Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Kasih Ayah Bukan Cerita Raya

EmpayarUtama - Monday, August 29, 2011 : 17 comments

Isnin 29.08.2011 @ 9.45 pagi: Aku tipu lagi (tipu diri aku sendiri...). Lepas buka dan baca emel dari Rhea Scarlet yang dikirim seminggu sudah; iyalah aku terperasan yang tahun ini tidak ada 30 Ramadhan... Ini berlaku sekali dalam beberapa puluh tahun.

Rhea mengingatkan aku tentang arwah abah yang telah pergi 3 tahun lepas -  30 Ramadhan; esok raya.

Aku akui dalam seminggu terakhir banyak artikel yang begitu memberi kesan dan menyentuh hati lelaki aku. Mudah sekali airmata tergenang di kelopak mata walaupun video di bawah sekadar iklan.

Sesiapa yang terbuka blog aku; di sini aku nak berkongsi sesuatu semoga dapat memberi pengajaran berguna terutama buat diri aku sendiri:



Dan paparan di atas mengingatkan aku akan bait-bait ini:
"...Kasihnya ibu membawa ke Syurga......kasihnya saudara masa berada......kasihnya ayah sanggupkah berpisah......dan kasih anakanda berkorban nyawa..."



Buat pakcik-pakcikku, makcik-makcikku, abang-abangku, kakak-kakakku, adik-adikku, anak-anakku, dan para pembaca;



Hormatilah orang tuamu...


Selamat Hari Raya IdilFitri Maaf Zahir & Batin ~ EmpayarUtama



Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin

EmpayarUtama - Friday, August 26, 2011 : 17 comments

Aku mengambil kesempatan ini menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kerana entri (tulisan maupun gambar) serta komen; ada yang menyinggung perasaan mana-mana pihak. Aku banyak buat silap. Maafkan aku yea, mana tau umur tak panjang  - Allah yang menentukan.

Maaf Zahir Dan Batin
~ dari EmpayarUtama Sekeluarga ~



Layan lagu nih, teringat seseorang yang telah pergi (sedey)...



...dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54...



Wordless Wednesday

EmpayarUtama - Wednesday, August 24, 2011 : 22 comments


Trafik Jem 2 Hari

EmpayarUtama - Monday, August 22, 2011 : 18 comments

Aku tak berapa pandai nak tulis ayat 'skema', jiwang maupun carut-marut; dan kalau boleh aku cuba elakkan peten ayat-ayat macam tu.

Ni gambar ntah bila ntah aku ambik atas jejambat Jalan Skudai. Sesak sebelah jalan.


Macammana aku nak tolong jawabkan sama ada penting ke tidak trafik tu yea. Cam nilah, aku tunjukkan statistik seminggu blog aku sebagai contoh. Mungkin senang sikit nak jelaskan.

Hehehe mana ada trafik jem. Semalam ngan dua hari lepas trafik sikit je sebab aku balik kampung.

Trafik tu bolehlah ditafsirkan sebagai kemeriahan pengunjung ke sesuatu laman web atau blog. Statistik kat atas tu tunjukkan berapa ramai yang datang menjengah; dan berapa ramai yang dikira sebagai 'Unique Views'. Kita dapat lihat dalam tempoh 24 jam berapa ramai pengunjung baru bertandang ke blog kita dan selebihnya adalah pengunjung yang sama datang lagi dalam tempoh 24 jam itu. Boleh jadi juga pengunjung yang sama melihat 2-3 atau lebih entri pos kita tetapi IPnya dikira sebagai 1 (satu) unik view sahaja.

Kalau aku ambil contoh Nuffnang; program ini merekod unik view setiap 24 jam bermula dari pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam esoknya. Sekiranya A melihat blog B pada jam 11.55 malam 23/8/11 - B akan dapat 1 trafik (unik view) dan jika A terus melihat 5-6 entri-entri B hingga ke pukul 11.59 malam; B dapat 5-6 trafik lagi dari A walaupun unik view dari A dikira satu saja. Jika selepas pukul 12 (dah masuk 24/8/11) B dapat satu unik view dari A untuk hari baru itu (24/8/11) dan jika A masih melihat beberapa entri B selepas itu; tiap-tiap entri yang dilihat itu akan jadi tambahan trafik tapi bukan unik view. Dari contoh atas; pada 15/8/11 aku dapat 187 page view tapi cuma 137 sahaja dikira sebagai unik view.

