Home » » Miss Sikit Jadi Top 10 Terkaya di Malaysia

Miss Sikit Jadi Top 10 Terkaya di Malaysia

Empayar Utama - Friday, April 15, 2011 : 3 comments

Robert Kwok No. 1 : Tan Sri Dato Dr Robert Kuok Ananda Krishnan No. 2 : Ananda Krishnan EmpayarUtama No. 11 : Empayar Utama

Tak percaya gamba tu? Percayalah. Kat bawah ni senarai yang pernah dikeluarkan oleh thestar.com.my dan laporan rasmi oleh Forbes Asia:
Top 20Terkini tapi belum lagi disiarkan, cuma blog aku je yang siarkan:
Top 20Tengok pada carta tu, aku meninggalkan jauh Pengerusi AmBank Group hanya kerana mendapat durian runtuh dua tiga hari lepas. Itupun buat 'conversion rate' pada kadar 3.03 USD. Kiranya jutawan mee segeralah ni. Gila ke happa aku nak 'declare' diri aku antara orang terkaya kat Malaysia. Income Tax Dept dan SPRM selain dari mereka yang nak culik aku pasti cari aku pas ni. Keluar suratkabar lak nanti. Baru je buat entri pasal Negara Malaysia yang aman makmur (bacalah kat Rating Dan Populariti) tapi disebabkan peranan media yang berlumba-lumba nak lakukan suratkhabar masing-masing; dan berebut nak jadi nombor satu; etika tolak tepi.

Mesti aku terdedah dengan ancaman culik, jadi kena pasang bodyguard doplohpat jam. Pergerakan terbatas dan susah dah pasni nak tulis blog. Dah kaya gi men pompuan je la kerja aku, kan? Tapi aku jenis yang tak pernah pakai jam sebab aku tengok jam kat enset je. Hehehe jangan mare...

Bungalow Rumah Teres
Rumah aku yang belah kanan yea, kiri tu rumah jiran selang 200 meter. Hehe...

Aku harap readers yang terbaca entri aku ni tak terpengaruh dengan tawaran macam yang aku dapat kat bawah. Alah, sama je cam tawaran duit "Readers' Digest". Aku pun tak tau camna diorang bley dapat alamat aku sebab aku tak pernah men loteri. Mungkin IP Address aku kena tangkap time iklan pop-up keluar.

Loteri Loteri

Kalau ayat pertama tadi korang percaya, last 2 keping gamba yang aku tunjuk ni jangan percaya tau. Meh aku cerita: Ini cuma nak bagitau yang Jackpot dia dah terkumpul €183.5 Million. Dan biasanya pemenang sorang je. Tapi aku kena main 4 kali ikut jadual yang dipaparkan. Kira kena buang duit dululah tu. Pun belum tentu Jackpot tu aku punya. Itu ok lagi.

Yang tak oknya, sebelum dapat men, aku kena bagi semua maklumat peribadi termasuk kad kredit dan poskan balik kat diorang. Ni apa cerita? Serupa je cam aku bukak sangkar rimau pastu masuk dalam sangkar tu tunggu rimau jilat-jilat manja badan aku. Aku mohon Tradeline facility kat bank dulu pun bagi I/C, Audit Report dan bank statement je. Yang ni pulak, aku tak mohon diorang yang nak kasi tapi mintak lebey dari bank. Apa kes...

Jadi kepada sapa-sapalah yang dapat 'duit terbang' atau yang sewaktu dengannya (lebey kurang cam aku dapat) jangan percaya laaaa... Dulu masa aku balas "Readers' Digest" aku suruh diorang tolak siap-siap semua kos; belen hadiah baru bagi kat aku. Sampai la ni tak ada jawapan. Agaknya kos 'subscription 2 years' campur kos penghantaran, kos proses sama manyak ngan jumlah hadiah tu kot. Kuangkuangkuang kuang ajo tul haku nih...
related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

3 comments:

  1. Tak tahu kat mana diorang terima emel ni..Ada yang emel aku gitau diorang nak jadikan aku pewaris berjuta dollar..haha..pakcik kayo!

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...