Suasana Di Stesen Bas Kisah Seram UUM: The Untold Story Bertuah Punya Cabutan Bertuah!!! Alamak Nazir Datang Melawat Aku Tak Mampu Menahannya... Kesabaran Dan Kejujuran Diri (Teknik Belajar Menipu ^_^) Koleksi Gambar-Gambar Panas
Cerita Yang Jarang Terkini :

Pencerahan? Awan Itu Kadang Kadang Kelabu

Empayar Utama - Sunday, September 29, 2013 : 6 comments

Cerita kali ni bukan nak mencerahkan awan tapi hanya untuk jelaskan tentang para sponsor yang turut dipromosi dalam kontest atau GA (ringkasnya SEGMEN) oleh penganjur.

Kebiasaannya link mereka turut dipamer dalam entri segmen. Ini adalah pandangan peribadi dan aku fikir mungkin berguna jika berkongsi.

Jika mana-mana segmen dapat sambutan hatta daripada 10 pengguna lain sekalipun; maka link sponsor ini secara otomatik turut dipromosi oleh para peserta.

Agak rugi kepada sebelah pihak bila tiada situasi menang-menang ('win-win situation'). Sebab itu bila aku lawat link-link penaja; memang tak semua tolong promosi segmen yang ditaja. Takkanlah tak boleh tegur... Pandangan aku - bila kita bersetuju menaja dan orang yang ditaja telah buat sebaik mungkin untuk promosi link kita; apa salahnya jika kita juga promosikan apa yang kita taja. Tidak akan wujud konflik 'nanti penaja pulak yang akan menang' jika sponsor tidak hantar link entri kepada penganjur.

Selain itu, bila 'coding link' diberi - pastikan segala yang berkaitan dengan segmen dipapar ikut kesesuaian belog. Tak semestinya ambil bulat-bulat apa yang diberi kerana itu hanya ASAS kelayakan penyertaan. Boleh tambah perencah sesedap rasa agar apa yang dikongsikan jadi lebih menarik. Tapi ia jadi syarat kemestian bila dinyatakan dalam syarat-syarat penyertaan. Contohnya (Aku ambil contoh segmen Ayie Abas):


Baca syarat penyertaan No. 4 dan No. 5

Oleh itu dalam contoh segmen terbaru yang aku tolong promot; tak jadi masalah jika KhirKarya (kalaupun dengan sengaja) tidak dapat masukkan coding link yang diberi; asalkan link entri segmen dihantar ke tempat sepatutnya.
Apa perasaan sponsor bila SEMUA peserta mana-mana segmen langsung tidak selitkan senarai penaja (bila tidak disyaratkan untuk berbuat demikian)? Jujurlah...

Teringat pula cerita pasal jujur.
Ini 'screenshot' cerita Jujurlah Padaku.... Bacaan penuh tekan je link tu :


Ini pulak 'screenshot' cerita Jujur... Aku Dayus. Kalau nak baca keseluruhan cerita kena tekan link ya :

Alamak, kesian Kakzakie terpaksa komen kat belog demo. Belog tu belum siap sepenuhnya...


Walaupun belog rojak, aku memang harap apa yang dikongsikan boleh jadi ilmu (untuk aku belajar juga). Berkias sikit-sikit. Jika tidak, jadi bahan bacaan ringan saja pun takpe. Air yang keruh kita jernihkan, mintak maaf ya semua pembaca. Hidup kena ceria :)


Selamat Ulang Tahun Ieta

Empayar Utama - Saturday, September 28, 2013 : 27 comments

Ini merupakan segmen ketujuh yang aku tolong promot. Harap-harap ianya berjaya bantu blog kawan-kawan se'maya' yang ada dalam cerita ini. Aku tolong support hingga 28 September 2013.

