Home » » Bersangka Baiklah Elakkan Jadi Fitnah

Bersangka Baiklah Elakkan Jadi Fitnah

Empayar Utama - Monday, January 30, 2012 : 19 comments

Aku sebenarnya makin takut bila saban hari ada saja tulisan-tulisan yang mencabar dan kemudiannya diikuti pula dengan ugutan kerana pada akulah - lebih baik duduk diam-diam. Harapan aku agar masa depan kita dan negara masih terjamin aman dan makmur; bukan untuk aku tapi untuk anak-anak aku yang tak tau apa-apa pun pasal politik.

Nak saman ke, nak report polis ke, nak report SPRM ke ikut sukalah. Tak perlu kecoh kan?
Ada masanya keputusan 'tak bersalah' tu boleh jadikan seseorang semakin kurang popular. Ianya boleh juga jadikan seseorang tu makin popular; bergantung kepada bagaimana penerimaan individu terhadap pesalah tu sendiri. Alamak skemanya ayat aku kali ni. Kekoklah aku rasa. Tak pe aku cuba lagi hehe.

Aku bagi contoh: Bila aku dapat tau satu member buat repot polis pasal jiran dia curi barang-barang mesjid; apa perlunya aku buat cerita pasal mamat pencuri tu curi set audio; kipas kaki 10 biji; duit tabung mesjid dua tong; 30 kepala paip; ni apa ni? Member aku dah buat repot biarlah pihak yang bertanggungjawab siasat. Mana tau nanti keputusan hasil siasatan lain pula jadinya.

Video ini pernah dishare oleh lebih dari 4 orang rakan aku di fesbuk erkkkk boleh tertaip ayat AVI pulakkkk. Camanalah aku boleh teringatkan si AVI; dia ada mimpi aku ke semalam hahahahahampagastul aku nih. Jap jap aku gi belog dia dulu aaa nak mintak maaf. Aku sebenarnya nak tulis macam ni: Komen ni aku nak kongsi ngan kengkawan yang tersinggah dan terbaca entri aku. Aku harap kita semua sentiasa bersangka baik sesama manusia dan cuba elakkan permusuhan yang mungkin timbul berpunca dari penulisan.

Meh nengok apa yang aku nak kongsikan. Ini pandangan aku kat belog myWords :
Iyalah, kalau dah fikir masak-masak lapor ajalah kat SPRM. Dah lapor tunggulah hasil siasatan. Tapi nampaknya ramai pulak yang ambil kesempatan buat cerita pasal pihak yang buat laporan; pasal pihak yang kena lapor, siap gesa (paksa?) individu tu sendiri buat penjelasan. Alamak apa ni? Siapa yang nak siasat - SPRM ke blogger?

Dah bersangka baik; hatipun kenalah selalu baik macam brader bawah ni
Harap-harap cerita aku kali ni jelas sikit sebab DOMU-KON kalau baca entri aku tak pernahnya tak blurrrr. Hehehehe larikkkkk :)

related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

19 comments:

  1. hehehe.. kali ni misz domu baca 2 kali dah faham..biasanya berkali-kali.. mungkin sebab incik empayar utama mentalitinya lagi tinggi pada misz domu.. maklumlah.. otak tak begitu berkembang sangat..

    sal entri --> maaf komen berjela2..

    misz domu setuju 93% tentg itu.. takperlu nak mendedahkan sangat as blogger.. benda yang belum pasti kesahihannya..atau dalam siasatan.. jgnlah linat diri dalam bnda gharar nie..

    yang benar jadi mengata.. yang salah jadi memfitnah...

    for blogger yang terasa...minta maaf yer.. nak ambil pisau..

    sebab memfitnah itu lebih besar dosa dari membunuh...

    husnuzon beramai2..

    peace yooh :)

    ReplyDelete
  2. jgn mudah p'caya dgn ape yg kte baru tahu...bnyk kes yg iqa tgk,ade certain blogger yg gemar besarkan isu yg die sendiri ta pasti tntg bnd tu,lagi2 kalo bab yg mangaibkan org laen...laju je die duk gebang dkt entry...tup2 bnd tu ta btol pon...kn da jd fitnah...

    ReplyDelete
  3. sekarang ni memang macam2,fitnah merata2...nak menulis pun kena jaga2,sebab sekarang ni zaman printscreen,jadi pandai2 lah...

    ReplyDelete
  4. hehehehe,...faham sikit2 ja nieh,..apa2 pun kdg2 nk mnulis (menaip actually)nie pun,...da 2 3 kali buat draft (aku je ker?)...risooooowwww,....

    ReplyDelete
  5. yeah dengan bersangka baik akan sentiasa nampak muda hehe so en Empayar Utama kena bersangka baik selalu lah supaya tak bertukar menjadi singa ehh..(^_^)

    ReplyDelete
  6. Bila fitnah semakin berleluasa dan disebar-luaskan maka ada kalanya yg betul pun akan jadi bagikan salah dan ada juga yg sebenarnya salah seolah-olah betul...

    ReplyDelete
  7. setuju ngan empayar....
    tu sebabnya remy jarang nak ulas isu2 semasa. sebab remy pun bukan org bijak pandai....
    tapi setakat kasi komen mengikut pandaagan peribadi...
    kalau ade yg tersalah., harap dpt dibetulkan pemahaman remy....

    ReplyDelete
  8. bersangka baik itu penting...
    kalau bersangka buruk sepanjang masa apa ada? tak dapat pape... betul tak? :)

    ReplyDelete
  9. Sangka baik tu bagus..tak ramai owg cmtu.heee

    ReplyDelete
  10. bersangka baik selalu.. hehe. kalau bersangka buruk , free2 dpt dosa nokk

    ReplyDelete
  11. kita jgn cepat bersangka buruk pada seseorang, takut sangkaan kita tu salah kn..nice bro..:D

    ReplyDelete
  12. elakkan brsangka buruk..bak kat dr fadzilah kamsah.. ^^

    ReplyDelete
  13. salam ziarah..
    huhu..kalu dah namanya media network, tak kisah la blogger ke apa ke, asal ada ruang bercakap pasti ada sj yang kena diucap..& lumrah manusia, yg baik jarang disebut =)

    ReplyDelete
  14. bersangka baik dgn hidup di sekeliling org yang penuh prasangka dan curiga....amat menduga...

    ReplyDelete
  15. janganlah asyik nak bersangka buruk je.. =)

    ReplyDelete
  16. mcm kes bru2 ni,pondok abah de org pcah masuk.habis barang2 di songlap.mereka ada syak ssorg.mmg cara dia pun mgelak dri jmpa.dok nyorok dlm umah.kami cuba tak nak syak sgt tapi bila ptg tadi dia dok angkat barang2 bungkus besar2 jual kat kedai besi buruk..kami hanya mampu ucap"kami xkn halalkan".

    hemm..ehh sori story atas xde kene mgena.hihihi

    kdg2 xleh lari syak wsgka.

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...