Suasana Di Stesen Bas Kisah Seram UUM: The Untold Story Bertuah Punya Cabutan Bertuah!!! Alamak Nazir Datang Melawat Aku Tak Mampu Menahannya... Kesabaran Dan Kejujuran Diri (Teknik Belajar Menipu ^_^) Koleksi Gambar-Gambar Panas
Cerita Yang Jarang Terkini :

Menjawab Soalan Cepumas Cikgu Ma

Empayar Utama - Thursday, March 15, 2012 : 33 comments

Bila Cikgu Ma tanya "dah ada anak?" serba salah nak jawab sebab banyak cerita yang dikongsi adalah berkisar tentang kehidupan dan anak-anak. Nak tengok wajah mereka - bukak-bukakle entri-entri lama kat sitemap tu; muka diorang sepeten je ^_^

Begitu juga bila Cikgu Ma tanya "aku kerja apa?" - aku dah cerita kat
Kerja atau Mengerjakan Orang. Aku ni kerja potong nenas je di tanah sekangkang kera yang ada. Maklumlah tak berapa bijak belajar tapi itu bukan alasan untuk tak mau berjaya. Tak cemerlang belajarpun aku ada belog; fesbuk; twitter; kengkawan; kan, kan, kan...? Adik-adik - kalau tak beli laptop masih boleh main kat CC yea. Kita sambung lagi pasal kerja.

Bukan tiap hari kena potong nenas. Jadi cuba-cubalah kerja pejabat, mula dari bawah sebab kedai tu setingkat je. Masa tu memang bodoh piang pasal filing, print report, quotations, kira stok manual, macam-macamlah. Kena susun sendiri masa untuk belajar sistem dalam komputer, curik-curik belajar ikut fail-fail yang disusun, tengok-tengok borang berkaitan. Tak lama kerja pastu tak kerja dah. Balik potong nenas semula hahahahampagas tul. Aku tipulah.

Aku tak kerja pun. Cuma tengok-tengok akaun tiga syarikat (dulu tiga juga tapi dua aku tak sambung lepas laptop kena rembat; tinggal satu dan tahun ni dapat dua job baru) - satu packing boxes dan satu lagi agriculture (yang ni buat audit seminggu sekali je datang checking). Di salah satu syarikat tu aku juga jadi boss (ahaks terujanya kuangkuangkuangkuangajo tul haku nih) penemu duga merangkap HR.
Pun jadi PR (Promoter yang Rajin hahahah) kat bankers diorang sebab kena kendalikan pinjaman seperti Letter of Credits; Bank Guarantees; Bankers' Acceptance; Trust Receipts; serta kemudahan OD Invoice. Kadang-kadang kena outstation (obersi pun hehe) sebab nak dapat indent kertas paling murah.

Dulu satu lappy je, mana tau rezeki sebab kena curi sekarang ada 4. Kalau yang curik pc aku tu baca cerita ni, jangan curi lagi aku punya tau. Curik orang lain punya pulak, moga-moga Allah permudahkan doa mereka yang teraniaya rezekinya mencurah-curah. Eh, eh sambung balik aaa.

Ada lagi - pun part time dengan 2 syarikat lain - satu pengeksport minyak masak dan satu lagi pemproses tong dram terpakai (recon drum). Tapi yang ini kena berbaik-baik dengan Jabatan Alam Sekitar, Kesihatan, Kastam serta Malaysian Palm Oil Board (MPOB). Tengok dateline; tax exemptions berupdate serta piawaian dipatuhi kerana diorang ni main dengan asid. Jangan main-
main wooooo..... Berapa ramai orang kena simbah asid sekarang ni.

Kadang-kadang tu kan (kadang-kadang happa, selalu sangat) kena men golf sampai dua tiga hari berturut masa habis kat padang golf. Balik penat tak dapat nak bertenet hahahahahahah betul-betul penat seyyyy. Pasal golf ni nantilah senang-senang aku buat satu cerita lain.

