Monday, February 20, 2012

Salahkah Aku Bertanya

Masa aku bercerita pasal Cabaran Bermula, Ada Berani? dulu, ada aku sebut pasal ke Pejabat Pendidikan Agama untuk melengkapkan buku sekolah agama. Buku-buku tu adalah buku aktiviti yang pertama kali diperkenalkan di sekolah agama pada tahun ini. Pejabat Pendidikan Agama di Larkin itu pula merupakan setor stok buku sebelum diagihkan ke sekolah-sekolah agama.

Kesimpulannya sekolah agama manapun dalam Daerah Johor Bahru (setakat yang aku tahu) akan guna buku aktiviti yang sama jadi tak salahlah jika
aku beli dulu - terus dari Pejabat Pendidikan Agama. Dan ini antaranya yang ada di rumah:

Antara buku aktiviti Darjah Tiga dan Darjah Lima

Atas kiri kaler pink - antara buku aktiviti Darjah Dua yang dibeli melalui Pejabat Pendidikan Agama. Kanan atas pulak?

Entah kenapa Sekolah Agama yang ini, yang berada di tengah-tengah daerah Johor Bahru menggunakan buku aktiviti yang sama didatangkan dari Pejabat Pendidikan Agama bagi Darjah Tiga dan Darjah Lima tetapi menggunakan buku aktiviti lain untuk Darjah Dua. Aku hanya boleh tunjukkan 3 kelas darjah ini saja kerana hanya inilah buku-buku yang aku beli pada bulan Disember 2011 dulu. Dan pertukaran buku aktiviti ini baru saja aku tahu selepas sebulan setengah kelas agama bermula. Kenapa begini?

Aku harap akan dapat jawapan terbaik untuk persoalan ini kerana perkara ini akan berlanjutan untuk tahun-tahun akan datang. Takkan ibubapa perlu menjadi mangsa pertukaran buku aktiviti yang tidak dimaklumkan kerana pastinya tahun hadapan aku tak akan membeli 2 set buku aktiviti yang berbeza untuk Darjah 1, Darjah 3, Darjah 4 dan Darjah 6. Aku juga rasa tidak perlu membeli 2 set buku aktiviti yang berbeza untuk Darjah 2, Darjah 4 dan
Darjah 5 pada tahun 2014...

Salahkah aku bertanya; remeh-temehkah hal ini. Aku cuma nakkan kepastian...

24 comments:

Adylia Qarissa said...

zaman dkna buku agama tak secantik ini :)

blog-tips-kurus said...

baguslah sekolah agama di Johor ni. harap dapat sampaikan info > tepat kepada ibu bapa. kesian Pak EU ni.. ;)

misz_eyza said...

xsalah pun awak bertanya sekadar mendapatkan kepastian... mmg xpatut la dah masuk tgh bulan 2 baru maklum pertukaran buku...apa dia ingat mak ayah ni dok cop duit ker nak beli buku baru... (opsss sori teremo lak hihi...)

Cikgu Ma said...

saudara keje apa ek? hehe

baguznet said...

jangan tanya salah org bro, mmg dpt jawapan yg salah la jawabnya nanti
aku mmg cukup tak suka kes-kes mcm ni kalo terjadi secara mengarut

remyhazza said...

kalau mcn tu terjadi.... kesian jugak pada ibu bapa yg nak kena beli baru...budget tu

DOMU-KON said...

sebenar kan..misz domu tertanya2..kenapa adakan buku aktiviti agama nie? apa kegunaan dia? maaf..soalan2 bertmbah2 plak..

respon untuk entri..

misz domu xtau jawapan dia..sebab takde pun kat skulah adik misz domu.. apa pun.. disebabkan buku2 tu baru diperkenalkan..skulah atau pihak berwajib kena hntr surat bagi faham parent dulu...

ahsfantasy24 said...

adeh..
dah tak reti nak menajawabnya.
harap2 nanti dapat solusi terbaik ;)

Iza Teratak Usang said...

Assalam...
aku tak ada jawapan tu...
sekian,terima kasih..

aiEz said...

Assalamualaikum bro...serius aie tak tahu nak jawab apa..pada mereka yg berkenaan sila jawab...

MaYa MustWany said...

bguz..ibu bapa kene sentiasa peka n bertnya..bguz2..

Aien Not Alien said...

tanya pada pihak sepatutnya untuk jawapan....


pertukaran tanpa memaklumkan terlebih awal memang memberi kesulitan selalunya...

Ley Rashid said...

kesian anak2 skg...balik sek pagi kul 2.45ptg kenan ke sek agama , balik kul 6 ptg....mlm nk kena buat kerja sekolah pulak....anak aku sampai tertido kat sekolah agama pada minggu pertama....Kerajaan kena kaji sistem pelajaran negara kita,

Diana Azis said...

Tak pe bertanya EU, malu bertanya sesat jalan.. :)

sekolah agama..rindunya..tapi kalau kena bertukar buku tu cam rasa tak patut la pulak..kesian kat parent..

syafiqakarim said...

teringat zaman skola dulu.pg skola
rendah.petang skola agama sampai kul
6.mlm ngaji.tusyen.hahah.

err.bab tu..entah.tak berapa tahu.tp yela.xdi maklum kan..buat ibu bapa
geram juga ye dak.

Ayie Abas said...

x mau laaa karenah birokrasi mcm ni..

kan bagus kalau profesional...semuanya berjln dgn baik dan lancar.

midonz said...

dah tu apa cite nye.. nk tau jugak ni..serius mmg aku tak tau..

Cheqna said...

Bagus lah bertanya drpd tersalah beli, if bukan untuk sendiri boleh bantu org lain jg :-)

khairul said...

mak bapak kena sentiasa tau ni

Mama Sheng™ said...

tak salah bertanya ..jangan salah tertanya orang jak ..hehe:)

SHAHIDA SHIDA said...

Tajuk Post ni mengingatkan aku lagu XPDC-semangat yang hilang rangkap yang ni:

Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam...

jadikan ia satu pengalaman...

TiraPengemis said...

urmmm...adek saya balik skola kul 5.30....pkul 6.30 pegi mengaji plak...huhu

lieynanilaz said...

kadang2 perkara remeh sebegini yg selalu dipandang ringan...

zareliqa afiqa said...

Kesian kat ibu bapa lar cenggitu.huhu