Home » , » Inilah sikap orang kita

Inilah sikap orang kita

Empayar Utama - Saturday, April 2, 2011 : 3 comments

Baru je aku pos entri pasal cerita yang tak elok kat internet pat ari lepas, hari ni Pengerusi CSM buat kenyataan keluar kat Utusan Malaysia tentang jenayah siber yang melebihi 100 peratus.

Utusan MalaysiaPendapat aku jenayah memang kena bendung tapi sikap orang kita yang kalau tak layan dengan jenayah tu, ia takkan jadi. Sebab jenayah ni cuma jenayah siber, bukan sampai pecah rumah atau letak senjata tajam kat leher. Kalau semua orang tak terpengaruh dan buat bodoh je, tak jadinya jenayah siber tu...

Satu lagi kan banyak carian kat internet; Google, Yahoo, Crawler, Bing, Answers, Wiki, dan kalau lagi rajin pun banyak bloggers buat entri pasal nak betulkan minda pelayar internet.

Cakap pasal sikap, kat bawah ni pun berita hari ni gak:

Utusan MalaysiaNi pun samalah cam kat atas tu. Kenapa masuk? Kalau dah berani buat berani tanggungle. Sekarang harap mahkamah dan kerajaan tolong balik. Dah buang masa sendiri, buang duit sendiri; sekarang nak buang masa orang lain, buang duit orang lain (duit rakyat tauuuuuuuu, duit akupun ada kat situ jugak - aku bayar cukai tiap taun walaupun gaji kecik) untuk uruskan masalah yang diorang sendiri cipta.

Macamlah tak ada orang keliling bagi nasihat sebelum join benda benda mengarut nih. Contoh terdahulu sebelum-sebelum ni dah banyak tapi tak nak belajar, tak nak ambik iktibar.

Pesan aku kat yang dah masuk MLM atau bercita-cita nak join MLM - ubahlah sikap tu. Aku terasa jugak bila sampai main kes mahkamah, duit yang aku sumbangkan kepada kerajaan untuk benda-benda berfaedah kena pakai untuk settlekan masalah ntahapahapantah ni... Apa nak jadi?


related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

3 comments:

  1. http://jenamax-truestory.blogspot.com/p/helah-jutawan-internet.html

    ReplyDelete
  2. Makasih letak link, sapa-sapa sudi jengukle sekali ya

    ReplyDelete
  3. kadangkala ada bisnes internet yang boleh pakai dan yang tak boleh pakai..rata-rata yang tertipu ni labur je terus tanpa fikir panjang..dan rata-rata yang tertipu tu mesti baru dalam bidang ni..yang hairannya..apa yang buat mereka2 ni nak join biz ternet tanpa usul periksa?

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...