Haaa, sibukkan kerja aku? Tapi semua job tu part-time aja, takdenya lapan jam tiap hari. Ambik gaji bulan bukan jadi ejen 007 tau. Mungkin korang semua dapat faham kerja aku sekarang dan kenapa aku kurang sangat online. Jadi, kalau ada antara kengkawan yang belum kerja, nak kerja - jangan buat kerja internet (affiliate, MLM atau yang sewaktu dengannya). Carilah kerja sebenar dan memang aku harap sangat cerita dan pengalaman aku ni jadi pendorong dan semangat buat korang. Dapat nanti, kerja rajin-rajin tau senang naik gaji. Agak-agak malas sangat, kat sini ada Kerja Untuk Yang Malas Kerja. ^_^

Untuk soalan terakhir Cikgu Ma tanya "sekolah mana dulu?" - jawapan aku "If we go too far into the past we cannot live with our neighbours" atau dalam Melayunya "Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita" - Ini antara petikan surat kedua Tun Mahathir kepada Benyamin Netanyahu. Kengkawan semua jangan ambik hati yea. Tak semua benda boleh aku kongsikan. Aku rasa berat nak reveal masa silam yang agak jauh tu.....

Amacam 'resume' aku, ok tak? ^_^



Maafkan Aku

Empayar Utama - Saturday, March 10, 2012 : 35 comments

Pertama sekali kepada Cikgu Ma dan yang lain kerana belum dapat bercerita tentang soalan-soalan 'panas' untuk aku jawab. Agak panjang derafnya dan aku perlu ringkaskan lagi. Aku juga memberi laluan kepada beberapa cerita (masuk yang ini dah empat cerita aku lepaskan dulu) yang aku fikir lebih sesuai dengan keadaan semasa.
Keduanya kepada semua kengkawan yang sudi letak belog aku dalam bloglist kamu semua tetapi aku pula seperti tidak menghargainya. Memang terharu bila menjengah belog korang - nampak Avatar dan nama EmpayarUtama dalam senarai bloglist korang. Agak serba salah kerana aku terima semua kengkawan maya sebagai kawan sama ada yang 'suka aku' maupun yang 'benci aku'. Apa yang termampu aku buat ialah dengan mempromosi belog-belog kamu bila bercerita. Selebihnya aku menyenaraikan kesemua pengunjung yang memberi komen atau pandangan tak peduli sama ada link masih hidup atau tidak - hanya disusun mengikut jumlah komen dan pandangan yang diterima.


(Ini sebahagian...) Semoga tiada yang berkecil hati.

Ketiganya, buat akak (kak mah); shida dan baguznet (boleh sama pula diorang ni ada letak tajuk CERITA) yang menegur ruang sembang aku yang macam dah tak berfungsi.

Tahun lepas memang agak aktiflah bersembang kat shoutbox tapi
tahun ni aku cuba jugalah. Selain itu aku gunakan kotak jerit tu sebagai rujukan kepada kengkawan yang singgah taknak komen tapi tinggalkan jejak untuk aku ziarah kembali belog / website mereka. Lepas satu hari berfikir, betul juga daripada biarkan tapi tak diguna untuk bersembang... Aku buat keputusan untuk simpan saja shoutbox tu.

Keempat; kesan dari hilangnya kotak jerit, aku susah sikit nak menjejak kengkawan yang datang ziarah - kecuali jika memberi komen atau pandangan dalam cerita-cerita aku.

Kepada mereka yang kurang faham cerita aku sebelum ni, aku cuma berkongsi kepada sesiapa yang letak iklan Nuff dan mengharap untuk dapat Buffered Earning (BE) - apa yang aku boleh rumuskan adalah: BE agak mudah diberi kepada belog yang sangat kurang daily pageview dan kurang entri (rugilah untuk yang rajin update dan rajin berblogwalking) di samping Click-Through ratio (CTR) produk iklan yang dianggap munasabah. Dalam kes aku, CTR untuk kempen iklan Maxis sebelum ini ialah 5.56%. Yang lain-lain tu (survey, tiket, buat entri pasal Nuff) tak ada kena mengena pun.