Apa beza page view dengan unik view tu? Itu hanya statistik. Penting atau tidaknya view tu bergantung kepada apa yang tuanpunya blog / website tu paparkan. Antaranya:

~ Personal blog mungkin hanya untuk informasi.
~ Business blog yang jual barangan atau perkhidmatan.
~ Salah satu dari yang atas atau gabungan kedua-duanya; siap dengan iklan.

Iklan pula boleh jadi:
~ Iklan berdasar klik - CPC (Cost per Click) atau CPA (Cost per Action) baru dapat earning;
~ Iklan berdasar view - CPM (Cost per Million) di mana harga dah ditetapkan bagi iklan CPM itu (bagus untuk mereka yang dapat banyak page view setiap hari); dan
~ iklan berdasar view dan klik.

Blogger yang buat bisnes online biasanya akan letak iklan kerana berpendapat segala usaha untuk promot blog pasti akan hasilkan trafik yang tinggi jadi apa salahnya letak iklan untuk pendapatan sampingan. Untuk personal blog - kalau dah publish entri untuk tontonan umum; juga perlukan trafik ini kan? Kalau tak, buat apa publish entri-entri tu betul tak. Macam tulah lebih kurang yang aku faham. Mungkin kat luar sana ada penerangan yang lebih jelas atau sesiapa nak berkongsi info bolehla bagi komen kat sini. Aku pun masih belajar lagi ni.

Ish, seminggu lagi raya;
Selamat Hari Raya IdilFitri Maaf Zahir & Batin ~ EmpayarUtama



Tolong Pandangan Aku Kabur

EmpayarUtama - Friday, August 19, 2011 : 20 comments

Dua perkara kat sini aku nak cerita. Pertamanya sikap diri sendiri dan keduanya pandangan orang lain. Tak kisahlah sama ada sendiri jadi boss atau kerja bawah boss...

Ok, tentang sikap diri sendiri. Berdasar dua gambar kat bawah ni bagaimana sikap korang dalam menempuh tugas seharian.
Sentiasa nak kemas atau sentiasa nak suruh kena kemas?

Apa pandangan orang lain bila nampak kemas dan bersih ni? Biasanya camni:
Pertama: Lu tak ala kelija meh meja manyak kemat? Kompeni baya manyak tinggi lu luluk goyang kaki aja maaaa...
Kedua: Waaaa lu kelija manyak bagut; manyak cipat; sikijap sulah siap talak lugi loh kompeni baya maaanyak tinggi sama lu... Kamsia aaa kamsia...


Dan pandangan orang lain pulak bila nampak meja yang sangat serabai? Camni pun boleh jadi juga:
Pertama: Hai yooo tabley siap ka lu punya kelija meja tabley kasi belesih... Gaji ini maciam tinggi pun tak belen sama lu punya kelija meh?
Kedua: Ini bulak aaa manyak bagut; manyak sibuk meja tabley sempat kasi kemat. Bagut loh, maaanyak lajin ini bulak...

Kongsi pendapat dan pandangan korang tentang sikap dan cara hidup berdasar ilustrasi kat atas. Mungkin berguna sebagai panduan semua dalam menjalani hidup seharian (tak terbatas kepada kerja pejabat saja kan...)

Tak perlu like fesbuk aku; tak perlu komen kat shoutbox; tak perlu letak gambar ni kat entri korang; tak perlu linkkan entri aku; tak perlu tag sesapa pun. Cuma komen je bagi pendapat dan segala pandangan ni akan terkumpul sebagai rujukan mereka yang lain kemudian hari.

Segala komen di sini aku akan balas dengan komen balik entri blog korang nanti. Kira win-win situation la kan? Sambil aku tambah trafik, korang pun dapat tambah trafik. Tak gitu? Gituuuuu...

Selamat Hari Raya IdilFitri Maaf Zahir & Batin ~ EmpayarUtama


Kemas Blog Sikit

EmpayarUtama - Wednesday, August 17, 2011 : 16 comments

Nota: Paparan untuk cerita ni di sidebar dah tak ada sebab aku guna slider; accordian serta multitabs. Tapi demonya masih ada dalam entri. Boleh tekan tajuk-tajuk tu 'live'.

Aku tak berapa gemar guna tajuk tutorial walaupun ini Tutorial untuk Buat Auto Slide Menu (Hide-Show). Ekeleee, tutorial lagi? Bukan apa, korang nampakkan aku dah kemas sidebar tinggalkan beberapa tajuk aja. Kalau boleh follower tu pun aku nak kemas tapi dah cuba tak boleh lorrrr.
Siapa boleh ajar aku cara yang senang ya? Aku kongsilah apa yang aku boleh kongsi. Dah kemas ni aku tengok blog aku ada laju sikit (yea ke? Entah).

