Home » , , » Harga Diri Yang Perlu Dikorbankan

Harga Diri Yang Perlu Dikorbankan

Empayar Utama - Tuesday, May 3, 2011 : 2 comments

Aku suka membaca tapi tak suka sangat menulis. Dan aku terlalu memilih untuk menulis, apa lagi bila aku ni bukannya aktif berblog. Aku menulis sekadar suka-suka, bergantung pada keadaan dan ikut suka akulah. Buat apa paksa diri sendiri buat benda yang aku sendiri tak suka. Takkan hanya nak sangat buffered earnings, kena paksa diri tulis mengarut-ngarut tiap hari. Pastu sampai menipu tunjuk link yang ini tapi bila orang klik; pergi ke laman iklan yang kita desperate sangat duit ataupun hadiahnya. Tu namanya takde harga diri.

Dua ari lepas aku tertarik dengan dua artikel dari Mingguan. Pertamanya oleh Hafizahril Hamid dengan tajuk di bawah:
Jam Lagi
Entah kenapalah tajuk dan cerita ni yang jadi pilihan. Mungkin kebetulan kot. Tapi iyalah, kalau dah ada hati nak memimpin rakyat lebih doploh juta orang; desakan majoriti rasanya perlu diberi keutamaan. Biar orang ketawa awal-awal daripada orang ketawa terus kemudian hari. Harga diri yang hilang masa ni takkan sama nilainya dengan satu kejujuran walaupun itu soal peribadi.

Satu lagi artikel adalah cerpen sebenarnya, dikarang oleh H FANSURI. Kalu nak baca cerpennya klik aja kat nama dia tu atau kat bawah ni ha. Tak de keluar iklan nuffnang atau churp-churp punya, jangan takut. Aku tak men tipulah :

Gila Ranking
Ok, aku cerita pasal aku pulak. Sebenarnya aku dah daftar mengundi Nuffnang dari 2 Apr 2009 (aku pun tak ingat tapi itule yang direkodkan oleh Nuffnang kat profil aku) tapi aku mula aktif ngan Nuffnang ujung bulan sebelas tahun lepas. Jadi earning aku tak delah bagus sangatpun. Earning aku melalui ChurpChurp nampak lagi memberangsangkan walaupun aku mula pada 20 Feb (itupun aku dapat figure ni dari bit.ly). Baru dua bulan setengah dah lepas limaploh hinggit, memang jauh meninggalkan Nuffnang walaupun aku ikut Nuffnang dah 6 bulan.

Aku tak kisahpun pasal earning tu cuma bagusnya sebab bila pasang kod iklan kat blog aku boleh tau trafik datang dari mana dan apa yang aku perlu bagi lebih perhatian. Rasanya itu lebih baik dari Google Analytics. Bacalah balik posting aku pasal Kaunter Tiket vs Kaunter Widget Nuffnang. Aku ada gak tulis kat blog satu lagi (versi Inggeris) pasal Nuffnang Analytics vs Google Analytics. Jadi kita tengok analisa yang aku dapat untuk dua minggu lepas dan purata sebulan:

Yang bawah ni tak cukup seminggu sebab cuti hari pekerja:
Nuffnang Trafik
Dan ini statistik sebulan (3 minggu je sebenarnya) :
Nuffnang Trafik
Apa yang aku nak kongsi kat sini ialah, blogwalking atau meliwat (amendelah aku ni) melawat sambil belajar kat blog orang lain tu penting untuk dapatkan trafik walaupun lebih sikit kerjanya. Blog aku dapat 72 view dari kotak shout blog-blog yang aku singgah (walaupun tak rajin, rasanya 4 kali je kot aku buat dalam 3 minggu tu) tak termasuk dari Bloglarian. Selebihnya dari networkings seperti Site-Connect, BlogTopSites, dan NetWorkedBlogs.

Dan pengunjung dari para Nuffnangers juga bertambah macam kat bawah ni:
Nuffnangers
Oleh itu aku buat keputusan untuk kekalkan aja kod iklan yang aku letak untuk kajian dan rujukan akan datang. Macam manapun, untuk blog aku yang satu lagi tu, aku tarik keluar kodnya dan ganti dengan yang ini, mula semalam (2 Mei 2011) :

Advertlets.com Aku sebenarnya dah lama dah register ngan Advertlets, ikut rekod dari awal bulan doblas 2008. Tapi tak pernahnya letak iklan sampai blog kena tarik oleh blogspot. Pastu nampak pulak komen-komen yang menakutkan dari blogger lain pasal payment tapi benda tu tahun 2009 le. Advertlets ni kira per klik pun iya, per thousand view (CPM) pun iya jugak.
Sebab utama aku tukar ialah kerana trafik yang aku dapat kat blog versi omputeh tu luar dari Asia; lebih 70% datang dari Europe. Jadi agak membazir ruang untuk iklan tu kalau aku masih letak iklan Nuffnang. Sebenarnya Nuffnang suruh aku keluarkan kod tu sebab dia yang tunjuk statistik. Iyalah bila orang dah tunjuk bukti siap bersumpah, takkan aku nak dok diam je tak nak counter attack. Akupun ada harga diri beb, ingat apa? Hekelehhh. Ntahapahapalah aku ni.

Satu lagi aku nak nengok gak camna keputusan pertandingan pasang iklan anjuran aku sendiri. ChurpChurp tu aku register tak melalui Nuffnang jadi tak de kena mengena dengan perbandingan yang aku akan buat nanti.

Berapa pulak harga diri aku bila buat keputusan camni? Abis kalau dah nam bulan earning masih kat sploh hinggit tak bergerak walaupun ada beberapa entri aku dok promot Nuffnang siap ngan Innit sekali, buat memacam ikut petua blogger len (petua seyyy...) pun dok tang tu jugak, aku tengok Advertlets dapat seposen dah pun semalam. Baru je letak, panas-panas lagi.....
related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

2 comments:

  1. write/blog because you love to write/blog. when you're passionate, you'll enjoy doing it :D

    ReplyDelete
  2. @jamiey writes; really? No wonder some of them have even more than 100 posts/entries per month... :)

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...