Home » » Takziah. Apa Yang Kita Buat?

Takziah. Apa Yang Kita Buat?

EmpayarUtama - Saturday, October 26, 2013 : 6 comments

Baru aja aku kongsi cerita pasal 'beri kepercayaan sebagai pencegahan awal' belah pagi; tak sampai doblas jam lepas tu berlaku kejadian buruk setelah apa yang kita percaya itu tak boleh dipercayai.

Aku ikuti perkembangan di internet dan walaupun agak lewat – kami sekeluarga ucap takziah kepada keluarga mangsa, semoga tabah hadapi dugaan ini.

Ermmm camana nak mula ya. Okeh aku bajet salah satu tempat kija aku. Syarikat percetakan sediakan 'perkhidmatan servis mencetak guna mesin' - dalam tugasan. Ada syarat/piawaian tertentu perlu dipatuhi hingga membolehkan syarikat guna mesin dan mesin tersebut boleh beroperasi.

Syarikat kawalan keselamatan sediakan 'perkhidmatan servis kawalan keselamatan guna manusia' - dalam tugasan. Samalah kan, pasti ada syarat/piawaian tertentu perlu dipatuhi hingga syarikat boleh guna manusia sebagai pengawal keselamatan (lebih-lebih lagi bersenjata) seterusnya boleh beroperasi/bertugas. Apa beza mesin dengan manusia?

Bila jadi kes, jalan singkat - batalkan lesen syarikat terbabit. Dah jadi baru ambil tindakan. Tapi hanya kat syarikat terbabit jelah.

Banyak belog bersuara pasal ni (bagaimana mencegah) bukannya tuding jari cari siapa salah atas perkara yang dah berlaku seperti BUASIR OTAK yang bertanya "Apakah langkah pencegahan yang korang rasa boleh dilakukan bagi mengelakkan kejadian api dalam sekam, duri dalam daging, musuh dalam selimut ini?"

Sebelum inipun banyak kupasan tentang pekerja dan syarikat kawalan keselamatan. Paling konsisten ialah Mazidul Akmal seawal bulan Mei 2009 lagi. Paling menarik minat aku ialah Cipan, Tapir & Tenuk (C++).

Kita dah nampak benda berlaku. Meragut nyawa. Takde ke kebarangkalian berlaku lagi; mungkin kepada syarikat kewangan lain, serta syarikat kawalan keselamatan lain? Apa langkah pencegahan seterusnya agar tak berulang?

Cadangan aku; batalkan dulu semua lesen syarikat kawalan keselamatan. Buka permohonan baru dan setelah semua langkah yang 'tepat dan betul' dipenuhi serta dipatuhi baru beri lesen. Laporan tiap tahun perlu untuk pembaharuan lesen (sama macam lesen mesin cetak sebelum dimansuhkan tahun lepas). Kita boleh kurangkan kecuaian jika ada kepada tahap paling minima, bukan tak ada terus.

Tapi, hahahahaha aku siapa?





6 Comments

6 comments:

  1. btol tu, bile dah jadi mcmni barulah nk buke mate, selame ini tak d fikirkan ker, malah telah d berikan peringatan maseh juge tdk mahu melakukan sesuatu... adekah ni sesuatu yg d sengajekan?

    satu pihak ambil jalan utk menyalahkan pihak yg lain, begitu juge dr pelbagai pihak? seolah-olah masing nak lepaskan diri dr tanggungjawab masing2....

    ini ker negara yg d katekan aman, sedangkan setiap hari semakin menjadi-jadi jenayah... hidup makin tertekan rakyat semakin dalam kebimbangan, pihak yg sepatutnye bertanggungjawab lepas tangan, jadilah rakyat yg hidup dalam keadaan hilang pertimbangan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes jenayah bersenjata (hingga bawa maut) di Malaysia dah jadi cerita harian biasa... kannn

      Delete
  2. hmmm....hmmm. FIrst of all takziah juga kepada keluarga mangsa. Actually kita kena tengok dari akar umbi, hal ehwal pekerja semua tu kena jaga. Mana berkesan kalau setakat hari ni jadi, esok gantung satu syarikat, pastu esok same thing again and again. That is just my opinion la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Mereka' yang 'di atas' lebih pandai. Kes sebegini bukan kes terpencil lagi sebab dah banyak sangat. Tapi iyalah 'mereka pandai'... kita siapa...

      Delete
  3. Replies
    1. Hahaha makasih Kak Kesuma Angsana. Tapikan, cerita ni jadi nasi basi je.

      Delete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~