Suasana Di Stesen Bas Kisah Seram UUM: The Untold Story Bertuah Punya Cabutan Bertuah!!! Alamak Nazir Datang Melawat Aku Tak Mampu Menahannya... Kesabaran Dan Kejujuran Diri (Teknik Belajar Menipu ^_^) Koleksi Gambar-Gambar Panas
Cerita Yang Jarang Terkini :

Pasang Lagu/Autoplay/Repeat/Pause

Empayar Utama - Tuesday, May 29, 2012 : 11 comments

(update: Blogger New Look ni macam dah tak terima html color kod yang ada dalam tutorial yang ini. Tapi kalau nak pasang kat belog masih boleh lagi)

Nampak tanda 'pause' kat sidebar? Kat belog ni dah tak nampak sebab aku dah keluarkan. Tapi kalau nak tengok - masih ada kat belog demo di accordian sidebar bawah tajuk 'Dengar Lagu'. Haa, dulu aku ada pasang tapi macam yang aku cerita dulu; tetiba je dah tak ok. Ramai juga pengguna blogspot yang tak boleh guna html kod ikut tutorial yang ada,
kannnn...

Kat sini aku kongsi
a. camana nak bagi jadi; jangan tak jadi ^_^

b. html kod paling simple. Tak perlu ambik semua dan kalau nak tukar lagu cuma tukar kod lagu aja. Cari je lagu apa korang minat kat youtube dan gantikan html kodnya.

c. camana benda alah ni jadi autoplay dan repeat berulangkali - kalau bosan tekan butang pause, ok? Kalau malas nak sambung baca, terus aja pergi ke blog Nurhafizah❤ atau blog Nakbebel cuma diorang tak ajar camana repeat lagu

d. kod ini boleh letak kat sidebar; entri pos atau kat mana-mana area dalam blog.

Ok k k k k; ni ha kodnya: Contoh macam kat sidebar 'Sini Pun Oke' tu:
<center><embed src="http://www.youtube.com/v/-sWnEWpS_fA?version=1&loop=1&amp;autoplay=1&amp;color1=0xffffff&amp;color2=0xfffff" width="30" height="25"></embed></center>
1. Kaler merah (center) untuk kedudukannya nampak cantik kat tengah. left untuk kiri, right untuk adjust kanan.
2. Kod embed untuk pastikan sumber (src) telah diletak dalam blog.
3. Kaler biru lepas sumber (src) itulah kod lagu youtube yang korang boleh tukar kalau bosan dengan lagu yang korang dah pasang ^_^
4. Haa (version=1) berlatarbelakang kaler apabendantah tu penting untuk tunjuk/display bagaimana kod ini akan keluar. Cuba korang tukar '1' tu kepada '3' mesti tak jadi punyalah.
5. Kaler hijau (loop) haaa itulah kod untuk repeat lagu. Lagu akan dimainkan semula selepas tamat secara otomatik.
6. Kaler oren (autoplay) untuk lagu terus dimainkan apabila blog kamu didisplay. Kalau tukar kod jadi '0' berjanggutle nak tunggu lagu keluar.
7. Kaler pink (color 1) adalah border keliling, nampakle macam kotak. Kaler kod ffffff untuk putih - tukar lah kalau nak bagi nampak border/kotak. Contoh border/kotak kaler merah:

8. Kaler purple (color 2) pulak adalah warna bahagian dalam border/kotak. Kaler kod ffffff untuk putih - tukar kalau nak bagi nampak kaler dalam border/kotak tu. Contohnya:

9. Akhir sekali tinggi (height) dan lebar (width) itu adalah ideal tak yah tukarle. Tapi nak tukar boleh juga. Ni contoh kalau aku tukar width kepada 230 dan kekalkan contoh color 1 dan color 2 tadi:

Oh, oh, lupa. Kalau nak letak kat mana-mana kawasan blog, tambah kod kaler gelap macam kat bawah ni:
<div style="position: fixed; top: 25px; left:3px;">
<center><embed src="http://www.youtube.com/v/-sWnEWpS_fA?version=1&loop=1&amp;autoplay=1&amp;color1=0xffffff&amp;color2=0xfffff" width="30" height="25"></embed></center>
</div>

25px tu jaraknya 25 pixel dari atas. 3px pulak maknanya 3 pixel dari kiri. Korang adjust sendiriklah yek. 