Patutnya entri ni aku pos 11 hari lepas tapi tersangkak sebab bagi keutamaan kepada segmen latar belakang hitam putih dan yang lain-lain.

Ok kali ni tutorial paling ringkas aku nak kongsi. Kat sidebar tu dulu aku letak spoiler button tapi cuma boleh guna untuk satu widget aja. Kalau letak lebih dari satu spoiler terus spoil. Tak jadi pulak.

Ini Demonya
Jangan takut tekan Tajuk-tajuk tu takde iklan punya...

Untuk buat Auto Slide Menu (Hide-Show) korang pergi kat blog Cik Tom ikut cara dia. Macam tu je. Senang kan?

Abis dah tutorial aku kali ni.
Ringkas je kan...


Jadi tak?


Boleh? Tak boleh? Kalau tak dapat ikut, ok baru cuba macam yang aku buat:
Ambik kod ni letak kat PAGE ELEMENTS -> ADD A GADGET -> HTML/JAVASCRIPT:
<style type='text/css'>
.texthidden {display:inline}
.shown {display:block; margin-left: -50px;}
h4 {border:1px solid #ccc; background:#eee; color:#cc0000; margin:5px 5px 5px -60px; padding:5px 5px 5px 5px; font-size:12px; }
</style>


<script type='text/javascript'>
document.write
('<style>.texthidden {display:none} </style>');
</script>

<script type='text/Javascript'>
function expandcollapse (postid) {whichpost = document.getElementById(postid); if (whichpost.className=="shown") {whichpost.className="texthidden";} else {whichpost.className="shown";} }
</script>

<ul>
<ul><a href="javascript:void(0);" onclick="expandcollapse('Tajuk1')"> <h4>Letak TAJUK 1 kat sini</h4></a></ul> <ul class="texthidden" id="Tajuk1"> (Ruang ini untuk korang letak apa-apa kod yang korang nak letak) </ul>

<ul><a href="javascript:void(0);" onclick="expandcollapse('Tajuk2')"> <h4>Letak TAJUK 2 kat sini</h4></a></ul> <ul class="texthidden" id="Tajuk2"> (Ruang ini untuk korang letak apa-apa kod yang korang nak letak) </ul>

<ul><a href="javascript:void(0);" onclick="expandcollapse('Tajuk3')"> <h4>Letak TAJUK 3 kat sini</h4></a></ul> <ul class="texthidden" id="Tajuk3"> (Ruang ini untuk korang letak apa-apa kod yang korang nak letak) </ul>
</ul>


Ada 3 warnakan? Yang merah tu untuk kedudukan paparan, boleh ejas ikut suka. Yang hitam takde warna tu adalah skrip arahan bagaimana akan dipaparkan nanti. Warna biru tu itulah paparannya - Tajuk dan isi kandungan. Mana yang boleh ejas / tukar, cubalah tukar sendiri. Tak cuba tak tau.

Save la, apa lagi. Siap dah.

Tutorial atas ni serta kodnya adalah asas (basic) saja. Nak letak dalam entri pun boleh (eh, aku dah letak kat atas tu hehe). Banyak lagi cara dan peten auto-hide nih seperti perbagai versi multitab begitu juga accordian. Gugel jelah mesti jumpa tutorialnya.

Tak lupa; Selamat Hari Raya IdilFitri Maaf Zahir & Batin dari EmpayarUtama



Entri Tak De Tajuk Sebab Aku Pening

EmpayarUtama - Tuesday, August 16, 2011 : 17 comments

Lepas pukul satu tengahari semalam kepala aku rasa berat, mata pening berpinau. Memula tu gi jenguk blog faTIN NORALBAniaH__baniE. Lama betul aku sangkut kat situ sebab ada link ke satu lagi personal blog yang entri-entrinya seperti dok kondem satu pihak aja (yang betulnya aku lama kat personal blog tu le). Nak kata personal diary tak juga sebab blog tu
dia publish kat public siap letak iklan nuff lagi tu. Gaya persembahan ayat-ayat entrinya dah lebih kurang sama macam satu blog mak cik Al-Wuzara yang asyik persendakan Islam. (Apakah... ish bulan puasa ni celupar lak mulut aku)

Sorilah yea aku tak bagi link kedua-dua blog tu sebab buat apa aku promot benda tak elok. Kalau nak tengok kena bukak page faTIN NORALBAniaH__baniE.

