Home » , » Kasih Sayang Dijual Beli?

Kasih Sayang Dijual Beli?

EmpayarUtama - Tuesday, August 13, 2013 : 16 comments

Semalam hari raya kelima, maknanya dah lima hari juga aku kat kampung. Dan tiga empat tahun juga aku perasan makcik sebelah rumah merayakan Idilfitri bersendirian.

Malam raya nampak agak meriah; pagi raya pun begitu. Sekitar sebelas pagi akan muncul satu keluarga berkereta berziarah. Kemunculan mereka tidak lama, sekitar dua tiga jam sahaja sebelum berlalu pergi.
Maka setiap tahun jugalah makcik itu akan tinggal berseorangan sebaik pagi idilfitri kedua menjelma. Rumah kami bukan dekat sangat kerana jarak rumah kampung dalam sepelaung (sekitar 120 meter agaknya). Tapi oleh kerana tanah masing-masing agak bersih jadi aktiviri luar rumah dapat dilihat dengan jelas.

Dan adat berjiran, kami akan menghantar juadah raya ke beberapa rumah jiran terdekat di pagi ifdilfitri. Tahun ini aku berkesempatan untuk bersembang lama dengan makcik sebelah sewaktu menghantar juadah idilfitri. Makcik ni ibu tunggal warga emas dan ditemani salah seorang anaknya yang sudah berkeluarga. Tiap tahun, malam raya kedua anaknya yang ini sekeluarga akan ke kampung belah isteri untuk sambut raya di sana pula. Makcik ini juga punyai beberapa orang anak lagi (semuanya telah berkeluarga) yang masing-masing tinggal sekitar 1-2 jam perjalanan ke rumah makcik. Jadi malam raya mereka memang meriah, sama seperti keluarga lain jugalah kiranya. Kemeriahan itu hanya setakat hari raya pertama.

Lalu aku bertanya tentang satu keluarga yang saban tahun berziarah sekitar jam sebelas pagi. Menurut makcik, itu anak yang paling dekat jarak rumah berbanding anak-anaknya yang lain. Tak sampai sepuluh minit berkereta boleh sampai. Kerja kerajaan, sudah kematian suami, anak-anak semua sudah besar hanya tinggal seorang masih bersekolah rendah. Sajalah aku tanya - kenapa dia tak datang malam raya dan temankan makcik setidak-tidaknya hingga anak makcik yang memang duduk dengan makcik tu kembali dari kampung mertua?

Jawab makcik - dia sibuk.

Aku lelaki, dan aku tidak dapat selami hati nurani seorang perempuan. Baik makcik itu maupun anaknya yang kerja kerajaan tersebut. Anak anak yang lain tak sibuk ke? Tapi bila aku perhati raut wajah makcik tu, tiada bayang kesedihan.


Apakah masing-masing masih menyimpan sesuatu yang tidak terluah? Walaupun bersalam tangis di pagi Idilfitri...

Makcik tu sambung lagi - ni baju ni dialah belikan. Tahun ni makcik dapat dua pasang. Tak tahulah berapa harganya. Ada satu jubah tu harganya dekat seratus, pun dia belikan juga. Wajah makcik nampak ceria bila bercerita tentang itu.

Oh, oh, terus aku minta diri, bersalaman dengan makcik. Ya Allah ampunkan aku. Aku tak pernah terniat membeli kasih sayang seorang ibu walaupun men'sponsor' air bertong-tong, daging, ayam dan ketupat sempena Idilfitri saban tahun. Aku redha korbankan 'sepanjang lima hari raya' setiap kali Idilfitri bermula untuk temankan ibu tersayang yang keseorangan. 'Sepanjang lima hari raya' yang membolehkan isteri aku beraya ke rumah adik beradiknya serta rakan taulan; dan 'sepanjang lima hari raya' yang menceriakan anak-anakku bila mereka dapat beraya bersama kawan-kawan. Semua itu sanggup aku ketepikan dahulu.

Aku berharap isteriku peroleh yang lebih baik melalui anak-anakku (jika aku pergi dulu) berbanding makcik tadi.

Buat isteri, buat anak-anak; semoga kamu semua memahami...






16 Comments

16 comments:

  1. Tak mengapalah begitu, mungkin anak itu terlalu banyak tanggungjawabnya, hanya dapat dtg hr raya ke 2, tambah pula dia perempuan... Sedih baca entri ni. Arwah emak dah takde...tahun lepas meninggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam takziah dari kami.

      Sebetulnya anak itu hanya datang pada Hari Raya pertama sekitar jam 11 pagi (seperti tetamu, walhal itu rumah ibu kandung...) dan beransur pulang kadang kala tak sampai zuhur... setiap tahun. Saya pun sedih

      Delete
  2. Kalau sekali dua busy time raya biasa la kan, tapi kalau setiap tahun? Ya Allah.. I pun insaf kejap ni. Tapi kami tak mampu pun nak beli kasih sayang, nak beli tiket flight pun tak cukup ni hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha Selamat Hari Raya, tak balik ke tahun ni? Bab beli beli ni, saya memang beli je kuih raya

      Delete
  3. assalamualaikum..EU

    slmt hari raya :)

    mula2 baca rasa mcm nk sedih juga...tapi bila wajah makcik tu ceria dan x menunjukkan rasa sedih...mungkin mereka sekeluarga dah biasa dgn cara itu asalkan hati makcik tu rasa bahagia...okey laa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.

