Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Memang Rojak Tapi Bukan Rojak

EmpayarUtama - Tuesday, November 29, 2011 : 85 comments

Entah betul ke tak aku pun tak taule. Entri memang rojak tapi kali ni bukan cerita pasal rojak.

Haaa dari dapur EmpayarUtama ini antara lauk feveret aku - Terung Terang Bulan. Nama ni mak aku yang bagitau mungkin tempat lain namanya lain. Oh, oh sebelum lupa aku bukan nak bersaing ngan mana-mana
blogger yang memang dah sinonim dengan entri lauk pauk macam Blog SiManis; Queenie; atau blog yang khusus pasal masakan. Tapi aku memang sukalah lauk ni. Aku simpan entri ni manalah tau satu hari aku nak cuba masak sendiri. Sebenarnya aku belum cuba masakpun hahahhah. Ni ha gambarnya:

Pinggan tu bukan Vintage tu mak aku punya.

Cara masaknya paling simple. Rempah ratus ada jual kat kedai runcit sebungkus seringgit je tapi tak guna semua:

Bahan-bahan diperlukan:-
1. Cantikle kalau nak masak 4 biji terung
2. Minyak masak dalam setengah senduk je
3. Bawang merah sebiji; bawang putih 2 ulas; kunyit dan halia
dalam setengah inci; kayu manis sebatang; bunga lawang (ada yang sebut 'bunga pek kak') sebiji; bunga cengkih dan buah pelaga (kena ganjil kalau ikut petua memasak tak caya tanya mereka yang dah terkeluar dari Master Chef Malaysia; yang belum tu susah sikit nak interview sebab diorang tu retis) masing-masing dalam tujuh biji; kalau ada buah pala belah 4 ambik 1/4 je. Agak-agak lebih kurang cam gambar ni, nampak tak:

4. Air asam jawa tiga suku tapaware. Kat bawah ni belen je tinggal tak sampai separuh:

5. Garam dan gula ikut suka

Camana nak masak? Camni:-
Panaskan minyak. Api bagi sedang-sedang saja alamak teringat lagu Iwan Gunawan la pulak. Tumis segala rempah dalam pinggan tadi tu. Masukkan air asam jawa, pastu jangan lupa kenalah masukkan terung. Kan nak masak terung? Tutup dengan tudung periuk jangan bagi bau lepas kat rumah jiran nanti tak cukup lak nak makan sendiri kuangkuangkuang kuang ajo tul haku nih...

Agak-agak air dah nak kering, masukkan garam dan gula secukup rasa takpun sesedap rasa (secukup rasa atau sesedap rasa ni perkataan stended kalau masak kenapa aaa?) Aku beli kat Bazar Ramadhan dulu tak sedap pun.

Lauk ni lebih kepada rasa manis jadi letak gula lebih sikit.

Dah siap la tu boleh makan dah.

Kalau ada sapa-sapa yang masak nanti bagi aku sikit yea...


Yeay Statistik Meningkat

EmpayarUtama - Friday, November 25, 2011 : 61 comments

Happy tak bila statistik naik tiap hari? Mestilah hepi kan. Nak kongsi satu cerita tapi ingat-ingat lupa sebab dah lama sangat. Rasanya tahun 2008 dulu kot.

(Ambik gambar dalam Dilemma pembaca - Aku awal bulan Ogos dulu. Dah mati dah anak kucing ni
lepas demam panas 2 hari...). Camni ceritanya (mungkin ada yang pernah baca):

Si ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil. "Siapa si bedebah tu," jerit si ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"

Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kreta Ferrari merah berhenti depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah. Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.

Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya.

Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah banglo dan wang tunis RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"

Si ayah terdiam. Si ibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu si ayah berkata; "Tak pe, cuba lagi..."

Nampak gamba baby tak kat sebelah ni? Aku jumpa ni kat blog Strange DeJa Vu.