Dah tu jengah ke blog Muhammad Burn. Profil dia banyak persamaan dengan aku cuma aku bukan cikgu la hehehe. Dari sepuluh gambar yang ada, memang yang terakhir tu buat mata aku makin berpinau. Kalau korang malas nak ke sana; ni ha gambar yang aku maksudkan:


Gambar ni pada aku tak boleh masuk senarai ilusi sebab ia sebenarnya bukan imej statik. Ni contoh imej statik (kiri) dan animasi (kanan) yang gunakan .gif:

gamba x kuar ke?

Camanapun, misi menyelamatkan Sasuke blogwalking semalam berjaya membuat aku terus tak dapat bukak komputer sampaila sahur tadi. Hampeh tul.


Selamat Hari Raya IdilFitri Maaf Zahir & Batin dari EmpayarUtama



Updated 9.25 pagi: Haaa kan masih pening; kiri kanan pun salah huahuahuahua...



.

Sekarang Pelik III - Masak Biskut Raya

EmpayarUtama - Sunday, August 14, 2011 : 30 comments

Entri terakhir aku dua hari lepas tak meriah dengan pandangan dari pembaca mungkin tajuk dan isinya berat sangat; tak menarik.

Mungkin juga pengaruh komen aku sendiri dalam entri sebelum ini yang buat pembaca takut nak luahkan pandangan lagi.
Maaflah bunga bahasa aku kasar sangat kot sampai susah orang lain nak tafsir apa yang aku ceritakan. Yang sudah tu sudahlah. Bukak buku baru ajalah yea...

Setahun sekali, biasanya lepas 15 hari puasa; mak akan keluarkan oven antiknya untuk masak biskut (kuih raya). Nak tengok betapa antiknya oven tu, haa tengok kat bawah ni. Jarum temperature pun dah patah:
Berhabuk dan dah mula timbul karat sana sini tapi sejak aku kenal dunia; inilah oven yang mak gunakan setiap kali nak sambut raya. Arwah abah akan bersihkan dulu, lap dengan minyak mana yang patut sebelum boleh digunakan untuk memasak biskut-biskut raya.
Untuk alas susunan biskut dalam oven; arwah abah akan potong tin biskut dan dibentuk empat segi tepat biar ngam-ngam muat dalam tingkat-tingkat oven kami tu. Nama mudahnya ialah 'loyang'. Tapi lepas abah dah tak ada, kami gunakan loyang yang terakhir abah buat 5 tahun dulu. Masih elok lagi kan?
Bukan tak ada yang moden tapi mak lebih selesa guna oven kesayangannya ni. Kat sini tak ada gambar biskut nak aku tunjuk. Kalau nak nengok biskut-biskut raya, blog lain manyakkkkk..... Hehehe.....

Apa-apapun; Selamat Hari Raya IdilFitri Maaf Zahir & Batin dari EmpayarUtama

.

Wajah Dan Nostalgia

EmpayarUtama - Thursday, August 11, 2011 : 10 comments

Entri ni aku buat sebab nak simpan kenangan berblog. Harap-harap tak kena simpan lagi yang ini.

Bila nampak banyak program bertukar wajah, teringat le kat blog lama aku. Bukan lama sangat pun aku ni berblogging tapi aku start rasanya bulan doblas 2008 kot. Kat tengah-tengah tu ada berenti setahun rasanya sebab blog kena simpan
dengan Pakcik Google. Jadi blom ada dua tahun la kiranya. Nak tengok camna blog aku dari memula dulu? Inipun mana yang aku sempat kopipes; ada juga guna template lain tapi lupa nak simpan.

Inilah blog aku yang pertama sekali. Betul-betul basic:


Yang ini pulak bila dapat satu template yang pada aku amat cantik (latar belakang hitam). Alamak teringat lak kat posting pasal segmen, entah ada silap tak aku tulis:


Ini nak bagitau yang blog aku dah kena simpan. Mungkin sebab aku letak penuh mukasurat blog tu dengan Amazon nyer iklan; sedeynya.....



Pastu dok diam-diam ajalah men guli...


Tup-tup tengah bulan sebelas tahun lepas aku sesaja je tekan empayarutama.blogspot.com; eh, dah bley amik balik sey blog aku. Terharunya. Aku rasa nak belanja Pakcik Google tu sate tapi tak tau nak kontek. Hehe.

Jadi aku mulakan balik dengan versi Melayu:


Ejas sana sikit sini sikit jadi cam ni:


Tapi sebab front page tu tak keluar comment link; dan follower kat sidebar asyik ilang je... Aku tukar terus ikut template yang blogger sediakan sampai la ari ni:


Ini cuma blog aja, kan? Kalau manusia cam kita ni... apa rasanya yea... Especially buat yang tersayang...