MINI GIVEAWAY BIRTHDAY ieta ini terbuka kepada semua rakan blogger. Semua dijemput menyertainya hingga
ia ditutup pada 28 September 2013 jam 11.59 malam.
GIVEAWAY BIRTHDAY ieta, MINI GIVEAWAY

Syarat-syarat penyertaan :
  1. Perlu Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ para sponsor yang tersenarai.
  2. Buatlah satu entri bertajuk MINI GIVEAWAY BIRTHDAY ieta dan publishkan entri tersebut setelah meletak coding entri yang disediakan
  3. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Senarai sponsor :
Ieta | Fanpage | Google+
Potia | Fanpage | Google+
Cik Yaya | Fanpage | Google+
Mama | Fanpage | Google+
MummyDarwishesAltafunnisa
Hannoon Setia Alam | Fanpage
Mizi | Google+

Senarai hadiah :
5x Voucher Discount makanan Arab
1 x Topup RM30
6 x Topup RM 10
3x Button Badge
3 x Keychain Comel Paper clip comel

Jom support dan meriahkan Blog ieta. Sertai MINI GIVEAWAY BIRTHDAY ieta dengan klik banner di atas...

Ada dua benda aku nak tambah. Pertamanya tak silap aku sesiapa yang berminat nak jadi sponsor masih boleh kot dengan menghubungi ieta. Jadi kena rajin jengah entri MINI GIVEAWAY BIRTHDAY ieta takut-takut ada update baru dalam senarai sponsor. Kang tak pasal-pasal penyertaan terbatal sebab 'follow'/'like'/'add' tak lengkap.

Keduanya (jangan ambil hati, aku berterus terang ni) setakat cerita ini dikongsikan [2 Sept 2013 @ 3.40pm]; tak semua sponsor beri sokongan kepada ieta. Tapi entri segmen atau GA lain ada pula. ieta sendiri yang akan menilai pemenang dan rasanya tiada konflik di situ.

Sebelum lupa - Selamat Ulang Tahun ieta semoga panjang umur, dikurniakan kesihatan, dimurahkan rezeki dan gembira bersama mereka yang tersayang. Semoga ulangtahun kali ini amat bermakna :)

Terbaik Bukan Terbaik

Empayar Utama - Friday, September 27, 2013 : No comments

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah belog rojak, meh buat ulasan sukan pulak.

Aku nak ulas badminton atau lebih terperinci lagi perbandingan prestasi antara Datuk Lee Chong Wei (Chong Wei) dengan Lin Dan.
Sepanjang tahun ini (setakat 26.9.2013) Chong Wei berada pada kedudukan pertama dengan 8 kejohanan disertai manakala Lin Dan berada pada kedudukan ke 98 dengan hanya 2 kejohanan. Perbandingan umur - Chong Wei (lahir pada 21.10.1982) hanya tua setahun berbanding Lin Dan yang lahir pada 14.10.1983.

Lin Dan pernah menduduki ranking pertama pada tahun 2006; pemain pertama menang lima kejuaraan; pemain pertama mengekalkan kejuaraan Olimpik; nadi kepada China memegang Piala Thomas lima tahun berturut-turut; kerja berpasukan (suka-suka tarik diri untuk beri laluan kepada rakan sepasukan) Contohnya di kejohanan Li Ning China Masters 2012 - Du Pengyu yang menang kesemua 3 perlawanan sebelumnya beri laluan kepada Chen Long untuk muncul juara sementara Lin Dan tarik diri. Di kejohanan Badminton Asia Championships 2013; beri laluan kepada Wang Zhengming di suku akhir untuk bertemu Du Pengyu walaupun Lin Dan sebelum itu sudah menang 3 perlawanan pertama dan akhirnya Du Pengyu muncul juara.

Oleh kerana rankingnya tak bagus; Lin Dan tetap muncul juara BWF World Championships 2013 walaupun masuk atas tiket wild card.

Mari tengok semua rekod kejohanan yang disertai kedua-dua pemain :


1. Terbuka Malaysia 2001 - Chong Wei gagal di pusingan kelayakan manakala Lin Dan berjaya ke suku akhir (tewas kepada Ong Ewe Hock)
2. Terbuka Singapura 2001 - Chong Wei gagal di pusingan pertama; Lin Dan pula tewas di pusingan kedua (kepada Bao Cunlai)
3. Badminton Asia 2001 - Cong Wei berjaya ke pusingan kedua tetapi Lin Dan mara ke final (tewas kepada Xia Xuanze)