      Tu la pasal. Bak kata pepatah 'Alah bisa tegal biasa'. Hati orang manalah kita tau, kan. Kita kena bersangka baik je.

      Delete
  4. selamat hari raya EU...

    kadang2 kita nampak dia ceria, tapi dalam hati siapa tahu kan? lg2 time raya, mesti kita nak berkumpul anak beranak... kalo bukan hari raya, bila lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul hyz, bukan orang tua saja. Malah sesama adik beradik pun berharap itulah masa terbaik berkumpul semua ahli keluarga dalam suasana ceria.

      Selamat hari raya juga dari saya

      Delete
  5. saya punye cerita pulak....anak lelaki sulung dri 1 keluarga......setiap kali raya...x pernah dapat cium tangan ibu bapa saya di pagi raya sebab,setiap tahun pada malam raya terpaksa mengikut isteri balik ke kampungnya,kalau x balik ibu mentua saya x kan tegur saya sekeluarga.....dah lebih 10 tahun kami berkahwin begini lah setiap tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah meriah tu hehe gurau je. Kena pakat gilir-gilir selang tahun. Tapi yelah hati orang kita tak dapat jangka, tak dapat baca. macammana pun, selamat hari raya dari saya, semoga ceria selalu.

      Delete
  6. sedihnye cerita makcik tu.
    dalam hati die, mesti sebak kan...yelah org tua...
    mana nak tau perasaan dorang mcm mana...balik kg waktu hari raya je....

    Selamat Hari Raya EU,
    maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  7. Salaam Aidilfitri..

    pengorbanan seorang anak tidak perlu diwar-warkan.. tidak perlu dijaja.. cukuplah hanya Allah yang mengetahui.. hanya antara kita dengan Allah..

    apa itu kebahagiaan? sangat subjektif.. kebahagiaan itu telah lama berakhir.. lebih dua puluh tahun lalu.. apa yang dilalui kini hanyalah sekadar meneruskan sebuah kehidupan.. impian untuk diri sendiri tidak ada lagi.. apa yang tinggal hanyalah masa depan anak-anak..

    bersyukur kepada Allah.. jika kalian masih mempunyai keluarga yang lengkap.. mempunyai anak2 yang kecukupan kasih sayang kedua-dua ibu dan bapanya.. bersyukur jika kalian tidak berhadapan dengan anak2 yang tidak memberontak.. tidak memberi masalah.. atas keruntuhan sebuah rumahtangga ibu bapanya..

    dan bersyukur kerana Allah masih mengizinkan saya bernafas sehingga ke hari ini untuk saya menjalankan tanggungjawab ke atas sisa-sisa keluarga yang tinggal.. saya tidak punya harta berkoyan untuk diberi kepada sisa keluarga yang tinggal.. saya tidak punya kecukupan masa walau untuk diri sendiri pun.. jika ada 100 masa, 99 adalah untuk sisa keluarga yang ada.. dan hanya 1 untuk diri sendiri.. bersyukur kerana saya masih memiliki 2 tangan yang mampu menadah ke hadrat Illahi mendoakan kesejahteraan sisa keluarga yang tinggal itu.. semoga Allah sentiasa melindungi kalian..

    setiap insan ada masalah sendiri yang tak perlu nak dihebahkan kepada orang ramai.. cukuplah kepada Allah tempat mengadu kerana hanya DIA yang memahami.. hanya DIA sebaik-baik tempat mengadu..

    beratkah atau ringankah mata memandang? berat bahu memikul.. samakah seperti mata yang memandang? mereka melihat.. tahukah mereka apa yang tersirat di sebalik apa yang mereka lihat?

    wallahu'alam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri juga Rhea

      er, er, saya lari tajuk ke? Macam saya tulis kat atas - Hati orang manalah kita tau, kan. Kita kena bersangka baik je.

      Saya bukan pakar cuma yang saya tau Syurga di bawah tapak kaki ibu. Sekali ibu pernah luahkan perkataan 'derhaka' dan belum lagi menarik balik, kepada Tuhanlah kita berserah.

      Jika ada antara pembaca yang fikir 'belum sampai masanya' untuk berterus terang dengan ibu, ia jadi 'Anugerah Dendam Yang Terindah' di dunia; kita bukan Tuhan untuk tentukan 'bila masa itu'.

      Wallahu'alam, segala salah silap datangnya dari saya...

      Delete
    2. kehidupan seorang BALU (perempuan kematian suami) dengan kehidupan seorang JANDA (perempuan yang diceraikan suami) adalah dua perkara yang sangat BERBEZA..

      hanya yang melaluinya yang memahami.. wallahualam.

      Delete
  8. seronoknyer raya, done clik2 nuffng juga yer

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~