Home » » Sensitiviti Tak Bertempat

Sensitiviti Tak Bertempat

Empayar Utama - Friday, August 12, 2011 : 2 comments

Dah seminggu aku dalam dilemma dan isu inipun dah masuk hari kesembilan. Pepatah ada berkata (cewah) terlajak perahu boleh diundur; terlajak kata barisan EXCO pulak yang kena tutup mulut. Sebelum tu kita tengok tajuk-tajuk berita utama isu-isu nasional yang popular sekarang:

• Kes liwat yang belum lagi masuk mahkamah sebab sekarang ambik masa temuramah saksi; pas tu tangguh lagi sebab ada bloggers pulak volunteer jadi saksi, hehe :)
• Isu video seks yang masih tergantung lain tahun la baru cerita
• Isu bersihkan SPRM dengan cadangan penggunaan biometrik yang macam tak praktikal
• JAIS masuk Gereja
• Kejohanan Badminton Dunia
• Cerita main mercun sebab nak sambut Hari Raya IdilFitri
• Selamat Hari Kebangsaan

Ini yang aku nampak melalui akhbar, berita dan internet. Mungkin banyak lagi tapi kalau berdasar yang di atas saja; aku rasa bangga dan bertuah dilahir dan jadi rakyat Malaysia.
Ini keratan akhbar semalam yang tak popular macam berita sensasi lain. Tapi aku pilih berita kecik yang ini.

Sebenarnya kesilapan dah berlaku; mengaku sajalah dan untuk tidak mengeruhkan keadaan; mintak maaf dulu dengan rakyat. Pada masa sama minta juga satu laporan terperinci dari Gereja tentang majlis tu. Jadi bila laporan siap (lepas Raya?) akan ada dua laporan daripada dua pihak (Gereja dan JAIS) untuk diteliti oleh EXCO dalam mesyuarat. Barulah buat keputusan. Tapi siapalah aku ni nak nasihat Menteri Besar kan?

Takkan tak perasan, tiap-tiap hari cerita pasal akidah umat Islam. Satu pihak lagi dok diam je ketawa menonton aksi antara sesama Islam. Pihak satu lagi tu tak tahu ke kalau laporan siap dan ada asas serbuan; pihak itulah akan menjadi suspek utama. Tapi mana ada timbul cerita pasal pihak satu lagi? Tak de kan?

Kenapa aku pilih berita kecik tu? Sebab tetiba aja dah ada peguam yang mewakili 12 orang Islam yang diminta beri keterangan. Pandai pulak Menteri Besar kat sini bila dapat surat dari peguam yang mewakili 10 dari 12 orang tu serahkan kepada JAIS (perundangan) untuk bagi nasihat. Awal-awal dulu hantar saja sorang wakil pergi jumpa pihak Gereja tu - mintak satu laporan untuk diteliti dahulu di samping minta JAIS satu laporan serbuan; takkan jadi kecoh sampai macam ni la...

Dah ada peguam yea... 12 orang Islam tu bukan orang kaya pun; antara mereka ibu tunggal; daif dan tak tau apa-apa pasal politikpun. Kena kisah ke siapa yang tolong pasangkan peguam untuk mereka? Aku peduli happa cuma iyalah, kenapa bukan peguam syari'ie yang awal-awal datang bantu wakilkan mereka ni? Kan lebih senang untuk dapat keterangan.

Asyik terlepas pandang aja...

Apa-apa pun; Selamat Hari Raya Idilfitri Maaf Zahir & Batin dari Empayarutama


related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

2 comments:

  1. Walaupun aq xbrapa faham kandungan entri ini,, tapi bagi aq banyak berlaku perbalahan dalam kalangan umat islam pada hari ini...^^..

    bila je ada bab macam nie, adalah sesetengah pihak mengambil ia sebagai satu peluang untuk memutar belitkan lagi keadaan...

    jesteru banyak salah faham yang berlaku dalam masyarakat islam...xD

    ReplyDelete
  2. sebenarnya kita nak tahu juga apa sebenarnya yang tetamu islam berada kat situ...kita tidak dilarang bergaul walau bukan dengan seagama terutama di malaysia yang berbilang kaum serta fahaman agama. tapi sebagai umat islam kita haruslah tahu dimana sempadannya.

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...