Suasana Di Stesen Bas Kisah Seram UUM: The Untold Story Bertuah Punya Cabutan Bertuah!!! Alamak Nazir Datang Melawat Aku Tak Mampu Menahannya... Kesabaran Dan Kejujuran Diri (Teknik Belajar Menipu ^_^) Koleksi Gambar-Gambar Panas
Cerita Yang Jarang Terkini :

Kena Kencing Lagi

Empayar Utama - Sunday, May 29, 2011 : 2 comments

Semalam petang posmen hantar surat ni. Takdelah menarik sangat surat dari KWSP sebab bukan dapat duit tapi kelulusan pengeluaran wang untuk pelaburan unit amanah MAAKL MUTUAL.
Apa yang tak kena dengan surat ni? Ini aku nak kongsi dengan semua yang ada buat pelaburan dipanggil annuiti. Mula-mula dipujuk oleh agen, tidak diterangkan bahawa agen boleh membuat pengeluaran bagi pihak pencarum KWSP. Dan melalui surat yang aku dapat (itu bukan surat aku tapi surat salah seorang anggota keluarga) menyatakan bahawa permohonan pengeluaran bertarikh 20/5/2011 telah diluluskan dan akan diserah kepada pengurusan MAAKL selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh surat ini. Surat ini bertarikh 23.5.2011. Sampai kat rumah 28.5.2011 Sabtu petang. Hari ni Ahad. Esok Isnin 30.5.2011 dan jika dapat berhubung dengan pegawai KWSP pun duit tu dah masuk dah pun ke MAAKL.

Isu yang aku nak bawak ialah bila pula anggota keluarga aku buat permohonan pengeluaran? Siapa turunkan cap jari (biasanya KWSP akan guna cap jari selain dari tandatangan untuk permohonan pengeluaran) dan turunkan tandatangan dalam borang permohonan tu? Kenapa boleh berlaku penipuan oleh agen yang tidak beretika? Berapa komisen agen dapat bagi setiap satu ribu ringgit pengeluaran pencarum KWSP yang melabur untuk skim annuiti?

Dalam sebulan, jika seorang agen ada 3 pelanggan sahaja dan minimum pengeluaran tiap pelanggan adalah sepuluh ribu ringgit; harap ada agen di luar sana boleh bagi jawapan kat aku dan pembaca yang baca entri aku ni. Berapa komisen korang dapat? Inikah pendapatan utama korang; periuk nasi korang untuk hidup (mungkin sara keluarga)? Matlamat menghalalkan cara, menipu pelanggan?

Entri aku ni bukan bertujuan nak cari salah siapa. Kita cuba cari jalan penyelesaian yang boleh disenangi semua pihak. Perkara ni sebenarnya tidak begitu rumit dan pelanggan takkan begitu kisah jika cadangan aku boleh diterima pakai:

1. Agen jujur menjalankan tanggungjawab dengan menghubungi pelanggan terlebih dahulu untuk sesuatu urusniaga yang akan dibuat; dan keputusan terletak di tangan pelanggan setelah nasihat dan penerangan diberi oleh agen; dan

2. Pihak KWSP lantik pegawai khusus untuk menghubungi pemohon yang membuat permohonan sebelum kelulusan dilakukan; dan

3. Pencarum (pelanggan annuiti) diberi masa untuk merujuk semula kelulusan selepas surat kelulusan diterima walaupun telah melalui proses kedua. Sebaik-baiknya ada 'cooling-off period' (tempoh bertenang) sepuluh hari bekerja untuk itu.

Ini cadangan aku, mungkin ada cadangan yang lebih baik dari orang lain. KIta kongsilah bersama. Banyak benda yang KWSP terlepas pandang hingga pengeluaran boleh dilakukan dengan mudah. Nampak aja prosesnya rumit, tapi kalau dah selalu sangat masuk suratkhabar, apa cerita...

