Suasana Di Stesen Bas Kisah Seram UUM: The Untold Story Bertuah Punya Cabutan Bertuah!!! Alamak Nazir Datang Melawat Aku Tak Mampu Menahannya... Kesabaran Dan Kejujuran Diri (Teknik Belajar Menipu ^_^) Koleksi Gambar-Gambar Panas
Cerita Yang Jarang Terkini :

Konflik

Empayar Utama - Saturday, September 29, 2012 : 9 comments

Wah nampaknya tahun ni ramai sekali kengkawan maya berkahwin. Jujurnya aku selalu tertinggal jet sebab tak sempat nak bukak pc. Puteri sulung aku yang rajin betul tolong updatekan status Googleplus, fesbuk dan twitter. Kalau para pembaca singgah dan baca 2-3 cerita aku sebelum ni akan tahu betapa kelam kabutnya masa aku yang dah tak terurus. Tapi takle sampai lupa diri hehe.
Itu pun masih ada lagi cerita yang belum sempat aku kongsikan.

Jadi kat sini aku nak mintak maaf bebanyak kat Cikgu Jaja; dan minggu depan - Afzalsukasuki; mungkin tak berkesempatan aku nak makan nasi minyak kamu (jiran sebelah dah booking der... kena rewang)

Pengalaman aku nak kongsi sejak hidup berumahtangga ni; jika boleh jangan campur adukkan masalah di tempat kerja dengan masalah di rumah. Orang rumah sebenarnya rajin bercerita tentang kisah-kisah di pejabatnya tapi aku buat derk je. Bukan apa, boss dia tu kawan se'golf' aku dan kawan-kawan pejabat dia; customer dia; boleh kata majoriti adalah kawan-kawan aku juga.

Harap boleh jadi panduan baik bagi mereka yang sudah, baru, maupun yang akan melangsungkan perkahwinan. Pun peringatan buat diri aku juga hahahahahah takut lupa diri nanti.

Satu lagi, semalam cup cup macam ada problem je. Gambar kat blog ilang, tapi kat fesbuk masih ada. Tapi link tabley pakai.

Dahtu bila aku bukak cup cup tadi, duit bulan Jun sampai September hilang. Pastu baca pulak beberapa komen yang tulis claims tak dapat-dapat lagi. Erkkkk camana ya hehe.

Ish, terlari tajuk la pulokkkk. Camanapun, selamat pengantin baru buat mereka. Saja je aku letak cup-cup tu sebab selain dari iklan nuff; banyak blog yang tulis benda tu jadi 'tabung kawin' kuangkuangkuang kuang ajo tul haku nih ^_^




Sudah Sampai Masanya...

Empayar Utama - Wednesday, September 26, 2012 : 11 comments

Dua tahun lepas sewaktu bercerita tentang Hadiah Teristimewa; aku tak bagitaupun zink yang dipasang pada pertengahan Januari 1996 bercampur baru dan lama (zink asal). Jadinya dekat 17 tahun jugalah zink yang ada tu tak berganti.

Sepanjang 4-5 tahun kebelakang; hanya ganti 10-20 keping untuk zink yang dah bocor dan koyak. Jenuh juga sebab selepas tu mana-
mana zink yang dipijak pula akan koyak kemudiannya.

Ada kat Hadiah Teristimewa

Dan inilah wajah sewaktu Ramadhan 1433 (Ogos 2012):

Sebahagian bumbung depan hilang kena ribut, begitu juga dengan beberapa keping zing rumah ibu

Memandangkan orang tua warga emas serta ibu tunggal; aku ada dua pilihan. Pertamanya mohon rumah batu 3 bilik yang akan dibina sepenuhnya oleh kerajaan tetapi geran dicagar sepanjang proses bayaran balik. Maksudnya jika 40 tahun, maka 40 tahunlah geran dipegang kerajaan.

Pilihan kedua pula tebalkan muka mohon peruntukan baikpulih Cylinderhead (erkkk Baik pulih Cylinderhead tu blog dhinai adnan; senang-senang pergi le jengah, banyak ilmu yang berguna kat situ tau) bumbung. Dan inilah pilihan yang aku dah pun buat sejak awal tahun lagi sebab ada peruntukan dari kerajaan. Pertengahan Jun 2012 barulah wakil kepada wakil rakyat parlimen di situ datang melawat bersama seorang ASP Polis dan mengambil beberapa keping gambar. Syawal dahpun berlalu - senyap je. Bumbung makin bocor sana sini.