4. Korea Open 2002 - Chong Wei gagal di pusingan pertama; Lin Dan juara
5. Japan Open 2002 - Chong Wei gagal di pusingan pertama; Lin Dan pula gagal di pusingan ketiga
6. Indonesia Open 2002 - Chong Wei gagal di pusingan kedua; Lin Dan gagal di pusingan pertama
7. China Open 2002 - kedua-duanya gagal di pusingan kedua

8. Yonex All England Open 2003 - Chong Wei gagal di pusingan pertama; Lin Dan gagal di pusingan kedua
9. YONEX-SUNRISE SINGAPORE OPEN 2003 - Chong Wei gagal di pusingan kedua; Lin Dan berjaya ke separuh akhir
10. SANYO INDONESIA OPEN 2003 - masing-masing setakat ke pusingan ketiga
11. PROTON EON MALAYSIA OPEN 2003 - Lin Dan hanya ke pusingan kedua; Chong Wei berjaya ke final (tewas kepada Chen Hong)
12. DENMARK OPEN 2003 - Chong Wei sangkut di suku akhir; Lin Dan juara
13. CHINA OPEN 2003 - Chong Wei hanya ke pusingan ketiga; Lin Dan juara

14. TUC Asia Preliminaries 2004 Piala Thomas - Ini pertemuan peribadi sulung mereka dan Chong Wei tewas
15. YONEX OPEN JAPAN 2004 - Chong Wei gagal di pusingan pertama; Lin Dan mara ke final (tewas kepada Bao Chunlai)
16. Proton-Eon MALAYSIA OPEN 2004 - Lin Dan gagal di suku akhir; Chong Wei juara
17. OLYMPIC GAMES 2004 - Lin Dan gagal di pusingan pertama; Chong Wei gagal di pisungan kedua
18. CHINA OPEN 2004 - Chong Wei gagal di pusingan pertama; Lin Dan juara
19. DJARUM INDONESIA OPEN 2004 - Chong Wei tewas di suku akhir; Lin Dan tewas di separuh akhir

20. YONEX GERMAN OPEN 2005 - Chong Wei gagal di separuh akhir; Lin Dan juara
21. YONEX ALL ENGLAND OPEN 2005 - Chong Wei gagal di separuh akhir; Lin Dan mara ke final (tewas kepada Chen Hong)
22. YONEX OPEN JAPAN 2005 - Chong Wei gagal di suku akhir; Lin Dan juara
23. SINGAPORE OPEN 2005 - Chong Wei gagal di pusingan ketiga; Lin Dan ke separuh akhir
24. PROTON MALAYSIA OPEN 2005 - pertemuan kedua mereka dan Chong Wei juara
25. 2005 World Championships - Chong Wei gagal di separuh akhir; Lin Dan mara ke final (tewas kepada Taufik Hidayat)
26. Yonex Sunrise Hong Kong Badminon Championship 2005 - pertemuan ketiga kali ini di separuh akhir; Lin Dan menang dan muncul juara

27. YONEX ALL ENGLAND OPEN 2006 - pertemuan keempat juga di separuh akhir; Lin Dan menang dan muncul juara
28. MALAYSIA OPEN 2006 - pertemuan kelima kali ini di final; Chong Wei muncul juara
29. CHINESE TAIPEI OPEN 2006 - pertemuan keenam kali ini di final; Lin Dan menang dan muncul juara
30. Macau Open Championship 2006 - pertemuan ketujuh juga di final; Lin Dan menang dan muncul juara
31. Hong Kong Open 2006 - pertemuan kelapan di final; Lin Dan menang dan muncul juara
32. 2006 World Championships - Chong Wei setakat ke suku akhir manakala Lin Dan juara
33. Yonex Japan Open 2006 - Chong Wei terkandas di separuh aklhir manakala Lin Dan juara (tewaskan Taufik Hidayat)

