Home » » Rating Dan Populariti

Rating Dan Populariti

Empayar Utama - Thursday, April 14, 2011 : 4 comments

Aku tak tau nak letak tajuk apa untuk entri aku kali ni. Memula nak letak tajuk "Siapa Selepas KDRM" sebab PDRM atau JPJ pun anytime boleh kena serbu. Tapi lepas baca paper semalam nampak JPN dan POS Malaysia tak kurang hebat nak bersaing, tak jadilah aku letak tajuk tu. Harap-harap 9 Mahkamah Khas Rasuah yang dah dilancarkan 6 April baru-baru ni 'tak meriah' sebab aku malulah sebagai rakyat Malaysia sampai kena ada Mahkamah Khas Rasuah. Teruk sangat ke kita ni? Hanya disebabkan segelintir mereka yang punyai imaginasi tinggi melangit, habis satu jabatan busuk nama.

Tapi kalau SPRM tu dah ada, lepas Ops 3B janganle tidur pulak. Kena rajin sebab rakyat kita ni rajin-rajin belaka.

Malaysia
Oh, sori aaa. Apabendentah aku tulis ni. Ni ha aku nak cerita pasal pengaruh media kita sebenarnya. Tengok negara len perang, Malaysia ni aman makmur. Aku bersyukur dilahirkan di Malaysia dan menjadi warga Malaysia. Tapi siapa yang melapor berita-berita yang tak berapa sedap dibaca berlaku dalam negara? Kes rasuah, tembak-menembak, samseng, samseng sekolah, judi, pelacuran, rogol, dadah, kes bunuh, samun, ragut, kemalangan, saman - anak beranakpun jadi, seludup, salah laku, sampai kalau dah banyak na berita cam gini orang luar akan takut datang dengan alasan Malaysia ni tak selamat.

BeritaTak boleh kawal ke penyiaran berita-berita camni? Bukanlah maksud aku kena cerita yang ok je. Akupun ada tulis sikit kat entri sebelumni pasal Yang Buruk Je Keluar, Yang Baik Peduli Hapa... dan antaranya ialah berita keluar dari sebelah pihak. Dua tiga hari nanti jawapan dari sebelah pihak lagi. Tapi dua-dua berita tu memang jenis berita tak elok.

Soalan aku mudah aja, berita tu ke yang penting atau rating?

KreatifAku pernah dengar orang kata (bukan ayam kata) memang kena publish banyak-banyak dulu baru boleh bawak ke parlimen, itupun kalau dah teruk sangat. Iye ke camni? Macam satu simpang empat yang tak de traffik light, tunggu sampai 30 eksiden dan 15 kematian baru boleh pasang lampu trafik ke? Camni ke? Iyalah, aku tulis ni pun untuk anak-anak aku baca je nanti. Itu pun kalau diorang ada hati nak baca dan blog aku tak kena simpan.

Jatuh...Haa... Kan dah jatuh. Siapa yang jatuh? Kat langit tak boleh pasang lampu trafik. Aku ada tulis sikit pasal helikopter kat entri lepas. Carile...

related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

4 comments:

  1. Dalam bulan jun ni akan akta sihir mgkin akan dbawa dlm pbincangan. Mmg wajar diperkenalkan akta sihir ni.

    Entri Terkini: Susah Senang

    ReplyDelete
  2. Terima kasih krn datang ke teratak usang.
    Kat sini tak ada exchange link ke?

    ReplyDelete
  3. Tak de la @iza. Aku x pandai. Nnt aku cuba buat, x pun aku letak shoutbox aaa...

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...