Mana nak dapat kod lagu youtube? Hek elehhh banyak tutorial tu gugel ajalah hahahahah. Pergi ke Youtube; taip lagu yang nak dicari dalam kotak search Youtube tu; Pastu cari button 'Share' haa tekan. Nampak pulak butang 'Embed' tekan lagi. Nanti keluar 4 kotak kecik-kecik tanda kat kotak last yang macam ni:
Use old embed code [?]

Satu lagi - kenapa mesti guna 'old embed code'? sebab kod lama takde perkataan 'embed' dalam link youtube dan kita dahpun letak kod 'embed' pada pembuka dan penutup kod. Faham yea...

Aku cuba ok je, korang lak camana?

Mintak Jawapan Pengguna Blogspot. Kongsi la Sikit ^_^

Empayar Utama - Sunday, May 27, 2012 : 9 comments

Bila ada blog, kita tak boleh lari dari sifat inginkan yang terbaik untuk blog kita. Akupun sama. Walaupun nakkan blog lebih ringkas - sebenarnya banyak html kod kena tambah. Blogspot pulak dalam proses kemaskini dan ada html kod macam tak berfungsi.

Kita juga dah tak boleh nak download
template luar. Walaupun buat masa ini masih boleh tukar melalui old interface format; tapi proses ini akan dihapuskan sepenuhnya.

Kebanyakan kita guna dan download design template percuma dari luar. Templates tersedia oleh blogspot guna versi 2 ke atas manakala templates luar bukan versi ini.


Walaupun begitu, kita masih boleh susun semula html kod melalui template designer yang disediakan tetapi bukan semua orang pandai. Akupun cuma pandai download dan letak html kod bagi blog nampak ringkas.


Begitu juga dengan beberapa html kod dan script dalam tutorial oleh para tutor yang tak boleh diapplikasi lagi. Dulu lagu dari Widget Index ok, sekarang dah tak ok. Juga tutorial pasang lagu tanpa henti yang ada butang pause tu, dah tak boleh pakai lagi dah. Jadi para tutor yang terbaca cerita aku; bukak-bukaklah tutorial lama mungkin kena kemaskini juga seiring dengan situasi. Sebab itu tutorial aku tak banyak. Aku kongsi tutorial yang memang aku pakai sendiri dan pastikan ianya boleh berfungsi.

Tiap kali aku tambah html kod dalam blog - aku cuba view terlebih dahulu guna Chrome, Mozilla dan Internet Explorer (IE). Aku rasa rugi jika abaikan IE kerana pengguna IE yang baca blog aku berada dalam ranking ketiga tertinggi. Korang camana?
(Sori aaa malu sebenarnya nak tunjuk yang ini - statistik tak bagus tapi sebab nak terangkan, kenalah tunjuk hehe)

Satu lagi, aku suka baca blog melalui RSS feed sebab lebih mudah. Sekarang agak susah nak buka rss post feed kecuali kita dah 'burned' post feed kepada program lain (redirect). Aku ambik contoh blog Aien Alien; tak boleh baca. Mungkin ini kesan upgrade blogspot. Rss comment feed tak payah ceritalah, memang tak boleh - aku punya pun sama.

Subscribe to: Posts (Atom) ~ EmpayarUtama
Subscribe to: Posts (Atom) ~ Aien Alien

Cuba tekan link atas ni untuk tengok hasilnya. Lepas tu korang tekan link yang ada kat blog sendiri, apa jadi? Errrrrr, sori Aien ambik blog kamu jadi contoh. Haaa meh jengah blog dia yea ^_^

Aku letak tajuk 'Yang Ini Blom Siap Lagi' untuk bloglist kat sidebar kerana view guna IE tidak menjadi. Memang belum siap punnnn. Begitu juga penggunaan marquee untuk imej bergerak yang tak sesuai dipasang dalam template version 2 ke atas. Bila cuba template lama ok pulak. Jika kengkawan baca guna IE dan lihat segalanya dah ok; maknanya aku dah bertukar kepada template lama. Sekarang ini masih guna Template Awesome Inc. (by Jason Morrow, designer Tina Chan) yang aku ubah suai.