34. Proton Malaysia Super Series 2007 - Lin Dan mara ke pusingan kedua, Chong Wei pula ke suku akhir
35. Yonex Korea Open Super Series 2007 - Chong Wei ke suku akhir, Lin Dan pula juara
36. Yonex All England Open 2007 - Chong Wei ke suku akhir, Lin Dan juara
37. Wilson Badminton Swiss Open 07 - Chong Wei sangkut pusingan pertama, Lin Dan mara ke separuh akhir
38. Aviva Open Singapore Super Series 2007 - Chong Wei setakat pusingan pertama, Lin Dan ke suku akhir
39. Sudirman Cup 2007- dalam kumpulan A - Lin Dan tewas kepada Chong Wei (pertemuan kesembilan)
40. China Masters SS 2007 - pertemuan kesepuluh kali ini di separuh akhir; Lin Dan menang dan muncul juara
41. 2007 World Championships - Chong Wei setakat ke pusingan ketiga; Lin Dan juara
42. YONEX OPEN JAPAN SUPER SERIES 2007 - pertemuan kesebelas juga di separuh akhir. Chong Wei menang dan juara
43. DENMARK SUPER SERIES 2007 - Chong Wei tersekat di separuh akhir di tangan Bao Chunlai; Lin Dan juara
44. FRENCH SUPER SERIES 2007 - Lin Dan pula tersekat di separuh akhir di tangan Bao Chunlai; Chong Wei pula juara
45. CHINA OPEN SUPER SERIES 2007 - Lin Dan setakat ke pusingan pertama; Chong Wei ke final (tewas kepada Bao Chunlai)
46. HONG KONG SUPER SERIES 2007 - pertemuan kedua belas di final; Lin Dan juara

47. YONEX KOREA SUPER SERIES 2008- Chong Wei sangkut di pusingan kedua; Lin Dan ke final (tewas kepada LEE Hyun Il)
48. Yonex All England Open Super Series 2008 - Chong Wei mara ke separuh akhir tetapi tewas kepada Chen Jin; Lin Dan ke final tapi Chen Jin juara
49. WILSON SWISS SUPER SERIES 2008- pertemuan ketiga belas di final; Lin Dan juara
50. Yonex-Sunrise Badminton Asia Championships 2008- Chong Wei tersekat di pusingan ketiga; Lin Dan ke separuh akhir (tewas kepada Chen Jin)
51. Thomas Cup 2008 - pertemuan peribadi keempat belas di mana Chong Wei menang
52. Olympics 2008 - pertemuan kelima belas di final; Lin Dan juara
53. CHINA MASTERS SUPER SERIES 2008 - kedua-dua menarik diri seawal pusingan pertama
54. LI NING CHINA OPEN SUPER SERIES 2008 - pertemuan keenam belas di final; Lin Dan juara
55. YONEX SUNRISE HONG KONG SUPER SERIES 2008 - Chong Wei tarik diri seawal pusingan pertama; Lin Dan ke final (tewas kepada Chen Jin)

Senarai 2008 di atas menyaksikan Lin Dan tewas 3 kali di tangan Chen Jin (sengaja tewas?)

56. Yonex All England Open Super Series 2009 - pertemuan ketujuh belas di final; Lin Dan juara setelah separuh akhir diberi laluan oleh Chen Jin tanpa tamatkan perlawanan set kedua
57. WILSON SWISS SUPER SERIES 2009 - pertemuan kelapan belas di final; Chong Wei muncul juara
58. LI NING 2009 SUDIRMAN CUP - pertemuan kesembilan belas di final; Lin Dan muncul juara
59. DJARUM INDONESIA SUPER SERIES 2009 - Lin Dan tersekat di suku akhir kepada Chen Jin; Chong Wei muncul juara
60. Yonex Sunrise BWF World Championships 2009 - Chong Wei pula tersekat di suku akhir; Lin Dan muncul juara tewaskan Chen Jin
61. LI NING CHINA MASTERS SUPER SERIES 2009 - pertemuan kedua puluh di mana Chong Wei tewas kepada Lin Dan di separuh akhir; Lin Dan muncul juara
62. CHINA SUPER SERIES 2009 - Chong Wei sangkut seawal pusingan pertama; Lin Dan juara (2 pusingan awal saksikan Lin Dan, Bao Chun Lai dan Chen Long beradu sesama sendiri dan laluan diberi kepada Lin Dan)

Senarai 2009 di atas kelihatan seperti Chen Jin beri laluan 2 kali kepada Lin Dan. Dalam kejohanan World Championships seolah-olah mereka beradu sesama sendiri. Akhirnya kedudukan ranking berubah pada 8/10/2009 : Lin Dan berada di kedudukan 2; Chen Jin 4; Bao Chunlai 15; Chen Long 17; Du Pengyu 39; Gong Weiji 43; Lu Yi 50.