Bukan apa; kalau tengok pada statistik 2008 sampaile 2010 - anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat adalah seramai 152,182 orang. Secara puratanya 50,700 bayi setahun, atau lebih dekat lagi 138 orang sehari. Nampaknya angka ini meningkat tiap tahun.
Takkanlah cerita kat atas pun mempengaruhi statistik...


Adoi dah dekat limabelas minit online; line tenet aku dari semalam camni...

Gambar Ni... Boleh Ke?

EmpayarUtama - Monday, November 21, 2011 : 42 comments

Jangan fikir bukan-bukan aaa bila nengok gambar sebelah. Tak ada apa-apa yang sewaktu dengannya walaupun masa AIM bersiaran langsung baru-baru ni maupun masa final bolasepak antara Malaysia vs
Indonesia beberapa minit tadi. Malaysia menang pada jam 11.23 tadi yea?

Tahniah Malaysia!

Ini gambar buku lah. Aku ingat nak cerita pasal mukabuku (fesbuk) terlupa yang aku dah cerita pada awal bulan.

Masa singgah beberapa blog yang publish gambar-gambar menarik yang asalnya dipunyai oleh mereka, ada juga diorang bagi warning dalam entri khas pasal copyright - bila ada watermark kat gambar kena bagi kredit kat tuanpunya blog. Siap tulis jika share gambar tu kena letak kredit/linkkan semula ke blog mereka atau akan ambil tindakan.

Lagi best kalau blogger yang share gambar tu dapat promosi percuma bila tuanpunya gambar buat entri khas untuk blogger tu hahahahahah cepat naik tau blog yang dipromot tu. Ini kes dah kena warning tapi buat derk je... (Errrr, ini boleh masuk kategori salah satu blogging tips untuk naikkan trafik tak?)

Selalu yang aku nampak gambar-gambar yang dipinjam adalah melalui Google Search. Bukan saja selalu nampak, aku pun selalu buat tapi pakcik tu pesan "Images may be subject to copyright". Selalukan nampak "Pinjam Dari Pakcik Google"; "Curik dari Google"; "Gambar Ihsan Google" atau lembut sikit "Sekadar Hiasan" tapi susah nak nampak camni : Kredit buat SHHNZ'S BLOG


Alamak lebih kurang sama pulak logo ni hehe. Watermark biasanya ada kat dalam gambar; tengah ke, tepi ke tak kisahlah janji nampak.

Camana aaa... Mana satu boleh pakai? Bagi kredit kat Google ke atau terus kredit duit dalam akaun aku kat tuanpunya blog?


Ini e-mel dua hari lepas dari RHEA yang diterima sebelumnya dari Sakura-Chan :

"kalau A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
sama dengan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26
jadi....
H+A+R+D+W+O+R+K = 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
K+N+O+W+L+E+D+G+E = 11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%
L+O+V+E=12+15+22+5= 54%
L+U+C+K = 12+21+3+11 = 47%

Ini semua tak dapat markah penuh...
tapi...
A+T+T+I+T+U+D+E = 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Attitude paling penting...:) "

Errrr, Attitude tu apa yea... Silat? Silap? Sikat ke?




Semalam Yang Ceria 2

EmpayarUtama - Saturday, November 19, 2011 : 54 comments

Nak demam aku semalam - segalanya serba tak kena. Selama ni guna open.org je nak le juga guna ms.office tapi tak de tutorial yang sewaktu dengannya. Yang ada lebih pasal blog.

Mintak pandangan abang komputer nih minggu lepas:
Terima kasih bebanyak yea Ayie. Jasamu dikenang :) Tapikan, dua hari lepas pc aku boleh 'corrupt' restore punya restore punya restore; last-last antar re-format semula.

Lepas simpan pc kat kedai semalam pagi, nakle gi opis. Tapi mak aiii; jem punya pasal sampai amoi kedai tu tipon kata pc dah siap. Tak jadi le gi opis. Amik pc singgah semayang Jumaat hati
bersemangat nak online dah nih tapi hampagas betullllllll.