Akhirnya aku buat pilihan tak masuk akal - pinjam along. Kan pilihan paling mudah dan pantas? Hahahahahahahah. Jadi, jangan salahkan rakyat kalau aktiviti pinjam along masih berleluasa. Masuk minggu kedua terus beli zink 140 keping. Tokey hardware kata - mana ada orang beli banyak tu. Paling banyakpun 80 keping je. Dia tak tau yang rumah tu asalnya kembar dua; 48' x 48' dan telah ditambah sesedap rasa oleh arwah abah menjadi 60' x 82'. Hambik ko, masuk minggu kedua kena tambah lagi 37 keping. Tokey nengok muka aku kali ni dia diam ajalah. Besar juga belanja; perabung, paku, kayu sikit - nam ribu setengah juga habis.

Kali ni aku belasah guna zink kilang kaler biru 10 kaki (lebar 2 1/2 kaki). Kalau zink biasa yang 10 kaki tu lebarnya 2 kaki aja dan aku perlukan dalam 240 keping. Bila buat perbandingan; perbezaan harga cuma RM180 itu yang terus sambar zink kilang.

Jadi sepanjang Syawal masuk ke Zulkaedah tahun ini kerja aku berulang alik dari JB ke Pontian. Blog pun ke laut. Maklumlah aku bukan tukang. Kerjapun perlahan. Akhirnya panggil member tukang si Adiey kat kampung suruh sambung kerja. Janji bumbung tak bocor untuk 30-40 tahun akan datang sudah. Hasilnya:

177 keping pun masih kurang sekeping, kenalah guna zink lama huhuhu

Pesanan aku buat semua - Jangan harap sangat pada bantuan dan paling penting; Jangan Pinjam Along tau!

He He Ini Bukan Duit Raya

Empayar Utama - Wednesday, September 19, 2012 : 16 comments

Minggu pertama raya haritu aku berkesempatan ke rumah Rhea Scarlet. Kalau Baguznet baca ni mesti dia kenal sebab dulu Rhea tu satu sekolah dengan dia; tua setahun kot.

Paparan yang aku tunjuk kat sini adalah hasil kreativiti anak bongsu dia - Wana. Kalau nak tengok jelas tekan ajalah kat gambar-gambar
yang ada.

Benda alah ni ditampal di pintu masuk bilik. Dia buat sebelum puasa lagi. Jadi ini merupakan duit tabung Wanalah, bukan duit raya kan? Wana ni gelarkan dirinya 'nana'.


Besar nanti ada harapan jadi businesswoman berjaya sebab ikut kata bonda dia (Rhea) kat sekolah dia potong kertas buku tulisan buat origami pastu jual kat kawan-kawan doploh sen satu. Mana yang bayar lebih dia buat-buat lupa nak pulangkan duit baki. Dapat jajan free pun dia jual balik. Kalau kat rumah - abang dan kakak dia memang tak de can dapat makan percuma. Kena beli dari dia dulu hahahahahahahah.

Yang kat bawah ni pulak jadual waktu yang dia siapkan untuk Rhea dan kakak dia sepanjang bulan puasa lepas. Siap digantung dalam bilik belakang pintu:


Aku abadikan hasil kerja Wana kat sini sebab aku suka daya imaginasi dia. Tetiba je teringat kat program-program affiliate pasal jana wang mudah hehe jangan mare...





Errr, kenapa dua tiga menjak ni dapat followers dari Portugis? Diorang faham ke cerita aku? Peningle...


Suasana Di Stesen Bas

Empayar Utama - Thursday, September 13, 2012 : 16 comments

Yang ini berlaku beberapa hari sebelum raya. Terjumpa la pulak karangan Afrina lepas dia ikut aku jenjalan satu hari tu.

Oppps sebelum lupa - sebenarnya banyak benda aku nak cerita tapi untuk menghormati bulan Ramadhan aku tarik lambat sikit. Itupun sebab aku takut ada yang berasa hati baca cerita-cerita
mengarut aku lebih-labih lagi dalam bulan puasa; kurang pulak pahala.