Sebenarnya cerita ni nak bertanya tapi aku dah lupalah nak tanya apa ^_^

Yang Tersurat, Yang Tersirat

Empayar Utama - Saturday, May 19, 2012 : 7 comments

Dua tiga menjak ni aku terjebak dengan kawan-kawan semeja kedai kopi untuk ikut perkembangan dunia politik. Aku memang tak minat politik sebenarnya. Tapi bila baca beberapa blog; timbul minat dengan satu blog.

Sebab apa? Sebab aku suka cara dia tulis dan luahkan idea. Taklah begitu ekstrim. Tulisan dia lebih kepada pendedahan isu moral dan korupsi yang berlaku baik kepada pembangkang mahupun kerajaan. Juga tak terbatas kepada isu-isu tertentu.
Aku tak tau cuma arwah abah pernah kata - kalau cepat sangat naik akan cepatlah turunnya. Macam naik lif. Dia ni tak ambik kisah pasal MLM sebab bukan bidang dia, dia tegur benda lain.

Dalam entrinya bertarikh 28/11/2010; beliau sangsi tentang E-Dymium yang tidak disentuh. Sebaliknya AC Mizal yang buka perniagaan sendiri setelah keluar dari syarikat itu teruk dihentam. Iyalah, ikut logik; kalau nak hentam - hentamlah E-Dymium dulu baru AC Mizal atau hentam kedua-duanya sekaligus. Tetapi hanya AC Mizal yang jadi fokus.

Memula tak percaya juga, tapi bila baca - Eh, iyalah tak ada satu pun entri pasal E-Dymium. Tak caya sambung baca sampai habis. Hanya lepas kena tegur baru keluar entri tu dengan tajuk yang macam tak puas hati. Itu pun setelah siar beberapa entri lain dan hampir sebulan jaraknya. Oh, sebelum aku pergi lebih jauh - aku terangkan pendirian aku dulu. Aku tak memihak mana-mana baik kepada kedua-dua blogger; AC; maupun syarikat lama AC bernaung. Cuma nak ulas sama ada rasional atau tidak apa yang diluahkan oleh pihak yang menegur.

Kenapa tiba-tiba jadi begitu? Ok, pihak ditegur mula berblog pada awal Oktober 2010 yang menekan keburukan Skim Piramid. Ada 12 entri dalam bulan Oktober 2010 sekarang tinggal 7. Begitu juga ada 25 entri pada bulan November 2010 yang tinggal 19 aja. Kita ambil takat tu saja sebab teguran dibuat pada hujung November 2010.

Entri blog yang hilang hanya boleh didelete oleh tuan punya kerana blog tu hidup lagi. Kita boleh pilih sama ada nak privatekan blog (akan keluar permission denied) atau delete blog (blog has been removed). Blog kena remove sama ada oleh blogspot.com atau kita sendiri. Tak percaya? Macam ni:
Blog tu akan/boleh disimpan selama 90 hari sebelum ianya benar-benar didelete. Dalam tempoh itu carian akan keluar seperti di bawah:
Berdasar paparan di atas; pihak buat carian akan andaikan blog kena removed oleh blogger.com. Sebenarnya boleh jadi tidak. Bawah ni pula contoh blog dihidupkan semula sebelum aku delete terus:
Sebab tu selepas entri berkaitan Skim Amanah Saham 1 Malaysia awal Januari 2012 (pun dah kena padam) blog terus sepi. Adalah satu pos yang tak ada kena mengena tentang MLM tengah bulan Mac 2012. Bulan April tup tup blog dah tak dapat diakses. Rakan-rakan di page yang ada kat fesbuk kata beliau cuba kumpul balik entri yang hilang. Mana ada hilang, sendiri hilangkan. Sebenarnya berlambak Skim Piramid kalau nak jadikan entri.

Bulan pertama berblog, lebih kepada penerangan tentang MLM. 20/10/10 buka page di fesbuk kerana itu platform terbaik untuk dapat pembaca. Terus kupas Infinity Downline yang ada di fesbuk satu entri je. Menutup bulan Oktober dengan entri yang terus tuju kepada AC Mizal.