Dah Tau Sensitif Tak Payahla Promot

Empayar Utama - Saturday, May 28, 2011 : 4 comments

Minggu-minggu lepas kecoh (kecoh ke?) pasal satu blog yang menghina Agama Islam secara umum dan Allah serta Nabi Muhammad secara khusus. Benda ni makin popular bukan disebabkan tuan punya blog tu tapi dipopularkan oleh mereka yang sensitif dengan isu yang dibawa. Senang cakap masing-masing ambik kesempatan mencari populariti untuk diri sendiri melalui blog yang hanya beberapa hari timbul tu. Ini pendapat akulah, kalau salah aku mintak maaf dan tegur aku yea.
spiderman
Sebab apa aku tulis macam tu, sebab iyalah – dah benda tu tak betul kenapa buat entri siap bagi snapshot lengkap dengan linknya sekali? Kenapa tolong promot blog makcik tu? Nak popularkan blog sendiri atau apa? Sendiri jawablah.

Blog ni wujud buat pertama kali pada 6 Mei (panas lagi beb). Setakat yang aku ikut, blog tu agak susah nak dibuka tapi makcik masih aktif kat twitter.
Firefox
Tapi semua orang masih boleh akses blog tu melalui 'cached copy' link yang diberikan oleh Google:
Google cache
Dan aku perhatikan (dah macam kerajaan dan pihak temuduga mintak kerja pulak, dok perati perati tak buat tindakan pun) ramai yang sokong blog makcik tu dengan memberi komen. Tak kisahlah komen puji atau komen kutuk. Majoritinya memberi komen mencarut agaknya dah jumpa tempat yang boleh mencarut dalam internet; happa lagi, lepaskanlah apa yang terbuku dalam hati. Tak gitu?

Komen terbanyak sampai 11 datangnya dari Marionette (penyokong kuat makcik) dan pembunuh hajjah gila; 9 komen oleh love islam; 8 komen dari mujahidin; 4 komen masing-masing dari Anon??, HAMBA ALLAH S.W.T, Hamba Allah dan myname; 3 komen dari anonymous je la, asran aniki, grrrrrrrr...., hamba Allah, i luv islam, kesiankatkauhajjah, limpit; 2 komen datang dari &*(^&$%^^&, aku, Adam Shah, Anonymous, anti paria, doraemon, guava, hadi, islam benar, istighfar.., Jesus, niena, pencinta agama, zaishahrizal; dan 101 lagi pembaca pun nak bagi komen tak termasuk mereka yang baca tapi malas nak komen kat blog tu macam aku.

Antara komen konon-kononnya datang dari pembaca sebenarnya komen dari makcik tu sendiri yang menggunakan nickname lain. Siap ada komentator yang ada link lagi tapi pergi ke blog makcik tu semula.

Bukan apa, segala komen ke, entri ke, thread kat forum ke; akan dijejak (crawl) oleh search engines dan ini sebenarnya satu dari macam-macam cara tingkatkan trafik untuk jangka panjang. Walaupun sebelum tempoh itu sampai tapi blog yang buat thread, komen atau entri tu padam, kena padam; linknya akan keluar juga kart search engines nanti. Pandai-pandailah cari.
spider
Kalau tak komen langsung; tak buat entri kat blog sendiri siap letak link; buat derkkkk aja dan diam-diam buat repot kepada pihak-pihak yang berkenaan (memang setakat ni tak ada tindakan apa pun kat blog makcik tu) sudahlah. Tak boleh ke? Inikan sensitiviti agama...

Meh Ambik Baucar Percuma Ni

Empayar Utama - Thursday, May 26, 2011 : 2 comments

Korang ni aku nengok kalau ada aja entri pasal Baucar Percuma ke; Contest ke; kat mana-mana blog; laju je korang serbu yek. Dua hari lepasnyer entri aku pos kat Innit tak sampai lima minit terus 10 nangs, tak pernahnya aku dapat sebelum ni. Aku nak tweet pun tak sempat.
Innit
Ni aku nak bagitau ada satu program cam best aja. Aku ada buat entri kat blog satu lagi tapi tu skema nyer pos (lebih kurang cam kontrol ensem). Kat sini kira gerak kerja bebas hehe. Ni ha dia; jeng jeng jeng... Tak de affiliate link la aku tak tipu, klik je lah:
AIP Surveys
Sebenarnya lebih kurang je macam survey program lain tapi tak de bagi cash (belum lagi kot) cuma point terkumpul nanti boleh tukar ngan baucar best-best wooo wa cakap lu.