Si Afrina ni peten dia tulis dan baca sama aja. Kalau baca buku tu ada titik pun dia langgar. Jadi dia tulis pun sama; titik hilang ntah ke mana. Meh baca apa yang dia tulis (kalau tak faham bacalah berulang-ulang kali ya ^_^):



Sebetulnya aku bawak dia ke Maybank. Cerita kat luar bangunan hingga ke tingkat bawah tu betullah

Ikut pada nombor giliran aku yang cantik tu; depan aku ada 32 orang lagi. Bayangkanlah - baru pukul 11.29 pagi hari Selasa ada enam kaunter cuma bukak dua kaunter je... Itu yang aku kata ada dua bas.
Yang mee tergantung tu adalah 'commercial ads' kat skrin tv yang dipasang kat dinding. Dekat pukul doblas baru ada sorang mamat bukak satu kaunter lagi.

Setahu aku bank ada ISO standard yang perlu diikuti - rasanya dua hingga ke tiga minit saja untuk setiap pelanggan. Kalau hari tu nampak pelanggan ramai (ngam-ngam grup askar datang ambik elaun kena buat transaksi kat kaunter) kenalah bagi kerjasama. Back-office staff yang ada kenalah pinjam sekejap bagi crowd kurang.

Dua kaunter je beb. Yang sorang tu pulak buat kerja sendiri...

Buat warga Maybank, jangan ambik hati yea. Aku sekadar menegur. Maaf zahir batin sempena Idilfitri ^_^

Pergi Yang Tetap Kembali

Empayar Utama - Tuesday, September 11, 2012 : 13 comments

Salam Merdeka Raya. Dah lepas tiga minggu raya baru sempat bercerita. Mood blogging pun ada sikit ke laut. Tapi aku cuba cubalah cerita apa-apa yang patut sepanjang bulan puasa hingga raya minggu yang pertama. Itupun mana yang aku ingat je.

Tahun ni puasa aku agak sibuk dengan satu lagi part time - mengecat rumah. Aku pun heran
dalam banyak-banyak bulan; bulan puasa juga baru nak cat rumah. Dah le dua minggu pertama tu JB agak panas. Orang Terengganu kata 'panah deghing' agaknya cantuman bahasa omputeh yang dimelayukan - Panas yang 'daring'.

Ok, k, k... Yang atas tu gambar lama. Masa beli doblas taun dulu tak rupa camni. Tingkap semua takde sebab kena makan anai-anai. Pagar kelilingpun tak de bukan kena makan anai-anai tapi kena rembat dengan mat gian kot. Hehe pastu ada pokok tebu liar tumbuh kat tepi dah macam rumah berhantu. Lepas proses tukar nama siap, setahun juga kot ambik masa - aku repairlah mana yang patut. Makan setahun lagi juga sebab repair sendiri, dan cat sendiri. Jadi kiranya cat tu dah sepuluh tahun cenggitu. Gila ah, mana ada cat boleh tahan sampai sepuluh tahun. Haaa, inilah gambar terkini aku snap ngam-ngam sebelum puasa:

Ambik gambar lepas pulih dari kena cekau ngan ibu kucing. Pun ramai juga jiran-jiran kata 'memang macam rumah berhantu, serupa rumah tinggal je'.

Bulan posa ni masa terhad. Sebelum posa dulu tak de rasa nak mengecat, kenapa yea? Tapi sempat jugakle aku pos cerita pasal berbuka puasa hehehehe
kalau lom nengok pergi kat sini yea ^_^. Aku bagitau juga kat brader nasi lemak tu 'ulat daun pisang pun, agak-agaklah layur dulu ke, tak pun lap betul-betul bagi kering daun tu baru bungkus jual kat customer'.

Yang ini aku tak boleh tahan:

Cilok Gugel je..
Macam tau-tau aja aku nak cat tempat diorang menyorok kat tepi rumah tu. Terus bawak diri dengan anak-anak sekali diangkutnya. Aku tak halaupun. Tapikan, tiap hari datang mintak ikan...

Sekarang anak-anak kucing tu dah dekat dua bulan juga umurnya. Aku tak belapun. Dari 4 ekor tinggal 3 sebab kena langgar motor 3 hari lepas.
Haa inilah hasil kerja aku sepanjang bulan posa baru nih. Sori aaa kat tokey ICI, Dulux dan yang sewaktu dengannya sebab cat rumah aku tahan kulat sepuluh tahun hahahahahahahah.