63. ALL ENGLAND SUPER SERIES 2010 - Lin Dan (rank 2) hanya ke suku akhir (tewas kepada Bao Chunlai (rank 6)). Chong Wei muncul juara
64. PROTON-BWF THOMAS UBER CUP FINALS 2010 (KUALA LUMPUR) - pertemuan peribadi kedua puluh satu di mana Lin Dan muncul juara
65. YONEX BWF WORLD CHAMPIONSHIPS 2010 - kedua-dua sangkut di suku akhir kepada lawan berbeza
66. JAPAN SUPER SERIES 2010 - pertemuan kedua puluh dua; Chong Wei muncul juara di final
67. YONEX-SUNRISE Hong Kong Open Super Series 2010 - Lin Dan (rank 4) tarik diri di suku akhir. Begitu juga Chen Jin (rank 6) di suku akhir (adakah kerana ingin beri laluan untuk ranking lebih baik kepada Chen Long yang berjaya ke separuh akhir? Chen Long waktu itu berada di ranking ke 7. Chong Wei muncul juara tewaskan Taufik Hidayat

68. PROTON Malaysia Open 2011 - di suku akhir, seolah-ola Lin Dan beri kemenangan percuma kepada Chen Long (selesa di kedudukan ranking 3) untuk mara setelah lihat Chen Jin (rank 4) tewas di pusingan kedua; tapi Chen Long tewas di separuh akhir kepada Chong Wei. Chong Wei akhirnya muncul juara
69. VICTOR Korea Open 2011 - pemain qualifier; Wang Zhengming (rank 43) seperti diberi laluan mudah oleh Chen Jin (rank 5) untuk ke suku akhir; manakala Du Pengyu (rank 11) juga seperti diberi laluan mudah oleh Bao Chunlai (rank 9) untuk ke suku akhir. Du Pengyu tewas kepada Chong Wei di separuh akhir. Ini pertemuan peribadi kedua puluh tiga; Lin Dan muncul juara di final
70. YONEX All England Open 2011 - pertemuan kedua puluh empat di final; Chong Wei muncul juara
71. 2011 Double Star BWF Sudirman Cup - berpasukan tetapi Chong Wei dan Lin Dan tidak bertemu
72. DJARUM Indonesia Open 2011 - menarik bila lihat seolah-olah Du Pengyu benarkan Chen Long menentang Chong Wei di separuh akhir manakala kumpulan bawah - Lin Dan seperti mengharap Chen Jin juga mara ke separuh akhir setelah Taufik Hidayat menafikan Bao Chunlai di pusingan kedua. Chong Wei muncul juara
73. Yonex BWF World Championships 2011 - pertemuan peribadi kedua puluh lima di final; Lin Dan muncul juara
74. YONEX Open Japan 2011 - kumpulan bawah saksikan 4 wakil China hingga Lin Dan sepertinya beri kemenangan percuma kepada Chen Long untuk bertemu Chong Wei di final. Chen Long berjaya muncul juara
75. Yonex Denmark Open 2011 - sama seperti Terbuka Jepun; kumpulan bawah - Lin Dan sepertinya beri laluan kepada Chen Long yang telah berjaya ke suku akhir. Apa yang berlaku hingga Chen Long dapat kemenangan percuma dari Jan O Jorgensen (Denmark) untuk terus ke final dan akhirnya menewaskan Chong Wei
76. Yonex Badminton French Open 2011 - Lin Dan tewaskan Chen Jin untuk ke separuh akhir tetapi tidak teruskan perlawanan dan terhenti di separuh akhir. Mungkin kerana di kumpulan atas; Chen Long selesa diberi kemenagan percuma oleh Wang Zhengming untuk ke satu lagi perlawanan separuh akhir dan mengharap Chen Long berjaya tewaskan Chong Wei di final. Chong Wei muncul juara
77. Yonex Sunrise Hong Kong Open 2011 - pertemuan kedua puluh enam di mana Lin Dan menang di separuh akhir dan muncul juara tewaskan Chen Jin yang sebelumnya berjaya kalahkan Chen Long di satu lagi perlawanan separuh akhir
78. Li Ning China Open 2011 - seperti Chen Long pula diberi laluan oleh Chen Jin dan Wang Zheiming untuk mara ke separuh akhir. Ini pertemuan kedua puluh tujuh dimana Lin Dan menang di separuh akhir, Lin Dan muncul juara setelah tewaskan Chen Long
79. Li Ning BWF World Superseries Finals 2011 - Chen Long pula berjaya tewaskan Chong Wei di separuh akhir tetapi Lin Dan muncul juara