Sama gak macam nuffnang ke apa ke, kena update profil, dan 4 lagi profil terperinci bagi matching dengan kaji selidik yang nak dihantar nanti. Point korang kat sini dipanggil EPoin. Masuk percuma tak yah takut sebab konsert Akademi Fantasia lepas ni ada imuniti. Eh, apa ni?
AIP Surveys
2,000 EPoin mininum diperlukan untuk tukar ngan baucar.
1 EPoin = RM 0.01.

Tapi program ni kata; baucar hadiah sebenar korang dapat (kalau dapat, tapi rasanya memang senang dapat) mungkin berbeza selagi stok masih ada. Jadi boleh tukar. Aku minat tiket wayang tu, nuffnang tak pernah bagi.
AIP Surveys
Tapi kena ingat - EPoin hangus camtu aja lepas setahun bermula dari tarikh terakhir korang log masuk ke kaji selidik di "Halaman Saya".

Buat masa ini, sori ya belum ada referral (affiliate) program tapi korang masih boleh ajak kengkawan untuk join sekali. Jika mereka tu dah lengkapkan kaji selidik pertama, 350 EPoin buta-buta masuk dalam akaun. Boleh ajak 5 orang sepanjang 180 hari (6 bulan? Melampau ni) tapi nak tambah lebih pun boleh. Buang dulu la sesapa yang tak berminat lepas mendaftar atau mereka yang tak lengkapkan kaji selidik yang pertama.

Haaa apa lagi;
AIP Surveys

Contest Pertama - Siapa Cepat Dia Dapat

Empayar Utama - Tuesday, May 24, 2011 : No comments

heartbeat Dua tiga menjak ni kalau berblogwalking, nampak le banner satu program tu namanya HeartBeat. Ini affiliate program yang tak payah bayar satu sen pun kalau nak join tapi dapat duit sama je macam 2 affiliate program yang aku pernah review sebelum ni. Beza yang kedua - program ni ada barang yang dipromosikan. Nak nengok klik gambar kaler pink belah kiri ni (don't wori la, aku tak pakainya affiliate link aku tu).

Aku lambat sket bertandang ke blog yang jengah blog aku sebab balik kampung cari durian lagi. Aku ni antu durian (bukan antu durian macam cerita pengembaraan Upin & Ipin tau).
durian koyok
Anak aku yang baru pandai nek basikal besar pun eksen jugak, nak belasah banyak-banyak. Sudahnya kena beli koyok tampal kiri kanan dahi dia. Cuti sekolah lagi...

Ok, balik pada tajuk asal cerita aku. Program ni wujud dari tahun 2006 kot kalau ikut pada laman utama dia.
heartbeat
Nak buat review kenalah masuk program tu kalau tak tulis pakai tangkap muat je, tak pasal-pasal kena tuduh buat fitnah lagi, padan muka aku. Bukak akaun dulu ngan HeartBeat baru boleh join dia punya affiliate program. Taip ajalah http://heartbeat.my/ ke; atau http://heartbeat.com.my/. Semua akan pergi ke laman utama. Kalau taip http://heartbeat.com pulak korang akan dibawa berjalan-jalan ke laman sign up.
heartbeat
Tu ntah bila lah agaknya Shopping Cart aku akan berisi.
heartbeat
Haaa... ini part paling best ni. Boleh buat contest ke benda ni? Aku register dapat 8 persen diskaun laku sampai 31 Mei ni (hehe da macam iklan chupchup la kan?) Sapa-sapa nak order guna voucher aku emel la kat aku nanti aku orderkan. Pastu aku pos balik kat alamat yang berjaya buat tempahan - percuma pos penghantaran. Voucher ni aku hadiahkan kepada penghantar emel yang ke 100 50 pertama. Waaa dah macam harga kat program affiliate, makin turun makin turun tapi bayar tetap kena bayar. Affiliate program HeartBeat tak yah bayar pun...

Syarat-syaratnya: Satu aja - 'as is what is basis'. Kalau mug; sompek ke, pecah ke time aku dapat, cam tu le aku pos balik. Sama le kalau benda lain. Senangkan contest aku? Cam hampeh je...