Dalam 19 entri yang tinggal dalam November; 13 darinya ditujukan kepada AC. Boleh kata selang sehari atau dua hari akan keluar entri AC. Sekadar perbandingan: QuestNet ada satu entri pada bulan Mac 2011. Bulan Oktober 2011 hentam QuestNet 10 entri membawa ke November 2011. Tapi kesemua entri ini dituju kepada syarikat berbanding peribadi AC (tidak dituju kepada Syarikat AC Mizal Konsortium dan berjumlah 16 entri hingga blog dipadam sebelum dibuka semula).

Mungkin ada kesilapan yang beliau sendiri tak perasan dalam entri bertarikh 22/11/2011 bila letak satu quotation:
Ini bukan quotation. Ini Invois (seperti telah dipadam beberapa bahagian). Lihat tarikhnya. Aku boleh buat andaian yang beliau dah ada segala akses untuk buat entri E-Dymium sebelum AC. Lihat saja entri-entri awal beliau di mana imej dari HOTTIME JEWELRY CO.LTD diguna dan barangan serupa juga dijual oleh E-Dymium. Kenapa tak selitkan satu entri khas E-Dymium? Bahan untuk buat entri AC boleh jadi sama kerana produk sama, malah E-Dymium lebih mahal 2 kali ganda. Apakah... Mungkin ini yang PAPAGOMO cuba bagitau.

Sebelum artikel E-Dymium keluar, hanya 2 potongan dari E-Dymium diselitkan dalam entri lain. Kira antara nampak nak nampak ajalah. 1 flyers E-Dymium diselitkan antara banyak-banyak flyers dalam enrti ketiga dan yang ini ?
Ayat dalam artikel ini tak menghentam E-Dymium; sebaliknya memberi direct link ke laman web. Dan ini hanya terselit di celah entri utama. Tapi linknya tak betul kena mintak bantuan pakcik gugel untuk dapat link yang betul. Sisipan biasanya orang tak ambil endah sangat kerana itu bukan tajuk utama cerita, apa lagi jika dipaparkan dengan banyaknya pelbagai bahan sokongan yang akan tolak kewujudan sisipan itu.

Buat kengkawan yang berminat; bacalah dua blog ni. Aku promot kedua-duanya, masing-masing ada ilmu yang berguna untuk kita pelajari...

Hari Hari Pun Sama...

Empayar Utama - Sunday, May 13, 2012 : 17 comments

Bangun je pagi tadi nampak kertas tergantung kat lemari baju orang rumah. Biasalah budak-budak kalau bermain memang tak berapa pandai nak kemas balik. Jadi aku buat tak kisah tunggu je lah diorang bangun nanti pandailah diorang simpan semula mainan mereka.

Tapi bila orang rumah tunjuk kat aku - hehe camanaaaaa la malam tadi boleh tak perasan si Afrina tu buat. Mungkin di sekolah mereka diperkenalkan dengan hari-hari sambutan yang berhubung kait dengan keluarga. Nanti bila besar sikit mereka akan tahu hari-hari yang
perlu dan tidak perlu disambut. Nak tengok apa yang bendanya? Klik imej-imej untuk lebih jelas yea ^_^:


Yang bawah ini pula aku jumpa bawah meja:

Dua yang terakhir ni, bukan Afrina buat tapi sepupu dia Azalea. Lukisannya cantik akupun tak boleh lukis macam tu:
Oleh kerana mereka ni tak pandai kemas dan simpan apa yang mereka buat hari ini; mungkin dua tiga hari nanti akan di tongsampahkan oleh mamanya. Jadi, sebelum apa-apa baik aku simpan dalam blog ni... :)

Dah Buat Salah Kena Tanggung Sendiri Tau

Empayar Utama - Friday, May 11, 2012 : 17 comments

Baru balik teman budak-budak nengok cerita Ngongkrong sambil pujuk hati sendiri. Serabut semacam je sampai tak fokus langsung pada cerita. Iyalah bila dah buat salah tu, kenalah mengaku salah dan terima hukuman.

Siang tadi ada semangat sikit nak gi kerja. Mana tau sampai-sampai je boleh takde line, nak check satu benda pun sangkak. Jadi, terus aja balik rumah jengah Apesal.com sebab agak lama tak ziarah kang merajuk pula, kan... ^_^
Antara cerita-cerita yang dah disenaraikan...