80. Victor Korea Open 2012 - pertemuan kedua puluh lapan di final; Chong Wei muncul juara
81. MAYBANK Malaysia Open Presented by PROTON - Pandangan aku : Melihat Chen Long berjaya ke suku akhir dan pasti menentang Chong Wei di separuh akhir nanti; dan setelah melihat Chen Jin tidak perlu bersusah payah untuk ke suku akhir; Lin Dan memaksa Jan O Jorgensen (Denmark) untuk bermain 3 set agar Chen Jin mudah lepas ke separuh akhir. Tetapi kedua-dua mereka (Chen Long dan Chen Jin) tersangkut di separuh akhir. Chong Wei muncul juara
82. YONEX All England Open Badminton Championships 2012 - pertemuan peribadi ke duapuluh sembilan dimana lin danmenang di akhir
83. Badminton World Federation 2012 Thomas - Chong Wei dan Lin Dan tidak bertemu kerana Chong Wei cedera di peringkat kumpulan lagi
84. 2012 Olympics- pertemuan peribadi ketiga puluh di final; Lin Dan muncul juara

85. BWF World Championships 2013 - pertemuan ketiga puluh satu di final; Lin Dan muncul juara

Kedudukan terkini ranking pemain China setakat 26/9/2013: Chen Long 2; Du Pengyu 3; Wang Zhengmin 9; Gao Huan 21; Chen Yuekun 30; Chen Jin 64; Lin Dan 98


Berdasar senarai kejohanan di atas yang disertai kedua-dua pemain, kita lihat ringkasan keputusan pula.

Jumlah kejohanan yang melibatkan kedua-dua pemain : 85
Jumlah kejuaraan Chong Wei dari 85 kejohanan ini : 15
(2004 : 1; 2005 : 1; 2006 : 1; 2007: 2; 2009 : 2; 2010 : 2; 2011 : 4;
2012 : 2)
Jumlah kejuaraan Lin Dan dari 85 kejohanan ini : 35
(2002 : 1; 2003 : 2; 2004 : 1; 2005 : 3; 2006 : 6; 2007 : 6;
2008 : 3; 2009 : 5; 2011 : 5; 2012 : 2; 2013 : 1)

Jumlah pertembungan kedua-dua pemain : 31
Jumlah Chong Wei menang melalui pertembungan : 9
Jumlah Lin Dan menang melalui pertembungan : 22

Jumlah pertembungan melalui pasukan : 4
(Piala Thomas 2 dan Piala Sudirman 2)
Chong Wei menang dari pertembungan ini : 1
Lin Dan menang dari pertembungan ini : 3

Jumlah pertembungan mereka di separuh akhir : 7
Chong Wei menang dalam pertembungan separuh akhir : 1
Lin Dan menang dalam pertembungan separuh akhir : 6

Jumlah pertembungan mereka di final : 20
Chong Wei muncul juara dalam pertembungan final : 7
Lin Dan muncul juara dalam pertembungan final : 13
Sumber maklumat : www.bwfbadminton.org

Apa yang aku boleh rumuskan setelah buat perbandingan kejohanan yang mereka sama-sama harungi dari tahun 2001:

Pada pandangan aku Lin Dan berada 3 tahap lebih tinggi dari Chong Wei (2 tahap di atas Chong Wei merupakan 'gap' yang tidak dapat diisi oleh mana-mana pemain). Dia tidak perlu sertai banyak kejohanan dalam setahun kerana tidak kejar ranking peribadi. Lin Dan dan rakan-rakan bekerja sepasukan (seperti pemandu team Formula 1) yang bukan mengejar kejuaraan individu tetapi menyokong satu sama lain dalam perbaiki ranking untuk kejohanan-kejohanan seterusnya. Mereka jadi pasukan hebat di mana Lin Dan sebagai 'key player' diikuti Chen Jin dalam pastikan kedudukan rakan lain tidak tercicir jauh.