Hidup; kena simpan; diberi peluang kedua pula lepas tu... iskkkkk.

OK ke cam ni?




Blog Luar Biasa

EmpayarUtama - Wednesday, August 10, 2011 : 10 comments

Malam tadi konon-kononnya nak blogwalking sambil tengok berita. Nampak satu request yang biasa-biasa aja kat shoutbox. Tapi bila aku jengah blog dia, mak ai! Ini memang luar biasa.

Entri pos banyak le juga tapi yang luar biasanya ialah semua posting dia pasal GiveAway.
Ini pertama kali aku baca satu blog yang tak de langsung tulis pasal kisah cinta ke, cerpen bersiri ke, cerita kelakar seram ke, video bergambar ke, apa-apalah. Hahahahahahahah...... Nak kenal?

Haaa ni dia tuan punya blog tu. Nama dia Ainie Yusof Dari Cahaya Mataku…. Entah berapa banyakla GiveAway dia masuk aku pun tak terbaca sampai ada satu tu kena buat pos 30 days Challenge. Adalah juga yang dia menang. Aku puji semangat dia nih sebab tu aku buatkan satu entri untuk dia.
Dan yang terkini: Dia mintak tolong "Like" aja dua link jadi aku rasa pembaca yang sudi; bolehlah tolong dia ya sebab sama ringkas aje kerjanya dengan tulis sikit ayat kat shoutbox tu.

Caranya senang dan aku pasti majoriti kita ada fesbuk. Iyalah sebab diapun dah tercalon Top 20 kat Suji Suji GA Contest ~aku dan baju kurung~ jadi kerja mudahnya macam ni:
Pertama : 'Like' SUJI SUJI COLLECTION fanpage..; dan lepas tu

Kedua : 'Like' Gambar Dia macam yang kat atas tu.

Untuk memudahkan lagi, korang terus aja klik ikut dua link yang ada kat sini abis cerita.

Hahahahahahahah......(Napa aku gelak ni...???)




LATAR BELAKANG ARTIKEL HITAM ATAU PUTIH PALING BEST?? | SEGMEN

EmpayarUtama - Tuesday, August 9, 2011 : 15 comments

Pertama sekali aku kena bagi kredit kepada Khairil dengan blognya MaiDariBendang sebab aku jumpa segmen ni masa blogwalking. Iyalah sebab kesibukan kerja jadi kadang-kadang aja aku dapat buat blogwalking.

Jangan terkejut lak blog aku ni tetiba ada segmen; blog pun rojak hehe.
Segmen ni anjuran WanCikguMuzik yang cuba membincangkan tentang LATAR BELAKANG ARTIKEL ataupun ENTRI korang; Sejauh mana keselesaan mata korang ketika membaca.. Adakah HITAM atau PUTIH atau warna2 yang lain??

Apa kelebihan latar belakang HITAM ni? Latar belakang HITAM ni nampak macam garang pun iya, 'elegant' pun iya juga. Pos entri biasanya putih atau warna terang biar nampak timbul. Warna untuk link pula mestilah lebih terang dan garang dari warna entri pos. Latar belakang hitam ni memang sangat sesuai untuk pos gambar sebab tu banyak gambar ada border hitam jadi frame. Kalau dah latar belakang hitam tak payah susah-susah nak buat border lagi dah.

Kelebihan latar belakang PUTIH ni pulak, tak payah fikir warna apa untuk buat entri atau link; semuanya kena. Dan kalau nak pos gambar pulak, border atau frame lagilah boleh dipelbagaikan. Tak gitu?

Lepas tu apa pula kelebihan latar belakang WARNA YANG LAIN2 nih? Sama ajalah, semua warna ada kelebihannya bergantung kepada kegemaran individu untuk memilih warna. Selain dari warna latar belakang, layout dan template jadi perkara pokok dalam mempengaruhi seseorang memilih. Jadi di sini timbullah warna-warna lain untuk kita semua, kan?

Aku pulak, kenapa pilih latar belakang PUTIH? Aku pernah guna warna hitam tapi kadang-kadang aku terlupa nak adjust warna entri bila buat ‘kopipes’. Jadi kalau ambil latar belakang putih tak pening dah. Satu lagi, bila tetiba teringin nak tukar warna latar belakang tu; banyak songel la nak kena tukar warna entri pos la pulak (aku dulu terkena masa guna latar belakang gelap dan entri pos putih dan link kelabu; bila tukar latar belakang putih entri dengan link semua tak nampak… hampeh tul). Blog rojak aku ni pulak boleh kata separuh bergambar. Jadi aku banyak pilihan border atau frame untuk gambar-gambar tu.