Maafkan aku yea...


Tips Mengarut Nak Dapat BE, Tak Tipu Ler

Empayar Utama - Friday, March 9, 2012 : 22 comments

Hahahahahahahah. Gelak besar aku bila tengok ada BE dalam Nuffnang. Jap jap nak gelak lagi khahkhahkhahkhohkohkohuhukuhuk hak tui. Musim selsema ni gelak terbatuk-batuk la pulak.

Bukan apa, sebelum sebelum ni aku banyak baca pasal tips nak dapat BE. Daripada yang agak mengarut sampai
le yang paling mengarut. Entah betul ke tidak, tak taule. Kena bermanja-manja dengan Nuffnangla; trafik kena tinggila; kena rajin update surveyla; rajin hantar tiketla (aku rajin beli tiket wayang je); dan macam-macam tips bagai.

Iklan jap; kredit buat digik.net untuk gambar atas.

Ada juga yang buat entri konon nak kongsi camana boleh senang dapat BE tapi bila baca hek ellllehhhhh takde pun cerita camana nak dapat BE tu. Cuma eksyen je lebih siap tunjuk dah ada 7-8 BE. Ntahapahapalah. Takat ni aku cuma jumpa satu entri yang tulis nak BE tak perlu trafik tinggi pun boleh dapat bah.

Pasal aku cerita ni? Saja je, sebaaaaaaaaab :-

1. Aku tak rajin buat entri.

2. Pageview aku hahahah malu la nak cakap. Dua minggu sekali kot baru lepas seratus. Selalunya tak jejakpun tujuh ploh tiap ari.

3. Sekali je aku update survey, itu pun kebetulan sebab tambah belog omputih aku (dulu letak Advetlet).

4. Sepanjang join Nuffnang, ada la dua kali anta tiket (ada buat entri kot pasal tiket-tiket tu) itupun sebab tak pueh ati pasal mende ntah.

5. Minggu lepas tak update entri dekat dua minggu, dan langsung tak online sebelas hari.

6. Lama tak bukak akaun Nuffnang tu.

7. Entah...

Iklannya macam kat belah kanan atas ni ha. Ntah ada lagi ke idak kat sidebar kanan, tak perasanle dah berapa lama melekat sebab aku memang tak tau. Ala buat kita syok je, bukan buleh kaya pun.


Nak eksyen juga biarpun satu BE hahahah...

Jadi - renung-renungkan, dan selamat beramal ^_^


Satu Lagi Catatan Dalam Malaysia Book Of Records

Empayar Utama - Wednesday, March 7, 2012 : 19 comments

Setakat aku hidup tak pernah lagi nampak atau dengar kat mana-mana negeri; Exco lebih berkuasa dari Menteri Besar. Dah panggil entah belum panel Malaysia Book Of Records untuk direkodkan.

Enam tahun jugalah aku belajar kat Kedah tu segala-galanya ok. Aku je yang tak ok sebab terjal sangat. Suka mencuba perkara yang dilarang pihak sekolah - ponteng kelas; menyelinap ikut pagar belakang asrama; jadi 'pusher'; tiap hari mengadap pengetua; kena rotan; kena tidur atas jalan; gantung sekolah; ish macam-macamlah.

Rindu pulak kat zaman sekolah dulu-dulu. Kalau aku berminat jadi cikgu dan kena mengajar kat asrama, takde can bebudak sekolah nak sorok barang-barang terlarang gamaknya. Nasib baik tak jadi cikgu hehe.

Tapi bila pengakuan cikgu yang menyebabkan kematian sorang murid (Allahyarham adik Saiful Syazani); alamak alamak kat Kedah jugak cerita ni rupanya erkkkkkkk..... Gamis tak nak ulas apa-apa ke? Eh, Gamis dah jadi sejarah rupanya. Banyak link yang dah tak hidup. Patutla senyap je.