Takpe sejukkan ati layan ASTRO jelah sementara tunggu budak-budak balik sekolah.

Hahahahahahahah tak
boleh marah. Kena positif. Layan tido jawabnya. Betul-betul demam aku.


Teringatla pulak komen dari cik Es ღ baru-baru ni yang tak sembuh-sembuh walaupun aku dah tolong guna asap kemenyan. Aku bab-bab tips atau petua ni memang tak pandai
tapi teringat satu singseh Tips Dan Petua. Takat ni dia dah ada 102 Tips yang tak ada kena mengena langsung pasal blogging tips.

Cuba gi sana mungkin boleh sembuh hehehehe.

Kira abislah satu hari semalam. Lepas maghrib semalam bawak budak-budak (pengubat duka) asalnya nak nengok wayang tapi sangkut kat sini:

Men boling pastu gi McD...

Brader baju biru ni tak buat apa pun sepanjang kitorang makan, aku rasa dia 'spy' lah; baca dua jenis paper ari Jumaat dah nak abis ari Jumaat jangankan makan, air pun tak de order.

Penutup semalam sempena bermulanya cuti sekolah - gi layan karaoke bersama keluarga.

Setengah jam pertama semua malu-malu. Setengah jam kedua masing-masing tunjuk skill. Setengah jam seterusnya bergaduh berebut lagu. Setengah jam terakhir aku dok layan

sikecik dalam kereta sebab dah tido hahahahahampehtul...

Mana lebih meriah - hidup sensorang ke atau dengan keluarga? Ha jawable...


Aktiviti Akhir Bersama...

EmpayarUtama - Saturday, November 12, 2011 : 63 comments

Malam tadi hantar anak sulung ke sekolah ikut rombongan darjah 6. Tak semua rakan ikut serta.

Rasanya banyak juga sekolah yang anjurkan program lawatan untuk murid-murid tahun 6 sebagai program terakhir perpisahan. Hampir enam tahun bersekolah diorang dah ada kumpulan kawan baik terutama pelajar perempuan.
Dalam perjalanan aku bertanya; 'Semua kumpulan kawan kakak pergi ke?'; Jawabnya ada dua orang -yang seorang tu baru je bayar kat cikgu tapi seorang lagi tak ikut. Aku cuba selami psikologi kanak-kanak; apa perasaan mereka jika tidak dapat bersama yang lain terutama waktu-waktu terakhir persekolahan...

Bagi pihak keluarga pula, mungkin ada beberapa sebab untuk tidak hantar anak-anak ikut serta:

- Dah selalu sangat pergi. Munasabah juga tapi suasananya berbeza jika pergi bersama kawan-kawan sekelas. Aku cuba selami perasaan ini dengan meletak diri aku sebagai seorang anak yang tidak berjaya ikut program sekolah. Apatah lagi ini rombongan terakhir bersama rakan-rakan sekelas yang hanya tinggal beberapa hari saja bersama. Naik ke tingkatan satu mungkin berpisah...

- Masalah kewangan. Yang ini aku faham bukan semua keluarga dapat sediakan bayaran. Jumlah RM150.00 mungkin agak besar bagi yang bekerja sendiri atau berpendapatan kecil. Tetapi makluman tentang program ini diedar seawal 4 bulan dahulu oleh pihak sekolah dan boleh bayar berperingkat. Aku cuba yang terbaik seadanya untuk pastikan si kakak dapat bersama rakan-rakannya untuk itu...

- Perkara lain yang agak peribadi dan susah nak dijelaskan; antaranya takut terjadi apa-apa waktu perjalanan. Ini kita tidak boleh kawal kerana bukan hak kita untuk melawan takdir. Cuma sebaiknya elak dari berfikir negatif.

