jugak...
Abang Lembaga: Macam mana pun ambik nombor dulu, nanti pegawai kita akan tolong.
Brader Botak: (Ekeleee... Apa bendelah....)

Parking Tiket LHDN
Buang singgit duit parking. Kat sini kena park betul-betul. Ramai mamat dan awek 'Gores Dan Menang' berlegar-legar mencari mangsa tau. Pondok BIT Polis tak de kat area ni.

Ops, sebelum aku lupa, abang Lembaga tadi ada pesan; "Esok kita bukak macam biasa, dari lapan pagi sampai nam petang. Siapa-siapa yang tak nak kena denda dua ribu, boleh datang yea"...
related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

1 comment:

Tulislah apapun, aku baca...