Zaman aku sekolah dulu ada subjek Sejarah dan Geografi tapi ramai pertikaikan Hikayat Hang Tuah (Hang Tuah cakap dalam hatipun Tun Sri Lanang boleh tau; Hang Tuah pergi Indonesia, China, daki Gunung Ledang pun dia ikut - habis semua cerita dalam kelambu dia tau) dan Tsunami, perang serta politik dah tukar bentuk muka bumi; sekarang dua subjek ni dah tak relevan kot.

Tapi kita ada Guinness World Records dan dah ada pun Malaysia Book Of Records. Kandungannya lebih kepada fakta dan sejarah jadi mungkin akan ada cadangan untuk jadikan buku-buku ni sebagai subjek hehe...

Memang Lupa

Empayar Utama - Tuesday, March 6, 2012 : 8 comments

Haishhhh camanala aku ni dah tua sangat kot. Dah lepas satu hari dah ni tapi sempena Bulan Mac 2012 tahun Naga Air aku pun nak ucapkan Selamat Harijadi kat semua yang berbintang Pisces especially kat aiEz dan ❤MaYa MustWany❤ (yang lain-lain aku tak ingatle) ^_^.

Kepada yang tak lahir bulan Mac aku ucapkan selamat Hari Raya yeay...

Ni birthday card dari Ratu Satin semalam; baru bukak fesbuk satu jam tadi hahahah
Makasih banyak yea dik, aku betul-betul lupa...

Hilang? Kencing Yea...

Empayar Utama - Sunday, March 4, 2012 : 16 comments

Lebih sepuluh hari hilang. Penat seyy. Last aku online rasanya sebelum subuh 23 Feb selepas singgah kat belog Kakzakie. Harap Kakzakie baca apa yang aku tulis untuk kebaikan generasi akan datang.

Sebenarnya aku ditugaskan oleh Hazrey menghantar bunga ke Sherwood Oak Community Hospital, Los Angeles untuk @NicoleDear_ a.k.a Fida Aishah a.k.a Siti Rufida sebab dia sibuk berurusan dengan tiket hotel sempena TwtupJohor (dah habis dahpun semalam).

Abang Crayon (ala, admin Busuk tuuuuu) pun pesan sampaikan salam dia - tu yang aku tak de kat Malaysia banyak hari gak.

Gambar-gambar ni rembat kat gugel; tapi bukan jenis cam ni kalau nak hantar kat orang sakit. Ni bunga untuk takziah kematian je.

Ni masa tengah membebel kat Otromen yang rosakkan bangunan lepas dia bertarung ngan resaksa. Banyak belanja nak buat balik bangunan tu, siap je resaksa datang balik. Rosak lagi... aduiiii...

Hahah aku tipu. Takkan camtu sekali diorang nak sponsor sampai California. Tapi korang jengah le link-link yang aku bagi kat atas mana tau korang pun familiar dengan isi kandungannya :). Aku hilang pasal kerja. Outstation ikut boss ke printing exhibition tapi aku tak mo cerita kat sini sebab kalau boleh tak naklah campuradukkan belog ni dengan cerita oversea trips bagai aku. Dahla belog rojak takkan nak terlebih sangat kuah rojak pulak.

Cuma nak tulis yang aku dah selamat balik, sakit gigi sikit sebab cuaca agak sejuk kat sana. Entri terakhir aku tak de respon pun dari pihak sekolah biarpun aku dah tanya kat emel; fesbuk dan belog rasmi sekolah. Anak aku yang darjah dua tu kata "Ustaz pesan tak payah beli buku lain, boleh pakai buku yang ada". Oklah cuma macam tergantung juga sebab tahun depan nanti takut lain pulak ceritanya. Nantilah senang-senang aku mengadap Guru Besar. Lepas ni aku nak jawab soalan Cikgu Ma pulak. Dah dulu, makin sakit gigi aku...