Home » , , » Lagi Iklan Dari Grapevine Untuk Dikongsi

Lagi Iklan Dari Grapevine Untuk Dikongsi

Empayar Utama - Wednesday, June 1, 2011 : No comments

Pagi tadi tengah berblogwalking, aku terjumpa satu lagi iklan Grapevine dari Nuffnang. Jadi kat sini aku nak bagi kredit kepada tuan punya blog tu:
! Baek Punye Blog !
Cantik blog dia, kalau nak tengok klikle snapshot kat atas atau kat link ni: Baek Punye Blog.

Sebelum tu, aku sebenarnya agak cuak dengan ChurpChurp sebab macam dah tak ada iklan dalam seminggu ni. Semuanya macam dah diambilalih oleh Nuffnang. Pastu Nuffnang ni pulak asyik promot Grapevine je yang memang susah kita nak jumpa iklannya. Tengokle sehari dua ni iklan Nuffnang pun dok tunjuk Grapevine macam ni:
Nuffnang_Grapevine
Dua hari lepas aku tengok iklan ChurpChurp makin kurang, makin kurang tinggal iklan promot untuk join je. Campur ngan 2 Grapevine kira aku cuma boleh publish dan share 3 jenis iklan. Tengoklah snapshot history aku dua hari lepas:
ChurpChurp
Pastu adalah Perodua masuk, dan sekarang ni contest dari ChurpChurp sendiri pasal "Cutest Thing". Dulu meriah sekali ChurpChurp ni kalau tak silap aku dalam satu hari mesti ada dekat 10 iklan untuk di'share'.

Kalau korang perasan, iklan sekejap-sekejap memang banyak tapi datangnya dari MilkADeal.
MilkADeal
Setakat yang aku ikut, MilkADeal ni penyumbang terbesar dalam ChurpChurp. Dekat 60 iklan datangnya dari MilkADeal sendiri tapi semuanya 'pay per deal' manakala produk lain berjumlah 70 iklan yang bagi 20 sen ke 40 sen tiap view. Jadi kalau korang rajin, iklan dan link untuk 'pay per view' tu simpan. Jangan buang sebab dia akan keluar lagi mengikut musim. Contohnya iklan dari syarikat penerbangan dan telekomunikasi. Sikit aja yang tak keluar lagi macam iklan 'my honeymoon' (sebab my honeymoon rajin tukar citarasa) dan iklan yang berlandaskan aktiviti semasa.

Eh, aku ni cerita pasal Churpchurp pulak. Ok kita balik pasal Grapevine tadi. Pagi ni adalah 4 iklan untuk di'share' dan Grapevine aku dah ada tiga:
ChurpChurp
Minggu lepas ada dapat emel dari ChurpChurp bagitau tentang earning tak tally dengan unique cliks. Masa tu dah betul dah tapi sekarang ni balik asal, mungkin lambat untuk diorang update kot.
Grapevine
Haaa... Inilah tiga Kempen Grapevine yang aku tengah kongsi sekarang ni. Iklan terbaru tu dapat malam tadi belum sempat nak promot. Aku nak kena gi opis kat Pasir Gudang buat balancing pulak. Malam nantilah baru dapat update semuanya.
Grapevine

Oh ya. Sebelum aku lupa, ada beberapa blog bagi tutorial pasal camna nak amik dan bila link Grapevine ni keluar tapi penerangannya macam sikit kurang. Sebenarnya iklan Grapevine ni mesti datang dari iklan Nuffnang Skyscraper (160 x 300). Kalau iklan tu tunjuk salah satu dari produk ni: DiGi iPhone 4; Dentyne; dan Nestle Drumstick Almond; kemungkinan besar iklan Grapevine akan muncul kat bawahnya. Kalau iklan lain memang tak akan keluarlah Grapevine tu.

Kecualilah kalau iklan yang keluar nanti merupakan iklan baru, jadi Grapevine akan keluar dan dapatlah link baru pula. Rajin-rajinle buat blogwalking kalau berminat nakkan link Grapevine yea. Aku dah lambat ni. Jumpa lagi...

Eh, eh! Sebelum aku lupa - nengok baik-baik link Grapevine yang korang dapat tu nanti aaa. Check dulu kat Grapevine-history korang tu sebab bila korang terjumpa iklan ni kat blog sapa-sapalah; pastu terus share kat twitter atau fesbuk; korang sebenarnya promot link tuanpunya blog tu - bukan link korang sendiri. Bila dah dapat link yang betul kat korang nyer history, barulah promot. Nanti tak masyuk, ingat tu...

related posts plugin for wordpress, blogger...
^_^

0 comments:

Post a Comment

Tulislah apapun, aku baca...