Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Masih Bersangka Baik

EmpayarUtama - Monday, March 31, 2014 : 1 comment

Banyak yang dapat kita belajar dari tragedi MH370. Sekurang-kurangnya kita tau sikit tentang beberapa sistem dalamannya; bagaimana negara-negara jiran (termasuk negara sendiri) mengesan sesuatu objek yang masuk dalam ruang udara negara; beberapa jabatan yang terlibat dalam pengendalian penerbangan; dan banyak lagilah walaupun tak terperinci.

Dalam banyak-banyak tu; ada juga yang kita semakin tak faham dan susah nak faham walaupun tak perlu nak lihat di luar kotak fikiran normal. Antaranya yang aku nampak :

1. Tragedi berlaku. Sudah ada kes. Tapi macam ada yang tertinggal dalam siasatan. Sistem pesawat, penumpang dan krew disiasat; apa yang dibawa tak disiasat. Ada laporan mengatakan beberapa kargo dalam pesawat dipantau oleh pihak lain. Kemungkinan itu ada jika beberapa pihak tidak mahu penghantaran kargo tersebut berjaya. Yang ini (siasatan kargo/muatan dalam pesawat) langsung tiada hebahan dari hari pertama tragedi. Aku fikir kena ambil kira juga segala kargo; pengirim serta urusan penghantaran hingga dimuat ke dalam pesawat.

2. Bila dilaporkan minyak pesawat boleh bertahan paling lama 7 jam selepas hilang dari radar; satu jarak diameter berpusat dari titik akhir dalam radar dibuat. Skop juga kecil setelah ada laporan 'pesawat mungkin berpatah balik'. Usaha pencarian bertumpu di laut. Mereka tinggalkan usaha pencarian di darat. Kemungkinan ada bila jarak diameter adalah termasuk daratan (di sini jelas sekali semenanjung).

Inmarsat juga menafikan pihaknya terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi". Jadi siapa yang buat kesimpulan tu? Dan sekarang nak cari kotak hitam di sana.

3. Lanjutan dari no. 2 - bila kemungkinan pesawat berpatah balik (atau U-turn untuk mendarat); tak taule sama ke tidak kalau buat perbandingan logik dengan kenderaan yang dipandu menurun bukit. Apa yang aku boleh fikirkan di sini ialah jarak diameter yang dibuat dalam no. 2 tadi juga semakin mengecil; jadi skopnya juga lebih kecil. Kenapa keperluan pencarian jadi terbalik (di mana skop pencarian semakin besar serta di luar logik asas diameter) ? Jika mereka boleh terima 'andaian' refuelling/pengisian minyak di udara atau pengisian minyak sewaktu pendaratan di sesuatu landasan persendirian (hingga satelit/radar langsung tak boleh kesan yang ini); kenapa 'mereka' tak boleh terima 'andaian' yang lebih logik/masuk akal?

4. Lanjutan dari no. 2 juga aku fikir masa kita semua dibuang untuk sesuatu pencarian yang sia-sia (atau masa itu sengaja dibuang untuk alih perhatian kita semua dan dalam masa yang sama - ada tugasan yang perlu diselesaikan oleh pihak tertentu tanpa perhatian masyarakat). Jadi, tak ada orang perasan.

Aku dah mula rasa bosan. Mungkin seminggu je lagi kot 'slide' berkenaan MH370 dipaparkan. Lepas tu berblog semula cam biasa. Rasanyalah...



Kambing Qurban Maulidur Rasul

EmpayarUtama - Sunday, March 16, 2014 : 3 comments

Dalam tempoh 6 bulan ke belakang; ada tak sapa-sapa tau isu dalam negara yang melibatkan 'belanja besar' yang tidak dilaporkan? Kongsi lar sama-sama. Bukan apa, aku tak fikir kita sanggup korbankan sebuah pesawat yang mahal (rasanya sebuah Boeing 777 lebih dari AS$200 juta).

Cuma nampak macam ada skrip untuk lengahkan sesuatu agar tidak bocor
dan alih pandangan kita semua agar terarah kepada satu benda jah.

Seminggu dah berlalu; mungkin belum cukup lagi masa agaknya untuk ejas sana sini. Jadi sekarang ni siasatan bertumpu kepada 'pilot' dan ahli keluarga... 'Pilot' yang cuti pada hari kejadian 'dipanggil untuk bertugas' (adakah kerana kepakaran beliau diperlukan untuk tugas sama ada buat penerbangan berisiko atau / serta mendaratkan pesawat di landasan yang agak pendek). Kenapa tak siasat siapa yang panggil beliau bertugas, kenapa pilih beliau; bukan 'pilot' lain untuk penerbangan tersebut?