Satu lagi, aku nampak latar belakang PUTIH ni lebih kemas. Sebab tulah korang nampak aku selalu kemas bilik blog aku ni hehe kuangkuangkuang… Inilah kebaikan dan kehebatan warna latar belakang pilihan aku sebab tu aku pilih warna putih.

Aku pernah tanya kepada Ratu Satin soalan yang sama sewaktu dia mula nak berblog dan jawapannya lain sikit. Dia memilih layout dan template yang (mungkin) belum lagi digunakan oleh blogger lain di blog RATU SATIN STUDIO untuk kesesuaian persembahan artikelnya. Jadi dia terikat dengan pilihan warna ini. Tapi berbeza dengan personal blognya - RATU SATIN - yang jelas berlatarbelakang warna putih untuk pos entri.

Boleh aku katakan ‘ego’ juga mempengaruhi pemilihan warna; bukan saja keselesaan (maaf yea kalau aku salah; ini pendapat aku sendiri).

Dan aku berterima kasih kat wan_cikgumuzik sebab aku dapat tambah entri kat blog aku. Tapikan, satu yang aku perasan; wan_cikgumuzik mintak kita semua bagi pendapat, dia sendiri tak bagipun pendapat dia. Tak percaya cuba pergi ke entri WanCikguMuzik. Dah pergi ke situ; bagilah pendapat untuk segmen ni. Bagus apa dapat kongsi ilmu.

Ada berani, jawab…


Siapa Yang Rugi

EmpayarUtama - Sunday, August 7, 2011 : 3 comments

Mingguan Malaysia hari ini di muka 8 Rencana oleh Ku Seman Ku Hussain tentang penswastaan syarikat percetakan Dawama yang dikatakan menanggung kerugian hingga memaksa hampir 400 pekerjanya bercuti. Aku tertarik dengan rencana ini kerana aktiviti aku pun melibatkan kerja-kerja
percetakan. Satu lagi menarik kerana syarikat ini menjadi pencetak tunggal untuk buku teks Sekolah Rendah dan Menengah yang pasti bayaran terus diperolehi tanpa lewat dari kementerian terbabit.

Dalam rencana itu selain dari notis bercuti entah sampai bila kepada pekerjanya; ada beberapa perkara yang diketengahkan antaranya:

1. Kontrak mencetak dan mengedar Buku teks Dewan Bahasa Dan Pustaka dari 2002 hingga 2014; masih juga kedengaran tentang kelewatan pengedaran buku teks ke sekolah.

2. Nisbah keuntungan 80 (Dawama) : 20 (DBP)

3. Sewa pejabat yang tertunggak

4. Siapa mencadangkan Dawama; siapa cadangkan penswastaan ini?

5. Kontrak cetak 6 juta naskhah buku teks untuk tahun 2012 (muai tu); buku-buku umum dan sastera terbitan DBP

6. 10 majalah DBP tidak menunjukkan peningkatan jualan. Pemasaran ini antara salah satu aktiviti penting mana-mana syarikat pun dan tidak terhad kepada syarikat percetakan sahaja.

7. DBP telah membayar 650 juta ringgit kepada Dawama atau mudahnya 65 juta setahun. (mungkin juga pembayaran meningkat setiap tahun seperti 20 juta, 30 juta, 40 juta, 50 juta, 60 juta, 70 juta, 80 juta, 90 juta, 100 juta, 110 juta; dan ianya berjumlah 650 juta)
Dawama ditubuhkan pada 14 Oktober 1999 dan beroperasi sepenuhnya pada 1 September 2002 bermakna perancangan yang begitu teliti telahpun dilakukan agar syarikat ini boleh hidup dan membuat untung. Perlu dilihat Dawama beroperasi selepas kemelesetan ekonomi bermakna tidak ada gangguan luar yang boleh mengakibatkan kenaikan kos berganda sepanjang operasinya selama sepuluh tahun ini.

Kos pembelian mesin hanya sekali. Mungkin syarikat membuat anggaran susutnilai terus hanya untuk 13 tahun operasi dan semua mesin akan menjadi seringgit sebuah pada September 2014. Bagusnya. Kos operasi merupakan filem, plate, mould, mata pisau, dakwat, kertas, maintenance, sewa, pentadbiran. Kos termurah adalah percetakan dan pemotongan, gam, laminate/varnish dan mungkin akan ada sedikit kos artwork serta hot stamping.