HeartBeat ni, eh lupa. Nanti aku bagi point-point aku letak tanda heart aaa, cantik sikit. Sambung balik. HeartBeat ni, banyak gak tawaran menarik macam:

♥ RM2 tiap affiliate (referral) yang berjaya dibawa masuk
♥ Sendiri beli barang, 20% jadi income
♥ Referral beli barang, 15% jadi income
♥ 4 sen (CPC) kat banner atau text link. Banner ada 4 jenis: Horizontal (728x90 dan 468x60); square (4 saiz dari 125x125 sampaila 336x280); vertical (2 je: 120x600 dan 120x240. 160x600 tak de); dan Text links – sebenarnya ikut suka korangle nak letak apa pun janji affiliate link korang tu ada.
♥ 5 hinggit tiap konstruktif feedback ke tokey. Agak-agak entri aku ni boleh masuk senarai tak? Aku nak hantar le nanti nak tengok juga apa feedback dari tokey.
♥ 3 Ringgit Malaysia kalau ambik bahagian dalam survey / poll.
♥ RM10 kalau bagi testimoni. Kena sertakan gambar dan minimum 300 perkataan bagi idea kreatif untuk 'unique gift'. Teringat lak aku kat satu afiliate sebelum ni yang bagi syarat kena bagi testimoni kalau tak duit tak keluar...
♥ Duit lagi doploh hinggit kalau jumlah sendiri beli atau referral beli dalam sebulan melebihi RM300
♥ Duit lagi tigaploh hinggit kalau jumlah sendiri beli atau referral beli dalam sebulan melebihi RM500
♥ Duit lagi limaploh hinggit kalau jumlah sendiri beli atau referral beli dalam sebulan melebihi RM700
♥ Dah la. Banyak sangat nanti mengarut pulak jadinya...

Bila dah kumpul-kumpul, boleh buat pilihan sama ada nak amik cash atau redeem hadiah. Minimum limapoh hinggit je (RM50). Aku rasa berbaloi-baloi macam Amy Search cakap.

Eerr... komen le sikit. Mana tau kalau aku hantar entri ni nanti siap ada supporting dokumen dari kengkawan (ekelehhhhh) nampakla benda ni aku publish. Bukan simpan buat perhiasan dalam lemari cam buku kerja sekolah 'mesti beli' dan kasut bola Aiman. Kuangkuangkuang kuang ajor tul haku nih...


Nak Komen Kat Sini Je? Boleh

Empayar Utama - Saturday, May 21, 2011 : 2 comments

5 hari lepas - aku pakai letak aja kod dari Google Friend Connect. Lepas tu tunggu macam manalah agaknya komen pertama nanti keluar. Tunggu punya tunggu punya tunggu (macam kaki pancing dok tunggu umpan kena ngap ngan ikan tak makan-makan pun), ambik ko. Sampai 4 komen keluar tapi ada masalah la pulak.
directsmiley.com
Camni jadinya haaa…
comments

Aku fikir letak widget tu nanti keluarlah gamba tup-tup gamba blur yang sama je… Nak reply tak tau sapa (Unknown); nak gi blogwalking dah jadi 'anon'.

comments

Barulah aku perasan. Kalau ambik ready made nyer template, Google Friend Connect akan keluar default je. Maksudnya widget tu tak directly pergi ke ID tuan punya blog. Sama gak kat widget follower tu. Sebab tu walaupun blog sendiri dan tab/window sebelahnya dah siap-siap bukak emel guna username sendiripun – korang tetap kena log in kalau nak follow orang lain nyer blog. Eh, follow ke ni?

Bila aku cuba pos komen atau reply, aku pun jadi 'anon', keluar gambar blur tu. Bayangkan nak follow blog sendiri pun kena log in Google Friend Connect walaupun benda tu memang ada dalam gmail korang. Tak percaya bukak emel,; klik help (belah kanan atas) nanti keluar kat new tab. Lepas tu klik MY Account (pun kat belah atas kanan). Haa sekarang korang dah masuk dalam korang nyer ‘Google Accounts’. Tengok kat senarai ‘My Products’ kat bawah tu. Ada kan? Jadi tak perlulah korang buat google search cari ‘Google Friend Connect’ lagi pastu nak log in lagi sekali; sebab memang ada dah dalam akaun korang tu (aku bagitau ni sebab majoriti blogger pasang follower widget guna google friend connect).