Dan sebagai anak yang tidak dapat ikut serta; memang akan rasa sedih (mungkin menangis semaunya apatah lagi anak perempuan). Rasa kecewa tu semakin parah bila pada minggu terakhir sekolah minggu depan - rakan-rakan yang pergi bercerita tentang keseronokan mereka be-rombongan, siap bergambar sakan gitu. Ada yang akan berkata 'rugilah kau tak ikut'. 'Oh! Malangnya aku tak dapat ikut...'

Suasana itu tak mungkin dapat diulang...

Kepada ibu bapa dan anak-anak yang terlepas rombongan - terimalah hakikat. Aku berpesan kepada Airina; pakat-pakatlah dengan kawan-kawan sekumpulan. Kongsi keluarkan seorang 2 ringgit ke, berapa ke; kemudian belikanlah hadiah untuk
kawan kakak yang tak dapat ikut tu;

dia kawan kakak kan?...

Sekarang Pelik V - Kukur

EmpayarUtama - Thursday, November 10, 2011 : 49 comments

Sebelum apa-apa, terima kasih bebanyak kat semua kerana sudi baca dan beri komen dalam entri 2 hari lepas. Seperti komen Miss Eiza; akupun rasa tak pernah dibuat orang kena buat ringkasan lepas buat entri. Hampas kelapa tul aku ni. Tapi betul, aku sayang korang semua :)

Tak pe kita lupakan yang itu.
Dalam entri aku Sekarang Pelik IV - Tombong Kelapa aku bagitau sikit je pasal santan kelapa sebagai bahan masakan utama lauk berlemak. Ada juga surirumah yang agak rajin beli atau dapatkan kelapa dan parut sendiri untuk dapatkan kelapa parut. Meh kita tengok apa barang-barang yang biasa digunakan:

1. Ini namanya 'kukur'; inilah alatan pertama untuk dapat kelapa parut time dulu-dulu. Dalam salasilah keluarga aku, dah dua keturunan tak pakai kukur ni. Kayunya seperti 'rehal' bebudak mengaji boleh lipat untuk keselamatan bila disimpan. Kita kena duduk atas kayu tu menghadap besi tembaga bergerigi sambil tangan menekan tempurung kelapa untuk 'sagat'
isi kelapa. Cara ini paling tradisional dan selamat kerana jari takkan terluka. Aku letak gambar lebih sikit buat simpanan aku.


2. Dua gambar bawah ni ehsan pakcik Google sebab malu aku nak tunjuk 'parut' yang tergantung kat dapur kampung. Naik hitam besinya sebab lama sangat tergantung. Parut ni zaman mak aku je guna. Agak berbahaya bila isi kelapa makin kecil atau tetiba tengah menyagat; isi kelapa patah. Perghh mau berparut 3-4 baris kat jari. Sebab tu namanya 'parut'. Selalunya kalau dah kecik sangat, isi kelapa tu dicucuk ngan garfu konon-kononnya biar jari jauh dari mata parut tu.


3. Kiri ni mesin parut kelapa elektrik. Zaman sekarang boleh kata semua rumah ada letrik, mesin ni pun murah. Cara memarut lebih kurang macam 'kukur' cuma duduk kat kerusi bukan atas mesin tu. Terlebih tekan dengan tempurung boleh hancur.

4. Haa bawah ni alatan paling mudah, ringkas dan paling
dicadangkan. Paling mahal pun rasanya dua ringgit sebiji kelapa parut; beli aja kat kedai kuangkuangkuang kuang ajor tul haku nih:
.
Banyak kegunaan kelapa parut ni, bukan setakat nak dapatkan santan. Ada yang buat lempeng, pencicah apam, serunding (macam-macam jenis serunding), buat kuih, biskut, pelengkap pulut kuning, dan lain-lain lagilah. Tu baru kelapa parut, belum santan lagi.

Aku tak mo ceritalah sebab aku cuma nak tunjuk 'kukur' ok aaaaaa......