Kos-kos ini boleh jadi standard setiap bulan – maksudnya kita boleh menganggarkan belanja operasi berdasarkan 6 bulan pertama sehingga setahun operasi. Jika dalam jangkamasa itu kita boleh lihat memang ada keuntungan; tidak mungkin akan berlaku kerugian setelah lima tahun beropersi. Apatah lagi pertambahan pesanan akan memungkinkan untung berganda kerana nisbah belanja operasi bukanlah 1 kepada 1 (1:1).

Kos yang tak nampak (mungkin kat sini kot yang kena periksa betul-betul) seperti kos perjalanan pengarah dan belanja keraian, omputeh kata entertainment terlebih sangat. Begitu juga dengan sumbangan/donation yang tidak perlu.

Nisbah belanja operasi akan naik tetapi peratusannya kecil berbanding peratusan keuntungan yang dicapai untuk bulan berikutnya jika pesanan meningkat. Dan kita kena lihat pesanan meningkat adalah dari pelanggan yang sama dalam jumlah yang besar. Jika berlaku kerugian, ianya boleh dilihat setelah 3 tahun beroperasi. Tarik dirilah masa tu. Kenapa selepas sepuluh tahun?

Jika betul untuk tahun ini saja DBP telah membayar 110 juta (ikut perkiraan aku sebagai sebahagian dari jumlah 650 juta) kepada Dawama tetapi oleh kerana operasinya lumpuh; DBP terpaksa menanggung kerugian yang sama (mungkin lebih) melantik syarikat lain untuk mencetak dan mengedar 6 juta naskhah buku teks untuk tahun 2012!

Ini buku pelajaran untuk masa depan anak-anak Malaysia. Sikit ke jumlah tu?


Dilemma pembaca - Aku

EmpayarUtama - Saturday, August 6, 2011 : 9 comments

Untuk waktu santai belah pagi, biasanya lepas selesai hantar anak-anak dan isteri; aku lebih suka baca suratkhabar. Ini dah jadi rutin kengkadang sampai ke pukul 10 pagi walaupun aku tau kerja aku berlambak. Tapi sebab dah terbiasa aku
ambil satu hari selesaikan kerja-kerja aku untuk 3 hari berikutnya jadi aku akan ada masa rehat dari kerja-kerja pejabat sampai jiran-jiran pandang semacam je kat aku. Lantaklah.

Aku mengaku sebagai pembaca tegar Utusan manakala isteri aku pula memilih Metro. Walau macammana elakpun, dalam hati aku tetap akan buat perbandingan cara laporan berita disiarkan. Aku pun tak tau kenapa.

Oh ya sebelum lupa; aku mintak maaf yea kalau ulasan aku ni salah dan tersasar. Biasanya blogger ulas berita dalam akhbar atau pos balik berita yang sama letak dalam blog tapi aku tak pandai buat camtu.

Aku nak ulas berita muka depan semalam:

1. Iklan sponsor berwarna warni oleh Courts yang sebenarnya tak payah belipun dapat flyers percuma dibaling oleh ejen iklan ke dalam kawasan rumah atau dalam kotak surat jadi penyeri muka depan Metro. Iklan ni dalam hitam putih satu muka penuh ada kat halaman 6 Utusan. Aku ambil betul-betul muka depan Metrolah yea. Takkan nak ulas iklan pulak.

Tengok Courts ni teringat lak aku Courts JB pasang lagu Raya lima hari lagi sebelum puasa...

2. Ruginya kawin tak dapat bersama sampai saman 30 ribu disiarkan oleh Metro, tapi tak ada berita ni kat Utusan. Aku tak dapat ulas sebab satu akhbar je yang siar berita ni.

3. 'Serbuan' JAIS oleh Utusan dan ada berita ni dalam Metro mukasurat 12. Ini menarik aku nak ulas sebab walaupun kejadian yang sama tapi dua akhbar ni melapor berita yang berbeza.

Melalui Utusan aku dapat gambaran tentang kenapa serbuan dibuat dan rentetan dari itu menimbulkan satu kontroversi antara JAIS dan kerajaan Negeri Selangor. Ini melibatkan 12 orang beragama Islam. Manakala melalui Metro pula aku dapat gambaran tentang aktiviti keagamaan yang cuba menarik pihak lain yang bermasalah melalui sumber kewangan setelah kecewa dengan beberapa jabatan yang tidak ambil berat masalah mereka tetapi Metro melaporkan 20 orang beragama Islam terlibat. Kiranya Metro mengambil jalan mudah untuk berhenti di sini dan pastinya Utusan akan melebarkan berita kontroversi antara JAIS dan kerajaan Negeri Selangor pula.

