Home » » Aku kehilangan, dan aku belum jumpa...

Aku kehilangan, dan aku belum jumpa...

Empayar Utama - Tuesday, June 28, 2011 : 3 comments

MaskotDua hari lepas - ujung minggu. Tak ada apa-apa rancangan pun jadi bawaklah budak-budak ke Karnival SKI (Sekolah Kanak-Kanak Istimewa). Niat di hati nak tunjukkan kat bebudak tu rakan-rakan istimewa serta mencari kelainan dalam pameran yang mungkin diadakan kat sana tu.

Kebetulan mak diorang ada beberapa keping kupon karnival untuk ditukar dengan kononnya bakul, tudung saji, senang cakap kraftangan hasil kerja Kanak-Kanak Istimewa. Aku pun sebenarnya memang mengharap akan ada kelainan pada karnival yang ini.
Tapi nampaknya gambar kat atas ni ajalah (maskot) yang ada kelainan... Nak tau ceritanya, mehla nengok gamba-gamba yang aku tangkap aritu.Karnival SKI
Ini papan tanda simpang ke dewan berlangsungnya karnival
SKI
Masuk je jumpa kaunter tukaran wang asing a.k.a. money changer...
Kaunter Kupon
Aku tipu. Bukan tukaran wang asing tapi segala perbelanjaan dalam karnival perlu gunakan kupon. Jadi kena tukar duit dengan kupon dulu.

Kelebihannya - kalau dah bajet nak belanja 50 hinggit dan dapat kupon yang sewaktu dengannya; dah habis kupon dalam tangan pastu buat window shopping aja tak yah nak intai-intai lagi duit kat dalam wallet atau purse tu lagi.

Kelemahannya - Kalau dah bajet nak belanja 50 hinggit dan dapat kupon yang sewaktu dengannya; pastu belanja cuma takat 16 hinggit je; camana pun kena habiskan kupon tu sebab kertas tu mana laku kat tempat lain... (Pandai aku berniaga kan?) Tapi sebenarnya ikut suka kitalah nak beli berapa kupon pun sebab satu set kupon tu cuma dua hinggit je nilainya. Agak-agak tak cukup gi le tukar lagi kat kaunter depan tu.
KuponKupon
Tengok Aiman pegang kupon dah macam mamat dan minah affiliate / MLM yang dok tayang duit kat fesbuk. Pakcik kayo!!!
Deejay
Cam biasa, abang deejay mesti ada untuk memeriahkan majlis.

Dan kat bawah ni antara persembahan yang diadakan, siap ada juri mungkin buat pertandingan sekali kot.
PersembahanPersembahan
AudienceVIP
Juri
Juri pun malu-malu kucing bila aku snap gamba diorang... hehe...

Ermmm... Ini antara gerai-gerai yang menerima kupon sebagai bahan tukaran sempena karnival SKI. Aku tak pasti mereka ni antara penyumbang (sponsor) ataupun peserta yang mengambil bahagian aja dalam karnival tu. Baguslah kalau segala kutipan melalui kupon terus masuk ke tabung SKI. Tapi pelik jugakle kalau harga baju dah cecah RM120 selai kat satu gerai butik tu, berani ke dia nak bagi semua harga kupon tu ke SKI?
GeraiGerai
GeraiGerai
GeraiGerai Makan
Group Superbike pun ada untuk pelawat mencuba pandu uji selain gerai makan, jadi tak yah cari kedai kat luar dah.
Kraftangan
Meja 29 Kraftangan; meja 30 SKIJB. Tapi terang cakapla, aku tak jumpapun kelainan atau sesuatu yang istimewa di sini. Contohnya seperti pameran lukisan oleh setiap kanak-kanak istimewa tak kisahlah cantik ke tidak dan setiap satunya boleh diletakkan harga 2 set kupon (RM4.00). Tiap anak-anak tak kira istimewa atau tidak memang suka luahkan isi hati mereka melalui contengan. Petugas boleh terangkan kepada pengunjung 2 set kupon itu adalah nilai terkecil dan pengunjung boleh tawarkan lebih kupon jika ingin menyumbang lebih dan bawa pulang lukisan tu. Nak lagi cantik dapatkan sponsor untuk framekan tiap lukisan tu dan letak nilai 5 set kupon tiap lukisan. Sepuluh hinggit aja bang, ini kan sumbangan. Aku belum jumpalah...
related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

3 comments:

  1. Assalam..
    Tetiba teringat masa sekolah dulu2...

    ReplyDelete
  2. mungkin yg istimewanya ialah keberanian kedai butik tue nak bagi kesmua harga kupon rm120 utk sekolah hihi...

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...