Anak-anak Korban Di Hari Raya Qurban

EmpayarUtama - Tuesday, November 8, 2011 : 57 comments

Terkejut bila masuk ke kawasan kampung pada pagi Hari Raya AidilAdha dua hari lepas. Seperti padang jarak padang tekukur. Tetapi disebabkan semua orang ceria untuk sembahyang sunat Hari Raya diikuti dengan upacara korban; aku perlu menunggu esok (semalam) untuk dapatkan penjelasan.

Seperti biasa kedai makan simpang
empat jadi tumpuan. Jawapan agak samar-samar diterima dari pengunjung tetap warung jadi aku rasa perlu bertemu ketua kampung (pak naib). Ketua kampung pula kalut semacam bila 'face to face'. Agaknya tak ada orang kampung yang berani berjumpa 'direct' sebelum ini. Ditambah pula parang pendek tersisip kemas di pinggang aku. Dengan tak berbaju kelihatan keringat mengalir membasahi muka dan tubuh badan aku; jawapan 50-50 daripada pak naib mungkin menghasilkan sesuatu di luar jangkaan.

Menurut beliau, segala kerja dilakukan kontraktor kampung sebelah tetapi ada pekerjanya orang kampung sini juga. Pihak JPS juga maklumkan tiada arahan untuk 'pembersihan'. Dan jawapan beliau yang tidak tahu bila masa pembersihan itu dilakukan semakin memanaskan badan aku yang memang dah sedia panas. Takkan ketua kampung tak tahu apa-apa; takkan setiap isi rumah tidak dimaklumkan dahulu. Proses pembersihan apa jika setelah dicantas, dibiarkan begitu saja! Ruas tebu belum setengah jengkal panjangnya, pun kena cantas!

Pisang tanduk, pisang nangka belum tua pun jadi mangsa.
Ingatkan semua anak-anak dicantas tetapi seperti dipilih-pilih pula lokasinya. Gambar-gambar di bawah jadi bukti:
Aku datang dengan parang pendek siap berpeluh-peluh satu badan tu sebab baru saja kerat tandan pisang muda yang aku ambil macam kat atas tu, bukan apa pun. Kebetulan rumah ketua kampung sepelaung aja dari rumah. Cuma aku minta tolong pak naib beritahu jiran aku yang akan pulang dari mengerjakan Haji hujung minggu ini bahawa semua tu bukan kerja aku. Aku nak balik JB dah ni. Haji Baru itu mungkin akan buruk sangka kerana dia bercucuk tanam atas tanah aku. Aku takut parang panjang tak bersarung pula dibawanya ke rumah nanti.

Aku tak mau masuk surat khabar woo...

(Errr, ok tak cerpen mengarut aku?)

Pengakuan Berani Mati

EmpayarUtama - Saturday, November 5, 2011 : 33 comments

Sempena Hari Raya AidilAdha aku nak buat satu pengakuan. Sebenarnya aku dah buat banyak kali tapi tak berani nak mengaku. Iskkk.... Camana nak cakap memang serba salah. Ditelan mati mak, diluah mati bapak. Simpan dalam mulut nanti mati tersedak. Errrr, jangan ada yang terasa atau berasa hati yea dengan apa yang aku tulis.
Inilah dia: Aku dah buat sebanyak 125 entri sepanjang 347 hari berblogging; atau purata dekat-dekat 3 hari berjaya pos satu entri. Haha banyak juga. Boleh dipanggil entrikah yang ini?

Kenapa aku 'banyak na' buat entri? Sebab aku bekerja. Dan aku kena beri tumpuan lebih kepada kerjaya aku berbanding berblogging.

Aku blogging suka suka aja...

Kenapa kita semua tak sama? Sebab kita memang tak sama. Masing-masing akan ada jawapan dan alasan sendiri atas sebab, cara dan bagaimana berblogging. Jawapan aku kat atas tu adalah 'alasan paling munasabah' untuk diri aku sendiri.

