Home » » Trauma

Trauma

EmpayarUtama - Monday, November 18, 2013 : 7 comments

Perghhh tujuh belas hari yang betul-betul buat aku trauma. Lepas kongsi cerita terakhir 1 Nov lepas (sambil ingatkan diri sendiri jangan sampai terlupa) semua PC yang ada kat rumah aku cuba upgrade sendiri kepada Windows 7. Rupa-rupanya bukan semua PC ngam untuk diupgrade. Kena tengok jenis dan memori juga rupanya.

Serabut jugalah bila ada yang hanya boleh pakai Premium; ada yang boleh pasang Ultimate; dan alhamdullillah aku berjaya juga settlekan PC yang sedia ada CDROM.

Masalah paling besar ngalahkan trauma 'Kelantan kalah bola' aritu ialah PC kesayangan yang aku rajin bawak ke sana ke mari - ACER Aspire ONE yang takdak CDROM. Jenuh mengcopy paste segala program Windows 7 dalam pendrive.

Pasang Windows 7 Premium tak stabil. Pasang Professional pun tak stabil. Last-last aku belasah duplicate 1 partition baru dan install Ultimate. Nampak cam oke tapi masalah baru pulak timbul - Kotak komen kat belog tak keluar; keyboard tak berfungsi langsung dan loading macam siput. Aku keluarkan dulu beberapa widget yang boleh jadi penyebab loading lambat (cam beberapa scripts dan shoutbox). Aku cuba ikut segala tutorial yang pakcik gugel ajar, satupun tak menjadi. Aku dah salin sebijik cam belog demo - tak jadi juga. Pasang external keyboard pun Windows tak boleh install...

Hampagastullah sampai ada yang marah kata aku sengaja tutup kotak komen dan tak professional. Ni aku buat cerita ni sebab PC dah oke sikit dan aku baru lepas pasang shoutbox semula. Itu yang nampak ada komen marah tu :)

Untuk makluman pembaca yang baru kenal belog aku dan baru baca beberapa cerita; bacalah resume/biodata yang aku kongsikan pada 15 Mac, 2012. Tak pun baca cerita yang lebih lama pada 12 April, 2011. Alaaa, bukan banyak cerita pun.

Sebab itulah masa berblogging aku sangat terhad dan aku tak malu gelar diri blogger suka-suka jer. Tapi aku memang harap sangat belog ini akan ada walaupun aku dah tak ada. Segala perkongsian cerita biar berlandaskan fakta dan perlu ada rujukan sebenar untuk paparan cerita. Nanti orang kata aku mereka-reka cerita yang tak betul (sebab tak ada bukti pembelian; yang ini pun ada yang marah tau). Sebab tu lah aku selalu tulis yang aku harap segala cerita akan jadi ilmu (panduan) kalau tidak - jadi bahan bacaan ringan sajalah...

Aku kongsi cerita ini pun selepas puas hati semua yang ada dalam belog dapat dipapar keluar walaupun kalau korang perasan masih ada yang tak betul/siap lagi, antaranya :


Butang arrow berulang/berlapis


Header komen berulang serta jarak agak besar di bawah kotak komen


Tapi prinsip aku, kita bersangka baik sajalah :)


Kemaskini 20/11/2013 : Alhamdulillah nampaknya macam dah berjaya selesaikan 3 problem atas tu pukul 4.45 petang tadi. Yeay rasa nak lompat-lompat gumbira hahahahahah :)




7 Comments

7 comments:

  1. Hai ni terlbih rajin godek2 ni...tkpelh godek2 tu pun tmbh ilmu juga...hai kalau knor yg godek mau tk jumpa dh..mau tk berfungsi lgsung..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cuba upgrade sendiri Win XP kepada Windows 7. Banyak juga benda baru yang saya dapat masa proses tu hehe :)

      Delete
  2. saya pernah trauma yg lebih dasyat. lepas habis karang part final dari 4 part novel saya, komputer kena virus. part final hilang. meninggalkan 3 part tanpa ending. saya cuba karang lagi sekali, tapi fail. tak dapat ilham seperti mula-mula. sampai sekarang, saya trauma nak karang novel. entahlah. so novel tu pon terperap, tak bersentuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesiannya Cik Gee. Apa kata buat kontes 'siapkan suku terakhir novel' mana tau ada idea pembaca yang lebih kurang sama dengan skrip asal part final yang hilang tu :)

      Delete
  3. sesekali diuji dengan kerenah blog ada juga baiknya. kita dapat belajar sesuatu yg baru.

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~