Home » » Kerja Untuk Yang Malas Kerja

Kerja Untuk Yang Malas Kerja

Empayar Utama - Friday, April 22, 2011 : 1 comment

Business_Networking Malam tadi abis je kerja (hehe... sori aaa... aku buat kerja kat rumah, bukan "buat kerja") aku tak tau nak buat apa dah. Bukak facebook dan tekan 'butang suka' sesuka hati. Malam tadi gak, sempat berblogwalking dan sapa-sapa tuan punya blog yang aku singgah dapatlah tambahan duit nuff, advetlet dan innity dari aku. Tapi yang tak de pasang iklan, ... aku nengok-nengok jelah...
Tengah dok godeh-godeh PC tu, nampak satu blog kat bawah ni:

Empayar Utama
Aku jumpa masa blogwalking bukan dalam fb. Kalau dalam fb confirm aku aku 'like' cam kat atas tu. Blog tak glamer tapi ini antara contoh terbaik yang aku pernah nak kongsi dalam entri Kerja atau Mengerjakan Orang dulu tu.

Kat sini dia bertindak sebagai pembekal, bukan produk owner; dan jual pukal kepada pemborong/pengedar/stokist:
Promo
Cuma harap-harap para stokists tu takle sibuk nak cari stokists bawah dia lagi sebab kalau dah dok asyik cari stokist je, sapa nak jadi pengguna/pembeli nanti?

Promo
Pastu, yang ini aku terjumpa linknyer kat dalam fb. Aku rasalah, benda-benda macam ni memang banyak kat fb. Kalau bandingkan dengan promosi percuma yang aku pernah bagi dalam entri Berselindung Di Sebalik Replika sebelum ni; tak ada beza langsung. Cuma yang ni lebih mahal (lagi cepat kayolah pokcik lepaih ni...). Iyalah, bisnes yang langsung tak ada produk memang susah nak buat update atau kemas kini. Nak kemas kini apabenda lagi kalau dah tak ada barang yang nak dikemas...

Data Entry Data Entry
Nak sambut tahun baru lagi ke? Takat yang aku jumpa ni masih ada 50 vacancies hehehe... Nanti kita tunggu bulan Mei tengok berapa ramai dah dapat kerja ni.

Kat bawah ni kalau nak tau detailnyer, bukak balik entri aku pasal Kerja atau Mengerjakan Orang, takkan aku nak repeat benda sama.

Testimoni pun boleh diklasifikasikan sebagai bukti pendapatan seyyy... Onlinejobsolution dulu siap bagi penyata akaun walaupun outdated kira ada bukti la jugak.

Tak cukup dua, ada lagi 2 kat bawah ni konon-konon betullah rajin proses data, lagi lebat masyuk... Rajin ke? Masyuk ke?

Data Entry Data Entry

Janganlah ada readers yang dah labelkan aku ni kaki kutuk aja. Kalau aku rasa benda tu tak bagus, aku kata tak bagus; kalau aku rasa benda tu bagus, aku akan kata bagus punya...
related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

1 comment:

  1. mmg sesuai kerja tue utk org yg mmg malas kerja....perghh caya la semua kerja tue... hihi

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...