Home » » Teruk Sangat Ke Kita Ni?

Teruk Sangat Ke Kita Ni?

Empayar Utama - Wednesday, May 4, 2011 : 3 comments

Pepagi tadi sebelum anta anak gi skolah, singgah kedai jap nak beli sarapan. Belek-belek le paper hari ni. Mak oiii nengok paper pilihan nombor satu di Malaysia dari muka depan sampai le ke muka semilan dok cerita tak ok je. Tu tak campur berita setempat kat belah dalam lagi tu. Aku suruh le brader kedai tu potostat kaler; pages yang aku nak, jangan potostat iklan yang dua muka surat tu.

Balik rumah je cubalah buat pre-posting tapi sebab saiz besa sangat, aku donlod kat slide. Kira kalau korang nengok slide bawah ni serupa cam baca paper gak le:


Ni ringkasan aku:

Kat muka depan - Tajuk-tajuk menarik pasal kes saman, tempat peranginan ada kepala air sampai 3 beradik lemas, dan kes bunuh.

Muka 2 - Kes samun dan penjenayah dah ditembak mati lepas dua bulan nyer kes. Berita kecik bagitau pasal diskaun sampai 80 peratus saman MBJB sepanjang bulan Jun nanti (nak bagitau banyak saman tak berbayarle ni). Pastu berita kes tipu jual beli sofa kulit.

Muka 3 - Iklan kaler penuh satu muka surat buat suratkhabar untung.

Muka 4 - Berita penuh kes bunuh. Berita kecik pasal kes pukul bini. Berita kecik satu lagi, pun kes bunuh.

Muka 5 - Iklan kaler penuh satu muka surat buat suratkhabar untung, dan buat aku tertoleh-toleh kat sarapan pagi yang aku belum makan lagi tu.

Muka 6 - Berita penuh kes 3 beradik hanyut kat Hutan Lipur Ulu Bendul. Berita kecik, pun kes mati lemas kat kawasan rekreasi Sungai Gunung Berembun. Berita kecik lagi satu, pun kes lemas dalam sungai sebab tergelincir jatuh motor.

Muka 7 - Berita pasal 26 orang dok curi besi landasan keretapi. Berita kecik; ulasan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia pasal semalam nyer kes bergaduh berebut tanah anak beranak sampai dok robohkan rumah. Muka surat ni ditaja oleh DiGi sebab iklan dia ada kat bawah sekali.

Muka 8 - Berita pasal bas ekspres terbalik, pemandunya disyaki mengantuk - orang Kedah lak tu. Berita kecik pasal kes tipu Majlis Agama Islam Melaka, lima bulan kat luar sana baru dapat tangkap I Mei baru ni.

Muka 9 - Kes saman 1.38 juta hinggit, tapi terhenti sebab penyaman dah mati kena bunuh. Siap tulis semula berapa orang mati kena bunuh.

Aku stop sampai sini aja. Sakit kepala. Kalau orang luar (bakal pelancong) nak datang ke Malaysia cuti sekolah bulan nam ni nanti, pastu disogokkan dengan suratkhabar hari ni minggu depan... Agak-agak dia berani datang Malaysia tak?

Ni satu lagi. Kat sesapa yang gambarnya tak tersenarai kat dalam ni, sorila yea. Mungkin aku miss. Aku bukannya perfect pun. Len kali aku letak:


Aku amik gamba-gamba ni dari fesbuk. Tengokle perangai sorang-sorang. Masa aku muda remaja dulu ada la ternengok memek muka macam ni orang pompuan buat kalau nak buat projek (cerita omputeh).

Ini kira aku buat free promotion kat diorang tu. Tapi, bagus ke cam ni?


related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

3 comments:

  1. Utk 1st citer... klau nk diikutkn, suma negara pun bnyk jenayah tp x la digembar-gemburkan smpai 3/4 surtkbr shingga memalukn negara sndiri... no wonder la ada yg mengkelaskan 'surtkabar' yg "itu" (fhm2 ler yg mn satu)sebagai suratkhabr minda ke-3 (utk org kelas prtengahn)...

    Utk gmbr2 tu plk... mungkin krn teknologi skrg ni mnyebbkn 'dunia tanpa sempadan'... jd manusia mudh trikut2 gejala yg -ve dr yg +ve...

    Kalau kira maksud trsirat...watak2 kat gmbr tu xde beza ngan tjuk2 berita tu...

    ReplyDelete
  2. Klau tgk srtkbr M.... tu, citer dia yg smlm2 pun same jer... mmbabitkn kes bunuh, eksiden, dan bla...bla...bla... Rsny ni slh satu strategi pemasarn akhbar ni kot.
    Klau nk dibandingkn dgn NST, STAR & UTUSAN MALAYSIA berita2 camni agak trpinggir & kdg2 xde langsung.
    Bg pndpt sy, mgkin akhbar ni sbnrny dtujukn khas utk klas prtghn dan ke bwh...kot... Yg selalunya melepak kat wrung kopi & x tau nk buat apa...

    Bg mereka2 yg suka dok amik gambo rupa tu sjak kbelakangn ni nmpakny dah jadi trend utk brposing lbh2 lg utk diabadikan sbgi prof pic d fb utk kwn2.... masalahny, perlu ke anak melayu lbh2 lg prmpuan utk brposing mcm tu???

    Klau la omputeh tgk gmbr2 tu... apa agakny dlm minda diaorg ek???
    Cam promosi diri sndiri pun ada gak..

    ReplyDelete
  3. @Ratu Satin; 4 Mei nyer publishing yg paling teruk setakat ni.

    @Anon; susah nak komen lebih-lebih sebab berita2 tu pun online kat web. Banyak kali aku komen; pertama pada 16 Dis, 2010 – Apa Cerita? ; Yang Buruk Je Keluar, Yang Baik Peduli Hapa... ; Rating Dan Populariti; Pengaruh, Mempengaruhi Dan Dipengaruhi; last2 koner2 je letak besar2 keratan akhbar Gila Ranking kat entri Harga Diri Yang Perlu Dikorbankan.

    Gambar2 tu published kat ‘Photos’ fesbuk. Sebenarnya memek muka camtu dibuat oleh pelakon filem lucah. Aku x galakkan, kerajaan pulak x sekat, jadi kalau nak tengok proof - google je site2 yang berkenaan. Bebudak sekolah yang x tau apa2 pun ikut je…

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...