Kat situlah sebenarnya kod yang ada korang nyer publisher ID yang betul untuk diletakkan sebagai ganti follower widget yang sedia ada tu. Aku cuma nak bagitau yang widget macam shoutbox yang aku pasang tu akan betul-betul berfungsi kalau diletak dalam body html blog. Bukan letak kat sidebar. Konsep widget sama dengan follower widget cuma yang ini siap boleh bagi komen. Jadi, sebelum komen kena jadi follower dulu…kuangkuangkuang…. Aku tak naklah paksa orang len kena jadi follower aku baru boleh buat komen. Nanti aku kena tuduh jalankan program MLM pulak.

Jadinya, sebelum entri ni aku publish tadi, aku dah tarik balik kod tu. Nantilah aku belajar buat shoutmix nyer chatbox. Takut tak de siapa nak singgah dan tulis komen je, malu le...

biskut
Penat ni nak makan biskut dululah...

Bebas Tapi Terbelenggu

Empayar Utama - Thursday, May 19, 2011 : 5 comments

Satu lagi promosi percuma untuk rakyat Malaysia yang inginkan kebebasan kewangan. Dengan ayat-ayat yang mencairkan hati terus bersemangat nak masuk. Sebenarnya ini affiliate program yang tak ada apa-apa isi pun. Cuma menambah isi poket tuan punya program dan membebankan pengikut. Tak percaya? Meh baca.
Kelab Jutawan
Inilah produk yang dijual – laman web aja yang ditukar kulit dan bahasa. Bezanya dengan Onlinejobsolution (doploh hinggit satu kes) dan Moneybiz-iklan-online (tigaploh hinggit satu kes) ialah duit yang masuk bukan untuk korang, tapi untuk tuan punya program. Korang cuma dapat komisen promot website ni. Lebih senang ke lebih susah kerjanya?

Bandingkan pulak dengan jutawanklik; satu lagi bentuk affiliate yang pakai topeng iklan, masuk ciput-ciput tiap hari kalau masukpun tapi belakang ada bisnes along.

Yang ni lagi mahal, lagi besar masyuk – limaploh hinggit satu kes, apa kes?
Kelab Jutawan
Kelab Jutawan
Masa entri ni dipos, masih ada lebih 79 orang lagi kuota untuk target 300 ahli. Biar betul beb, janganlah tipu lebih-lebih. Setakat 2 Mac 2011 dulu lu dah ada RM37,223.24; aku kira RM37,000 cukuplah. Satu penyertaan seratus jadi dah berapa member lu dah kencing? Dah 370 orang dah tau. Tu tak masuk current live transaction yang ditunjuk kat youtube tu. Website tu sendiri yang tunjuk aaaa, aku kopipes je.

Satu lagi ayat kat atas tu kata cukup 300 ahli je, penyertaan ditutup. Ahli yang ke 300 tu ternganga la tak sempat buat duit.
Kelab Jutawan
List tu lebih kurang macam ni la yea (tak masuk fesbuk, twitter, laman sosial lain, dalam enset dan lain-lain lagi):
contacts
contacts
Mak oiii..Dalam pc aku aja dekat lima belas ribu kontek siut… Kalau aku join program ni katalah lima persen je masuk ikut link aku; pastu kali limaploh hinggit komisen tiap satu. Perghhh minggu depan aku ada RM37,500.00. Lepas tu?

Maaaaacaaaaaamtaaaakpercayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…………

