Home » , » Wasiat Buat Isteri...

Wasiat Buat Isteri...

EmpayarUtama - Saturday, February 23, 2013 : 24 comments

Berat rasanya untuk aku menulis yang ini. Tapi siapa tahu jika aku yang akan pergi dahulu (Allah saja yang mengetahui).

Buat isteriku; oleh kerana kamu telah bergelar ibu, emak, mama, mami, ummi, bonda, atau apa saja panggilan dari anak-anak untuk seorang ibu; ada beberapa pesanan istimewa untukmu.
1. Tiada harta bertimbun, tiada emas berkepuk, tiada wang ringgit berkoyan yang dapat kutinggalkan - hanya teratak usang buat kamu dan anak-anak berteduh selain anak-anak penyambung zuriat yang akan mendoakan kita InsyaAllah.

2. Usahlah kamu membezakan anak-anakmu hanya kerana pangkat atau harta; hatta tahap pendidikan yang telah mereka capai. Begitu jua dengan cucu-cucu kamu (jika mereka beroleh zuriat insyaAllah)

3. Rapatkanlah tali silaturrahim sesama mereka hatta saudara terdekat mereka. Janganlah mencorak atau menjarak ikatan persaudaraan hungga pergaulan mereka menjadi renggang dek kerana perbezaan pencarian rezeki atau nafkah hidup.

4. Janganlah di antara anak-anak kita itu ada 'anak emas' yang sukar ditegur; jangan ada 'anak suruhan' yang dianggap hidup bekerja untuk kamu; jangan ada 'anak yang tidak dipercayai' sehingga sanggup memanggil orang lain untuk kamu walaupun anak berada di depan mata.

5. Setelah mereka berkahwin, lepaskanlah mereka bersama tanggungjawab baru mereka; usah anggap mereka masih lagi anak-anak kecil. Mereka juga ada tanggungjawab untuk sebuah keluarga; dan jika itu anak perempuan - fikirkanlah yang mereka juga akan menjadi seorang ibu, emak, mama, mami, ummi, bonda, atau apa saja panggilan dari anak-anak untuk seorang ibu; sama seperti kamu nanti.

6. Hargailah pengorbanan anak-anak serta menantu (jika mereka telah berkahwin) yang sedia menemani kamu bila keseorangan setelah tiadanya aku nanti.

7. Janganlah mengharap keajaiban berlaku di depan mata, sekelip mata bila apa yang kamu hajati dan ingini itu sebenarnya perlukan waktu untuk disedia dan disempurnakan.

8. Sebaiknya usah diperguna kuasa terhebat kepada anak-anak kita. Janganlah sesekali ungkap perkataan 'derhaka' itu hanya kerana sedikit tersinggung. Kita masing-masing berbuat kesilapan.

9. Dan yang paling penting; aku akui amal ibadatku amat kurang serta cetek berbanding kamu. Akan tetapi segala yang kamu lakukan selama ini janganlah dicampur aduk dengan prasangka yang menuju kepada syirik/khurafat. Percayalah kepada Allah Yang Esa; bukan kepada mereka yang menyengutukan Allah (Nauzubillah...)

Aku doakan yang terbaik untukmu, semoga kamu tabah; semoga hatimu berubah bila membaca tulisan ini atau setidak-tidaknya ianya disampaikan ke telingamu oleh mereka.






24 Comments

24 comments:

  1. Sub.sub..sub...sadis sungguh wasiat ni.Blog Empayar utama tak nak wasiatkan ke....hehehe...gurau je..

    ReplyDelete
  2. insyaAllah...semoga akak memahami..... mendidik dan menyayangi bro dan anak2 selamanya......

    ReplyDelete
  3. Bukan hanya untuk isterimu.. ingatan kepada saya juga, dan mak mak kat luar sana.

    ReplyDelete
  4. salam balas kunjugan...

    teima kasih atas pujian saudara.

    ReplyDelete
  5. Ketawa bersama, Menangis bersama...
    alamak tersedih la pulak baca wasiat untuk isteri ni...ingatan untuk semua yang bergelar wanita...

    ReplyDelete
  6. mana gambar isterinya?

    *jangan betulkan skrin anda... ;)

    ReplyDelete
  7. tetiba macam sebak . mesti lagi terharu si isteri tuuu .

    ReplyDelete
  8. jgn mcm tu..terasa sedih pula kak..kalau si isteri baca mesti dia terharu ni..

    ajal maut di tangan Tuhan
    tak sanggup kehilangan org tersayang.

    tapi kita kena hadapinya juga..kan

    ReplyDelete
  9. dalam maknanyer ni.. Ingatan untuk KA juga !

    ReplyDelete
  10. wasiat buat is3....pesanan buat semua yg bergelar is3.

    ReplyDelete
  11. Saya > sbgai sorg isteri... sangat memahami...
    Saya > sbgai sorg ibu... juga amat memahami...
    saya > seorg ank perempuan yg kini brgelar ibu & isteri lbih memahami...
    & andainya...
    "DIA" > sorg 'isteri' & 'ibu' andai dapat membaca tulisan ini & blh memahami... alangkah INDAHNYA....

    ReplyDelete
  12. wasiat yg sangat bermakna..kalau baca betul2 mmg tersentuh..

    ReplyDelete
  13. entry yg sungguh bermakna dan menyentuh perasaan

    ReplyDelete
  14. ko buat sendiri ke wasiat ni?hmm sadis gak ko ni ye, jiwa2 :P

    anyway thumbs up bro :)

    ReplyDelete
  15. maaf lambat balas, hmm...semoga apa yang dihajati diredhai dan dipermudahkan ke jalanNYA.

    ReplyDelete
  16. Terima kasih kepada yang sudi baca, beri pandangan seta teguran. Semoga perempuan jadi isteri yang solehah serta ibu yang baik insyaAllah.

    Saya belum sempat buat kunjungan balas nanti saya singgah satu persatu yea :)

    ReplyDelete
  17. [sms terakhir seorang Vat69]

    "Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna..

    Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah..

    Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara..

    Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia..

    Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya.."

    *jangan ditahan airmata itu andai kamu sebak membaca nukilan diatas.. sesungguhnya aku sendiri menangis membacanya..

    ReplyDelete
  18. https://letestallsimoffer.blogspot.com/2020/01/airtel-97tk-10gb4g-internet.html bb

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~