Home » » Penyumbang Yang Sumbang

Penyumbang Yang Sumbang

Empayar Utama - Saturday, May 7, 2011 : 3 comments

Kalau pandai nyanyi, nyanyi dalam hati ikut lirik lagu ni. Nyanyi sendiri sumbang pun takpe. Tapi kalau tak pandai nyanyi, senyumlah sendiri. Sekarang ni kan budaya senyum. Senyum kelat pun senyum juga.
senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum

Ramai yang marah termasuk member minum-minum petang yang terus hentam aku dok kondem kat blog. Aku ni buat blog suka-suka ja. Bukan ada untung pun. Letak iklan nyer program pun aku review balik. Siap kongsi kat blog benda tu ok ke tak (tapi ikut pada pandangan akule, hehehe). Blog pun rojak, tu untuk aku sendiri. Kalu orang nak baca, bacalah. Bukan personal diari pun. Kalau ada yang berfaedah nak ikut, ikut. Kalau ada yang tak elok boleh elak, elak. Kalau aku tulis tak betul, tegur. Aku mintak maaf dan betulkan nanti.

Tapi rasanya aku tak de la pulak bagi tau jangan masuk program ni, jangan masuk program tu. Tak de kan? Aku cuma buat review (promosi free tau tak yah bayar aku buat review untuk program terpilih tu) terpulang pada pembaca.

Dalam entri-entri aku; aku ajak pembaca pergi jauh sikit bukan pergi obersi. Langkau sikit fikiran tu satu tahap je tak tinggi sangatpun nak kena fikir. Tak boleh? Tak dapat?

Ok, aku bagi contoh entri terbaru. Sempena budaya senyum ni; adminnya akan senyum. Member yang dah masuk, blom masuk pun senyum; penggodam lagilah lebar senyumnya. Aku tekankan pasal nombor-nombor akaun yang tertera kat affiliate program yang bila-bila masa akan digodam oleh tangan-tangan gatal yang tak ada kerja lain kumpulkan nombor-nombor akaun yang diorang dapat dari program tu. Bayangkan mamat tu bagi nombor akaun mak dia satu hari duit dalam tu tinggal seringgit. Masuk paper, paper makin popula. Ranking naik. Bank yang kena maki konon-konon ada dalang kat dalam buat kerja. Budak bank kena jugak la beb...
Berita
Ni hari ni nyer paper

Kenapa mesti nak letak nombor akaun? Ini maklumat peribadi dan tuanpunya program tertakluk kepada Akta Bank Dan Institusi Kewangan (BAFIA Act) sebab dedahkan maklumat kepada orang lain. Pembaca takkan terfikir sampai kat situkan?

Malaysia banyak peraturan yang bagus untuk jaga kepentingan kita semua. Kita saja yang buat endah tak endah. Ada program yang sesuai kat luar sana tak sesuai untuk diapplikasi di Malaysia.

Kenapa pakej AutoIklan tu aku kaitkan dengan Along - sebab selain dari institusi kewangan, Along je yang bagi fix rate. Bayangkan nak jadi jutawan punya pasal, pakat kongsi ngan bini keluarkan duit EPF limapuluh ribu hinggit sorang satu campur ngan duit jual kebun kat kampung (Eh bukan aku aaaa, contoh je ni) dapat limaratus ribu bagi buta-buta kat program tu. Tau nombor akaun dia aja. Talipon pun tak ada (Along berani letak nombor talipon dia maaa...).
Along

Konon-kononnya beli iklan atau ruang iklan amik besar punya harganya 35 ringgit sehari (ada dalam program tu, carile) kiranya dapat iklan atau ruang iklan paling tidak 79 space tau sehari (500,000 bahagi 180 hari, pastu bahagi ngan harganya 35 hinggit satu) dan anda dijanjikan pulangan tetap yang pasti sebanyak 5,000 hinggit sehari; tak peduli orang klik atau tak iklan tu. Biar betul beb... Ini along punya kerja aja ni (dalam program siap cakap ini bukan investment jadi duit tu tak masuk mana-mana pelaburan). Senang cakap dari 5,000 tu; 2,777.78 duit sendiri dan bakinya 2,222.22 tu untung harian. Gila betulla aku ni sampai 79 space iklan tiap hari tuuuuu. Blog rojak tak jual rojak nak iklankan apa? Dua kali repeat cukup setahun dah ada 1.8 juta. Agak-agak sumbang tak aku menyumbangkan duit untuk jadi jutawan?

Untuk promosi iklan atau pos entri terbaru, aku kongsi masa-masa terbaik untuk sapa-sapa yang baca entri aku tu; bila masa yang sesuai untuk tekan butang 'enter' jadi pos terbaru atau apa-apa promosi akan bergerak selepas beberapa minit butang tu ditekan. Kalau buat entri siap tengahmalam, simpan untuk pos esok pagi. Kalau pos jugak (kat blog, twitter, fesbuk, kat mana-manalah) boleh bukan tak boleh tapi ‘Western Union Readers’ yang baca; diorang paham ke? Peratus pembaca dari Asia yang masih idup pepagi buta kecik sangat. Lainlah kalau memang pos tu untuk orang kat barat tu baca...
related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

3 comments:

  1. Biase le kan org melyu ni... nk ckp slh, x ckp pun slh... Pemikiran diaorg lbh nyk yg -ve dr yg +ve. Bila kita tgur sket mula la nk melenting, x pernah nak selidik dlu setiap teguran tu, bila da kna smash kaw2 bru nk sedo..

    Ratu Satin pun da trkena cam Empayar Utama. Konon2 ltak link tntg info cantik semulajadi kat 1 group 'perkongsian ilmu' kat fb. Dgn harapan dpt share tntg ilmu pengetahuan. Tp rkyat kat situ nmpak je iklan trus bg komen -ve tanpa bc dulu isi kandungannya. Pas Ratu Satin beta balik.. rupanya komen je lbih, baca tak pun lagi. Pas kena smash bru nk bukak blog & bc... pastu bru sibuk dok minta maaf & bagi pujian sbb slh sngka... tahhapehepetah!!!...

    ReplyDelete
  2. Assalam..
    Sepanjang berblog, pelawat dr Malaysia ni ramai yg online ketika waktu pejabat dan ramai yg tinggalkan komen bermula jam 12 tengah malam...
    Kalau publish waktu siang, komen kurang tp kalau publish tepat jam 12 tgh mlm, byk je komen...kalau sabtu ahad lg la kurang pelawat..
    tp kdg2 sukar dijangka..

    ReplyDelete
  3. @Ratu Satin; tu baru affiliate program, belum bab MLM lg. Hasil titik peluh tu kita tau dtgnya dr mana, walaupun sebagai tukang kutip sampah. 4 hari je tak dtg jiran2 dah bising bau busuk. Gaji kecik x pe.

    @iza; w'salam. Betul masa merubah segalanya. Program tv pun banyak yang menarik dah skang ni x kira masa...

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...