Lagi satu - setiap 6 bulan kita boleh lihat mereka punyai sekurang-kurangnya 4 pemain terbaik yang mampu isi slot 5 terbaik dunia (Lin Dan, Cheng Jin, Bao Chunlai, Chen Long). Pada masa yang sama mereka mampu sediakan 2-3 pemain terbaik untuk ganti 2-3 kedudukan slot sedia ada seperti Du Pengyu, Wang Zhengmin, Gao Huan. Kitaran ini tidak akan berhenti dengan kemunculan beberapa lagi pelapis terbaik seperti Chun Yuekun, Tian Houwei, Qiao Bin, Song Xue, Kai Guo, antaranya. Mereka 'enjoy' bermain di samping pastikan slot-slot terbaik dunia tidak dicuri oleh pemain negara lain. Dalam tempoh 3 tahun, jika tak bagus mereka kena singkir. Lihatlah mana ada lagi nama-nama seperti Gong Weiji, Lu Yi, Zhou Wenlong, Wen Kai, Lu Qi Chang, Qin Yan Bo?

Manakala kita hanya ada Datuk Lee Chong Wei yang dikerah untuk pastikan ranking nombor satu dunia kekal milik Malaysia. (Bukan aku tak bangga, aku bangga sebab tu abadikan cerita ni dalam belog. Tapi sampai bila?) Melihat kembali 5 tahun ke belakang - tidak ada pemain lain dapat bantu sekurang-kurangnya berada di kedudukan 5 terbaik dunia. Nama-nama seperti Darren Liew, Chong Wei Feng, Tan Chun Seng, Mohamad Arif, Misbun Ramdan berjaya isi slot 50 terbaik berdasar jumlah penyertaan kejohanan. Begitu juga dengan Goh Soon Huat, Iskandar Zulkarnain, Zulfadli yang masih berada dalam kelompok 100 dunia. Mereka tidak dapat bantu sesama sendiri dalam perbaiki ranking, apatah lagi dengan keadaan pengurusan BAM yang entah bila boleh stabil...

Aduh, aku penatlah. Berenti dulu ^_^


Sekali Air Bah, Sekali Belog Kena Ubah Bahhhh

Empayar Utama - Wednesday, September 25, 2013 : 10 comments

Aduh terajin pulak buat cerita dua tiga menjak ni. Tapi blogwalking lom lagi. Malam ni boleh kot. Aaaaa sebelum tu; sapa-sapa yang belum dan berminat nak buat ucapan ulangtahun kat Cikgu ieta - sempat lagi. Masih ada lebih kurang 55 jam sebelum ia ditutup. Setakat ni dah 44 peserta dan dari jumlah tu 13 belum lengkap.
Semalam dapat emel dari ChurpChurp Malaysia beritahu program mereka berwajah baru sehari sebelumnya. Malam tadi baru sempat buka websitenya. Nampak ok jugalah sebab kesemuanya disusun mengikut segmen. Ada juga yang merumitkan terutamanya bila kita nak promot imej iklan kat belog. Sebelum ni aku letak kat sidebar di bawah iklan Nuff dan rasa agak mudah sebab kopipes je link imej yang sedia ada. Sekarang ni susah sikitle.

Bak kata pepatah, 'sekali air bah, sekali pasir berubah'. Jadi aku terpaksalah buang slider 'Belog Kengkawan' untuk ganti dengan iklan ChurpChurp. Kalau ada iklan 8Share aku tempek sekali kat situ. Rajin-rajinle jengah semua promosi yang ada tu ya :)

Buat abang kopi pasta; slider ini pun menarik juga. Tapi aku belum cuba letak dalam entri, setakat ni cuma letak kat sidebar jah. Takut konflik sebab kat sidebar saja sudah ada 6 jenis slider yang aku cuba (Carousel, ChurpChurp, Popular Posts, Recent Posts, Pelik, dan Trafik).