Perlu ke update setiap hari atau setiap 4 jam atau tiap 1 jam atau tiap-tiap minit? Adakah sepanjang masa akan timbul 'perasaan' untuk luahkan apa yang nak diluahkan? Bagi aku; tak semua yang kita fikir; kita rasa; kita harap; kita 'puas hati'; kita 'tak puas hati' - perlu diluahkan atau dikongsi di atas kertas untuk dipertontonkan. Ada perkara boleh dikongsi bersama; ada perkara boleh dikongsi bersama hanya seorang dua yang tertentu; dan ada yang boleh dianggap tidak perlu langsung tetapi masih juga nak berkongsi melalui blog entri...

Macammanapun semuanya terpulang kepada tuan punya diri - terlalu peribadikah; membantukah sesuatu entri tu; atau sebaliknya. Tetapi ini bukan alasan untuk kita terus menyalahkan seseorang itu kerana terlalu kerap membuat entri walaupun dah ketandusan idea. Bagi aku, masing-masing cuba buat yang terbaik untuk kepuasan diri dengan blog sendiri.


Apa nak dimalukan; lagi 23 hari sambut ulangtahun pertama ada 500 pengikut. Dan dari 500 tu berapa ramai pembaca setia? Tanhiah kepada SESEDAB RASA yang berjaya tangkap nombor 500 ini pada 1.11.11.


Jawapan aku? Mudah saja. Blog disediakan untuk semua, hak peribadi dan boleh buat duit melaluinya. Jika tak suka baca jangan teruskan baca; tak payah komen dan lepas tu tak payah nak meroyan kutuk sana sini. Inilah pengakuan berani mati aku.....

Haa Kan Betul Fesbuk Bagi Duit

EmpayarUtama - Thursday, November 3, 2011 : 20 comments

Tak tipu punya. Betul!. Bukan affiliate, bukan MLM. Tapi inilah kebebasan kewangan yang dicari. Tak ada yuran sekali seumur hidup; tak payah sepenuh masa pun. Senarai e-mail aktif riban-riban pun tak perlu der. Keutamaan kepada suri rumah yang tak tau nak buat apa kat rumah (kalau tak berblogging); tapi orang lain pun boleh juga mencuba. Bagus untuk yang benar-benar memerlukan wang terutama kepada mereka yang dah terdesak sangat.

Dulu memula keluar twitter, fesbuk orang sibuk sana sini kata benda-benda ni boleh buat duit. Haaa sekarang terbukti. Tolak tepi semua program mengarut-ngarut tu buat penat je. Yang ini dijamin (tapi tak ada 'Money Back Guarantee' sebab tak payah bayar pun satu sen tau!) TAK CAYA TENGOK SINI Kalau link dah tak idup cuba SINI pulak. Dun worrylah; ini bukan affiliate links atau churpchurp links atau apa-apa links yang buat aku dapat duit punnnnn.....

Curik dari pakcik Google

Ada berani?

Satu lagi, eekarang ni makin banyak pulak blog / site yang terus hambek gambar-gambar dari fesbuk untuk dimuat turun secara percuma oleh sapa-sapa yang berminat. Tapi terang cakapla; tiap gamba tu ada link yang bagi duit kat tuan punya blog / site (Bukan tuan punya gambar yang di letak kat dalam blog / site tu yang dapat duit!). Nak bukak blog / site tu pun kena tengok iklan berbayar dulu, senang cakap apa je yang korang tekan memang duitle kat tuan punya blog /site tu. Nak tau google sendiri.

Sebelum aku masuk tidur, mintak maaf entah keberapa kali sebab aku tak berapa pandai buat entri. Itupun sekejap timbul sekejap tenggelam. Aku bukan nak jadi blogger tegar maupun blogger hebat bak kata Diana Rashid cuma aku tulis ikut suka hati aku sendiri. Alah blogging suka-suka je...


Jadi, dalam entri ni kiranya ada dua cara camana nak buat duit dengan fesbuk. Aku tak tipu; kan...