Yang ini pula kena tendang. Yang terkini tu siap dapat 'last warning' lagi.

Walaupun pengunjung blog aku tak meriah aku tetap berterima kasih kepada Apesal.com sebab jadi antara penyumbang terbesar pengunjung. Malu nak tunjuk statistik takutle sebab dah dapat 'last warning' tuuuu... Untuk yang belum baca FAQ atau baru je nak join Apesal.com; pastikan ikut segala peraturannya ya. Meh kita tengok antara yang penting:
Atas tu kriteria blog, bawah pula kriteria post

Dok tengah baca entri-entri dalam program tu, nampak pulak yang ini:

Erkkkk... Aku salah baca FAQ ke tadi? Terus tutup laptop ajak budak-budak layan Ngongkrong. Itulah cerita hari ni, heheheheh ^_^

Kemas Semula Blog Bila Blogger.com Kemaskini

Empayar Utama - Monday, May 7, 2012 : 10 comments

Hujung April lalu selepas ada mood balik nak nengok blog; segala yang di letak kat sidebar langsung tak berfungsi. Jenuh juga cari di mana silapnya dengan kod yang ada tu. Carian Google juga tunjukkan tutorial oleh Cik Tom; Silampuneon; Ammboi; Krole-Zone; dan Padinno adalah lebih kurang kalau takpun sama saja. Hanya Asmanuratirah beri tutorial berbeza.
Macammana aku cuba pun hasilnya tetap akan keluar benda yang sama iaitu javascript:void(0); jadi aku tengok balik kat mana silapnya. Tiada masalah dari STEP 1 hingga STEP 3. Ikut pada contoh STEP 4 masa aku Kemas Blog Sikit haritu :

STEP 4 : Ambik kod ni letak kat PAGE ELEMENTS -> ADD A GADGET -> HTML/JAVASCRIPT:
<ul><a href="javascript:void(0);" onclick="expandcollapse('Grapevine')"> <h4>Meh Petik Anggur</h4></a></ul> <ul class="texthidden" id="Grapevine"> (Ruang ini untuk korang letak apa-apa kod yang korang nak letak) </ul>

Semua yang beri tutorial berpesan agar perkataan "keywords" tu mesti sama. Dalam contoh aku - aku ganti dengan perkataan "Grapevine" (lihat huruf berwarna merah yea). Sebelum ini; apa yang ditulis boleh diterima pakai. Bila disave, keyword itu otomatik bertukar kepada huruf kecil tetapi TIDAK kepada target id ("Grapevine" kedua). Rumusannya, setelah blogger.com buat kemaskini - APA SAHAJA PERKATAAN YANG INGIN DIGANTI KEPADA "keywords" MESTILAH DALAM HURUF KECIL SEPENUHNYA. Jadi untuk contoh aku tu pula:"Grapevine" perlu ditukar kepada "grapevine" - kedua-duanya hendaklah dalam huruf kecil.


Abis tu, misz_eyza; dah jadi belum.....? ^_^


Rasa Malulah Pulak

Empayar Utama - Saturday, May 5, 2012 : 15 comments

Ada orang rasa bangga tapi aku rasa malu. Dah macam dapat markah kesian masa periksa. Ok k k k... Ini cerita terakhir aku pasal BE. Betul-betul rasa malu bila daily pageview yang tak jejak 30 tiap hari tetiba dapat satu lagi BE. Mungkin betul ianya berlaku kepada siapa yang pasang iklan Nuffnang tapi tak terima banyak pageviews.

Aku tertanya-tanya apa sebenarnya motif Nuffnang (mungkin auto set untuk ini) tetapi penjelasan dari pihak Nuffnang tak pula begitu. Blogger yang pasang iklan melalui jaringan
pengiklanan (Advertising Networks) ada dua sebab aja - satunya sebab nak tambah pendapatan tambahan dan yang kedua untuk suka-suka jangan sampai blog atau web nampak kosong. Dan aku letak kerana aku pilih sebab yang kedua. Iyalah, dengan latarbelakang putih takde gadget mengarut-ngarut; bila pasang iklan nampakle ada sikit seri, kan?