Kepada ieta; maaf jika ada apa-apa yang menyinggung hingga semua komen saya dipadam. Saya masih berhutang pencerahan berkenaan 'sponsor' nanti saya kongsi. Selamat ulangtahun ya :)

Jom Bela Air, Jangan Bela Hantu Air

Empayar Utama - Monday, September 23, 2013 : 2 comments

Heran betullah nengok akuarium orang lain jernih je airnya aku punya seminggu je dah bertukar hijau. Kedai jual ikan kata letak sikit arang tapi bertahan sekejap juga. Nanti kotor balik. Ishhh camana nak buat ni ya.

Parah ni kalau dua tiga minggu sekali nak kena tukar air. Dah le saiznya 3 kaki dah boleh buat kolam renang
Asyraaf dah tu; campur sikit rasa malas nak menukar air.

Akhirnya aku jumpa satu kaedah 'simple mimple' dan setakat ni dah sebulan airnya macam tu juga hahahahahahahah tak caya? Tengok bawah:





Waktu siang, agak silau dengan panas matahari

Agaknya guna enset cokia sebab tu gambar tak cantik

Cuba belah malam pulak, haaa 'clear' sikit. Kes malas nak ber'ipad' dan berkamera (lebih kurang)

Ikan Bandaraya pun pening tak de lumut nak dibersihkan...

Sori ikan tak banyak, 'test' lima ekor dulu takut mati pulak semuanya, naya je...
Singa Mengaum Di Pasaraya
Alamak ini Naga Air Raya Cina tahun lepas camana buleh masuk sini?


Ini haa rahsianya:

Aku belasah campak tawas sebesar kuku ibu jari tangan ke dalamnya. Perigi kat kampung (dahle tanah gambut...) jernih semacam je lepas segenggam tawas orang tua aku campak. Tapi jangan le harap magik atau keajaiban berlaku sekelip mata ya. Letak hari ni, esokle baru nampak sikit jernih. Lusa terus lutsinar.

Cubalah, ada bran...?

Haishhh... Pemalu Rupanya

Empayar Utama - Tuesday, September 17, 2013 : 10 comments

Ada beberapa perkara dalam berblogging yang mula jadi 'trend'. Tapi kat sini aku nak kongsi dua benda.

Pertamanya ialah 'Auto Publish Entry' maknanya tuan belog masih berblogging tapi bila buat entri kemudiannya di'set'kan untuk 'auto publish' pada masa-masa tertentu. Atau boleh tak kalau aku katakan belog hidup tapi tuan belog malu nak
berhadapan dengan pengomen (tapi mengharap entri 'auto publish' itu mendapat komen sebab tak sempat nak balas jejak atau buat 'blogwalking').

Tiap hari atau selang dua-tiga hari boleh buat entri tapi letak sebagai entri 'auto publish'; siap 'declare' bila dah senang nanti baru sambung balik berblog. Ishhh kalau macam tu orang cam aku (takat 'part timer' dan blogging suka-suka) yang cuma dapat berkongsi tak sampai 10 cerita sebulan nak jugalah isytihar semua cerita lepas ni sebagai entri 'auto publish'.

Kalau 1-2 entri hujung minggu tu, mungkin sebab balik kampung dan kat sana takde 'line' oklah kot. Itu tuan punya belog; kat bawah ni pula contoh pengomen yang tinggal jejak sambil tinggalkan 'link'. Agaknya malu juga sebab 'link' tu berkaitan dengan cerita tuan belog atau tak sesuai untuk budak bawah umur maka dia jadi 'Anon'.

Ini contoh pertama:


Dan ini pula contoh kedua:

Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka
Taman Merdeka



Buat tuan punya belog serta pengomen yang malu letak nama tapi tak malu-malu letak 'link' kat kotak komen hingga jadi 'spam'; simpanlah rasa malu tu jauh-jauh...