Kalau nak tambah duit kena sambung promotla…kan? Kalau tak - tak masyuk. Ini ke kebebasan kewangan yang korang cari? Tapikan, aku sorang je bagi tokey separuh (dia pun dapat RM37,500.00). Affiliate lain? Tokey makin kaya. Affiliate yang tak dapat kumpul kuota secukupnya camna? Duit tu tokey sapu semua tau. Sebab apa aku cakap camtu, tengok bawah ni:
Kelab Jutawan
Affiliate program mana ada jual barang. Bayar je seratus dah boleh tunjuk website. Kemudian promot kat orang len benda sama. Macam tu ajalah kerjanya sampai program ni tutup.
Kelab Jutawan
Kat sini yang aku musykil sebab komisen serendah RM500 seminggu. Dalam erti kata lain, bayaran dibuat setiap minggu dan minimum RM500. Maksudnya korang kena dapatkan sekurang-kurangnya 10 orang untuk dapat bayaran terendah tu. Tak cukup; bawak ke hadapanlah jawabnya. Kalau korang bosan lepas dapat 30 orang yang beli, berenti. Korang dapatlah token RM1,500 tapi tokey pun masyuk RM1,500 dan dia tambah list dia lagi 30 orang. Itu tak campur senarai mereka yang daftar free untuk tengok-tengok je macam aku ni. Sebab tu tokey punya list makin banyak, pasni buat program lain list ribu-ribu dah siap dalam tangan beb (Strategi Makan Duit para Affiliate, hehe).
Kelab Jutawan
Boleh kata semua program akan promot benda nih. Nasihat aku, mintak tunjuk ajar pakcik google dulu. Buat check and balance sama ada Google Adword bagi pulangan atau buang duit korang. Baca ayat dia. Bukan teknik yang diguna pakai oleh mereka yang pasang angan-angan nak jadi jutawan; tapi 'teknik yang diguna pakai oleh ramai jutawan internet seluruh dunia'. Tengah merangkak jangan coba-coba, dah banyak duit lebih baru pakai aaaa…..
Kelab Jutawan
Macammana korang pusingpun, bayaran tetap pergi ke tokey dulu. Kalau korang tak cukup kuota, akhirnya duit tu semua tokey ambik. Berani tak tokey tunjuk satu page senarai mereka yang dah dipulangkan duit seratus tu? Atau memang tak ada langsung? Sama ada semua dah buat duit (ye ke?) atau diorang niat sedekah (tapi tak ikhlas) lepas tak nak kontiniu; Wallahualam…

Ini antara affiliate yang dah masuk tapi malas nak adjust link diorang. Peduli happa kan, duit tu semua pegi ke tokey dulu. Aku tak payah bagi link, ada kat bawah ni:
Kelab Jutawan
Macam biasa, tak ada testimoni yang berani tunjuk screenshot duit dalam akaun. Balik-balik tunjuk duit tokey. Kan dari awal lagi aku dah bagitau tokey yang kaya, bukan korang. Aku punya calculation kat atas tu pun bley jadi testimoni apa; kalah tokey sey… seminggu je aku buat.

Ini antara ayat pertama tokey dalam website dia. Direct je kencing, tak perasan ke? Terang-terang dia declare camna dia kaya tanpa modal (korang kena bayar seratus kan?); bukan declare camna kongsi kaya atau korang yang jadi kaya:
Kelab Jutawan
Nak ikut jugak ke? Nak masuk jugak?

Dulu, Kini Dan Selamanya

Empayar Utama - Tuesday, May 17, 2011 : No comments

Ini mungkin entri terakhir aku pasal RON 95 selepas dua pos dah aku tulis bulan Januari dulu. Iyalah, sekarang ni harga RON 97 dengan RON 95 memang jauh na. Seringgit seliter tu bezanya. Kalau ambik pelarasan (kenaikan la dalam erti kata lain) sejak Ogos tahun lepas - aku ambik mula dari penguatkuasaan larangan kepada kenderaan makhluk asing; 75 sen seliter. Kalau 40 liter dah lari 30 hinggit Malaysia tau. Mamat kat bawah ni isi 40 liter pakai RON 97 dia kena bayar 116 Ringgit Malaysia (S$48 aja); tapi kalau guna RON 95 dia kena keluar RM76 (S$31.67 aja, jimat S$16.33 tu. Dua kali dia jimat, dia dapat penuhkan lagi 40 literkan?). Bacalah dua entri aku yang lama tu dan congakan kerugian kerajaan yang aku buat.
RON 95
Malaslah aku nak cover-cover lagi no. plet.
RON 95
Ni plet kuning memang bukan kenderaan Malaysia.
RON 95
Cantekkk... Brader pam minyak siap tolong isikan tuuuu...
RON 97
Bukan semua tak pandai baca, ada juga yang pandai baca.

Tapi kerajaan rugi juga, sebab tu kena naikkan harga RON 97 sebab suruh rakyat Malaysia ganti balik kerugian yang makhluk asing buat. Tak gitu?