Bila aku fikir di sebaliknya; mungkin juga pihak Nuffnang nak tolong blog-blog yang macam ni (yang macam aku ni le) sebab agaknya diorang nengok dah lama sangat earning tak bergerak-gerak. Jadi ditolongle sikit melalui iklan BE. Agaknyalah.

Tapi aku malule kalau betul itu alasan Nuffnang. Dulu sebelum blog aku ni kena padam memangle aktif main iklan sebab memang niche blog aku masa tu pasal Ad Networks, dalam Bahasa Inggeris lagi siap masuk segala bagai program - Safelists; Manualsurf; autosurf; ad exchange. Muaile dapat tapi taklah sampai boleh kaya cuma lepas sangat bayar bil api; air dan internet tiap bulan. Masa tu punyalah aktif sampai tak tau nak buat posting apa terus cilok iklan Amazon banyak-banyak letak kat entri pos. Last-last blog kena remove, baru padan muka aku hahahahah.
Tak caya? Tanyalah pengurusan ASTRO berapa diorang dapat dari jam 9.00 hingga 9.30 malam semalam bila entah berapa ramai menunggu depan TV nak nengok live akad nikah Awal dengan Scha tapi hanya disajikan dengan iklan sepanjang setengah jam tu. Kenapa iklan yang dipilih, bukan rencana?
Jadi buat kengkawan yang tak de lagi BE tak payah fikirlah sebab rasanya daily pageview kamu semua dah cukup untuk gerakkan earning iklan yang dipasang. Tak gitu.....

Koleksi DOMU-KON

Empayar Utama - Tuesday, May 1, 2012 : 9 comments

Selamat Hari Pekerja buat para pekerja yang cuti dan bekerja hari ini. Rasa macam nak buat cerita pasal koleksi tapi tak tau koleksi apa. Nanti aku ambik koleksi kertas Alya mungkin boleh jadi satu cerita kat sini.

Empat hari juga aku ambil masa baca semula semua cerita-cerita
yang aku dah pos bila nampak banyak komen-komen baru dari kengkawan. Iyalah, bukan banyakna pun bercerita. Setakat setahun setengah selepas dapat balik blog ni - cuma ada 171 cerita. 13 lagi deraf ntah bila aku nak pos tak taule.

Opps sebelum lupa - teori aku pasal BE agak betul, sama macam yang aku cerita kat sini sebab sebulan setengah blog ni tak berusik tetiba entah bila ntah ada lagi satu BE melekat:

Tapikan; ada juga cerita yang aku tulis tu, aku sendiri rasa blur. Nasib baik komen kengkawan jadi pemberi semangat dan menyerikan balik blog aku yang aku rasa - ntahlah yea...

Meh aku kongsi satu lagi blog yang korang mesti suka sebab pada pemerhatian aku, dia ni memang minat membaca. Banyak juga cerita dia, pun santai juga. Dulu adalah sekejap dia tutup blog sampai aku nak bacapun tak dapat. Tapi sekejap je pastu dah bukak balik.


Aku sebenarnya suka baca komen-komen dia. Kalau tak paham dia terus terang je tulis tak paham. Tak caya?


Ini komen kat Cerita Kedai Kopi. Tapi dia rajin, gi jengah blog Sue Unnie.. pastu bagi komen balik kat sini.


Yang ini pula, aku letak diri aku sebagai salah seorang penonton yang ada walaupun sebenarnya akulah mangsa kedai gambar tu...


Memang dah sifat dia rajin membaca, erkkk diakan pembaca berita sambilan tak gitu? Cubalah gi tanya. Aku malulah takut salah pulokkk. Tapi kalau ikut pada apa yang ditulis; dia akan baca berulangkali sampai faham


Dan yang ini memang buat aku ketawa tiap kali aku baca balik cerita pasal Sitemap nih:


Buat pertama kali dalam sejarah aku buat tutorial dalam ruangan komen, mengarut betul ntahapahapalah aku ni kan...



Itu antaranya, banyak lagi sebenanya. Terus terang aja, aku tak pandai promot blog kengkawan tapi aku cuba hehe jangan mare aaaaa... Haaa inilah antara koleksi Domu-Kon aku. Marilah jengah blog dia baca celoteh dia pulak.

Misz_Domu - kamu antara penyeri blog aku. Terima kasih yea ^_^