4. Berita buang bayi luar nikah oleh Metro pun ada dalam Utusan di halaman 22 dengan kaedah penceritaan yang agak berbeza membawa kepada siasatan lanjut pihak polis.

Pinjam gambar anak kucing Ratu Satin je.
Tak berani aku nak letak gambar bayi tak ada kepala...

5. Berita tentang Timbalan Pengarah Veterinar Perak dibunuh disiar oleh Utusan; Metro pun ada juga di halaman 6. Utusan lebih kepada fakta selepas aduan oleh pengawal keselamatan dan 2 disyaki ditahan untuk siasatan manakala Metro mengindahkan cerita melalui jiran selepas aduan oleh pengawal keselamatan tapi 3 (bukan 2) disyaki ditahan untuk siasatan.

6. Mangsa mercun pertama tahun ni yang confirm boleh masuk Malaysian Book of Records oleh Utusan; Metro pun ada juga cerita pasal mangsa mercun ni, sebab tulah aku kata boleh masuk Malaysian Book of Records.

Dulu men jugak mercun bola nih buat halau monyet kat kampung.

Jadi korang dapat tangkap tak beza dua akhbar ni? Belum lagi?

Ini pandangan peribadi aku. Berita dalam Utusan lebih kepada masyarakat umum dan memang nampak pro kerajaan. Jadi jika ada saja berita yang boleh dikaitkan dengan pembangkang akan jadi modal Utusan untuk mengupas dengan lebih terperinci. Blogger juga ada ruang di situ dan secara tak langsung membantu menaikkan populariti blogger yang buat ulasan tentang isu politik. Manakala Metro pula lebih santai dengan mengetengahkan berita-berita terpencil dan nampak seboleh-bolehnya tidak mahu terlibat secara langsung dalam politik tanah air.

Aku pula? Takkan la hanya disebabkan aku pembaca Utusan terus dicop pro kerajaan kerana pada aku, berita tentang perkembangan politik tanah air ni penting untuk aku meneruskan hidup; juga perancangan membesarkan anak-anak.

Eh, nak tanya ni; dah bayar zakat blom?


Sekarang Pelik II - Buah Pulasan

EmpayarUtama - Tuesday, August 2, 2011 : 9 comments

Biasa nampak buah ni? Ini buah pulasan, aku petik sikit dari kampung siang tadi. Belum masak betul lagi.

Tapi sebelum tu aku sedey sikit sebab tak ada yang dapat bagi nasihat atau pandangan untuk anak aku Afrina. Jadi aku buat kesimpulan scroll box ni sebenarnya tak membantupun kalau entri sesuatu blog tu memang
panjang. Tapi tak pe lah. Aku ada jumpa ustaz kat kampung mungkin lambat sikit kot sakitnya nak pulih. Kita sambung balik cerita pasal pulasan ni.

Anak-anak aku ada gak tanya kenapa rambutan ni kulit dia lain? Haaa tu la pasal. Sebab dia bukan rambutan. Nama saintifiknya kena tengok kat wiki; hehehe aku bukan pakar bab nama-nama saintifik ni.
Beza buah pulasan dengan rambutan ni ialah kulit dia kasar dan agak keras sikit. Kalau nak makan isinya kena pulas sebab tu lah agaknya dipanggil pulasan. Rasanya? Manis sama cam rambutan tapi manis yang tersendiri.
Satu lagi dia tak ada selaput keras antara isi putihnya dengan biji; tak macam rambutan. Kalau kita kopek isi rambutan mesti ada selaput bijinya yang melekat pada isi putihnya. Itu yang menyebabkan kita senang batuk kalau makan buah rambutan.Tak ada yang pelikpun sebenarnya buah ni.
Part paling menarik yang aku rasa tak ramai yang tahu; biji pulasan ni boleh dimakan begitu saja (ish macam iklan Roti Gardenia je...). Betul, tak caya cubalah. Rasa dia macam kacang, tapi yang lebih tepat lagi sama je macam kuaci yang korang beli kat kedai tu.
Ha, inilah perbezaan besar antara pulasan dengan rambutan. Kira kalau korang makan atau beli pulasan, dapat dua dalam satu. Minggu depan sapa nak ikut aku balik kampung kita belasah pulasan pulak yea... Kalau nasib baik duku-langsat pun rasanya dah masak tu. Durian? Dah abis, manggis pun sama...

Dan satu lagi, dah lepas sehari kita umat Islam berpuasa, maknanya ada 28 hari lagi (rasanya tahun ni kita berpuasa 29 hari aja) untuk kita sama-sama bayar zakat. Jangan lupa tu...