Home » , , » Nuffnang Dan ChurpChurp Tangguh Iklan

Nuffnang Dan ChurpChurp Tangguh Iklan

Empayar Utama - Wednesday, April 13, 2011 : No comments

Haa... Kan betul apa aku tulis kat "Itu Memang Saya" aritu, jenama ni boleh tahan gak. Kira 'free promotion' buat masa ni. Sampai product owner dan advertiser tak abis-abis lagi runding berapa nak bagi kat korang sumer 'per unique click' kat 'Social Sharing' ataupun kat 'Scheduled Tweet'. Sebab harga dia dah memang mahalpun.
OMEGAAku tipulah. Mana ada. Bukannya apa, kalau korang baca paper dua tiga menjak ni, sekarang isu yang tengah besh bacapun memang pasal owner jam, selain isu pilihanraya Sarawak dan SPRM. Tajuk-tajuk pun berkisar pasal jam aja:

Cerita_Jam_OmegaKartun pun dok cerita pasal jam. Tengok kat Utusan ari ni, pun sama (aku tak letak pasal muka kartun ada iras-iras muka orang betul - nanti aku yang susah. 'Matching' tak 'matching' tu baca balik "Itu Memang Saya") :

Kartun Kartun KartunCuma satu je aku terfikir, iyalah sebagai rakyat berdemokrasi dan kalau boleh tak mahu terjebak kepada mana-mana pihak; Kenapa yea isu ni jadi sensasi? Bukan apa, pada aku inikan lumrah kehidupan lebih-lebih lagi bagi orang lelaki. Dan ada benda-benda yang jadi personal life seseorang yang tak akan dikongsi bersama dengan orang lain. Kalau ada (jangan cakap pemimpin atau iras-iras pemimpinla) mana-mana lelaki yang gila perempuan ke, gila karaoke ke, gila togok air setan ke, rasanya kawan-kawan diapun ikut sama. Silap-silap ada yang rakam kat enset buat kenangan peribadi.

Jangan bagitau aku semua lelaki kat Malaysia ni khususnya Melayu Islam baik-baik belaka. Perangai lagi buruk pun ada. Tapi tak jadi isu dan tak sensasi pulak. Kenapa yea? Nak contoh? Tu yang berlambak kat enset siap masuk suratkabar lama dan femes kat YouTube lagi, ada sapa-sapa kesah? Kat mana 'check and balance' nya? Entahle...
related posts plugin for wordpress, blogger...
^_^

0 comments:

Post a Comment

Tulislah apapun, aku baca...