Jadi kalau kerajaan nak naikkan RON 95 bulan depan, aku sokong sangatlah. Tapi kalau naik, aku cadangkan bagi sama harga lagi bagus. Tak ada beza RON 95 dengan RON 97. Dua-dua 2.90 seliter. Padan muka kerajaan (mana ada penguatkuasaan pun); padan muka kenderaan luar; padan muka rakyat Malaysia (tak pandai nak jaga duit kita especially brader baju merah kat atas tu, dan tokey pam minyak yang bersungguh-sungguh menguatkuasakan tampalan notis larangan tapi tak pedulipun pasal larangan); padan muka aku sekali. Habis cerita.

Yang ni pulak, jenuh aku bukak balik 'history'; search google; bukak balik blog2 yang aku pergi blogwalking tadi; tak jumpa daaa blog si 'jusjambubest' ni. Aku ingat nak follow dia balik dan pastu nakla bagi kredit dengan buat entri pasal dia jadi follower ke seratus.
followers

Ada banyak blog ajar camna nak letak link blog sendiri jadi aku tak payah repeat lah tutorial tu. Aku pun takde talent jadi cikgu atau tutor. Hari Guru pun dah lepas, tunggu tahun depan. Cuma aku harap kalau tuanpunya blog 'jusjambubest' terbaca entri aku nih, bagila link nanti aku follow balik yea...
members

Satu lagi, aku dapat komen dalam satu program sosial - laman utama blog aku takde link untuk buat komen. Alamak, akupun baru perasan benda ni. Biasanya kalau orang nak komen kena pergi ke post entri tu baru nampak link untuk buat komen.

Tapi tak pe, aku dah letak GoogleFriendsConnect nyer komen box kat sidebar jadi bolehlah nak komen ke; tulis apa-apa ke; tak specific kat satu-satu entri kan? Cuma kalau dapat jangan letak link laman lucah, atau tempek video yang sewaktu dengannya. Tak pasal-pasal blog aku pulak kena simpan nanti...

Untuk Mereka Yang Tersayang (Dari Anak-anak)

Empayar Utama - Sunday, May 15, 2011 : 3 comments

Esok hari bertuah yang disambut oleh para pendidik. Dan tahun ini juga merupakan tahun terakhir anak aku yang tua - Airina; menghabiskan zaman sekolah rendah setelah hampir enam tahun bersama rakan-rakan dan guru-gurunya. Bila ditanya apa kenangan untuk cikgu, diapun tak tau nak bagi apa. Aku kata bagilah hadiah yang boleh disimpan lama oleh cikgu sebagai ingatan tapi tak perlu mahal sebab dia kan belajar lagi.
Airina
Akupun selongkar apa stok yang ada dan Airina bernasib baik kerana ada 2 dozen mugs yang masih aku simpan. Belikan dia wrapper dan tengoklah macammana kreativiti dia menghasilkan kenangan buat guru-gurunya:


hadiah hadiah

hadiah hadiah

hadiah hadiah
Kotak-kotak tu belen majlis harijadinya bulan lepas. Dan hadiah-hadiah ni dikongsi bersama adik-adiknya yang lain; masing-masing ada guru yang nak mereka hadiahkan sebagai penghargaan. Murah, tapi itulah tanda ingatan dari mereka anak murid buat guru tersayang. Hadiah ini juga dikongsi bersama oleh Afrina yang akan menamatkan sekolah tadikanya tahun ini.

Di sini aku ingin berkongsi beberapa keping gambar yang aku ambil baru-baru ni. Aku berharap benar agar aktiviti oleh anak-anak murid seperti di bawah ini tiada lagi:


Derma
Derma
Derma
Derma
Derma
Kesiannya mereka...

Aku tunggu mereka dari selepas maghrib hingga Giant hampir nak tutup. Mereka perlukan pendidikan, bukan tugasan itu.

Sempena sambutan hari guru tahun ini, aku juga harap para pendidik dapat cuba buang jauh-jauh ayat yang sinonim dengan kerjaya mereka: "Saya yang menurut perintah"; dan aku mewakili anak-anak juga mengucapkan 'Selamat Hari Guru' semoga sukses selalu...