Begitu juga salah seorang krew, Mohamad Hazrin Mohamed Hasnan - "He was supposed to be back on Sunday and fly off to Paris but he had to replace someone for that sector (China)"

Selain 'pilot' - Tan Size Hiang (antara krew) juga memiliki flight simulator di rumah. 'Pilot' saja yang kena siasat...

Lagi best - keluarga 'pilot' macam dah diberitahu awal-awal akan ada kunjungan dari pihak tertentu / tohmahan dalam 'game' ini jadi mereka sekeluarga keluar dari rumah ngam-ngam sehari sebelum kejadian. Tak pasal-pasal satu keluarga jadi kambing hitam. Macam dah ada skrip tersedia aja.

Berapa lama lagi masa untuk kami rakyat Malaysia perlu tahu perkara sebenar? Atau kami rakyat Malaysia tak akan dapat tahu apa-apa.



Penat nih nunggu...

Sedih, Sebak Setelah 72 Jam Berlalu

EmpayarUtama - Tuesday, March 11, 2014 : 3 comments

Tidak ada apa yang lebih; dapat aku sumbangkan seperti sebelumnya. Aku hanya melihat, mendengar dan berdoa agar satu keputusan yang terbaik dapat kita semua terima. Begitu juga hubungan baik antara kerajaan dengan negara-negara di mana rakyat mereka terlibat sama - China khususnya.
(Kredit gambar dari fuh.my)
Dan aku abadikan video ini di sini :


"MH370, we hope the radar can see you. If you copy, keep flying at your current height until you reach your destination. We'll clear the way for you. Everybody is more than happy to let you be the first to land. The sky is clear, with temperature in Beijing at five degrees Celsius, a little bit cold. Please wear your coats to keep warm. Remember to hug your family and friends after you disembark. They love you, they really do"

"MH370, kita harap radar dapat melihat kamu. Jika kamu dengar, teruskan penerbangan pada ketinggian kamu sekarang sehingga kamu tiba ke destinasi. Kami akan lapangkan laluan untuk kamu. Semua orang akan berbesar hati memberi kamu peluang mendarat terlebih dahulu. Langit cerah, dengan suhu di Beijing adalah lima darjah celsius, agak sejuk sedikit. Sila pakai kot kamu untuk panaskan badan. Jangan lupa dakap ahli keluarga serta sahabat setelah kamu turun. Mereka sayang kamu, benar-benar sayang kamu."


#MH370 ‪#‎prayforMH370‬ ‪#‎doakanMH370 #doauntukMH370 #malaysiaairlines #malaysia

Panas Melampau-lampau Dan Berjerebu La Pulak

EmpayarUtama - Thursday, March 6, 2014 : 6 comments

Lama tak sentuh blog. Yang betulnya aku belum dapat ejas ‘timing’ bila Johor ubah cuti untuk kerajaan dari Sabtu/Ahad kepada Jumaat/Sabtu. Sebelum masuk Januari 2014 lagi aku dah cuak dan jeles dengan masa. Kiranya sudah dua bulan lebih la ni ‘tuning lom betul lagi’.

Apa taknya; budak-budak ke rumah
‘baby-sitter’ lima hari seminggu (Senin hingga Jumaat). Yang bersekolah pula dari Ahad ke Khamis. Aku dan orang rumah kerja Senin hingga Jumaat. Cuti hari Sabtu dan Ahad.

Jadi masa sanggang aku hanya pada Sabtu dan Ahad. Dua budak ada kelas pada hari Sabtu 7.15 pagi hingga 1.00 tengahari. Transporternya bapak budakle. Dan hari minggu, Ahad - aku jadi ‘full time transporter’ sebab tak kerja tapi budak-budak sekolah. Van sekolah hanya ikut jadual ambil dan hantar dari rumah ‘baby sitter’ ke sekolah dan kembali ke rumah ‘baby sitter’. Dia tak dapat ejas tiap hari Ahad ke luar kawasan hingga ke rumah aku. Bukan masalah duit tapi jadual perjalanan van sekolah dia pula akan lari. Hambek ko. Takkan hari Ahad pun kena hantar budak-budak ke ‘baby sitter’? Dah kira 6 hari seminggu dah tu. Harga pun kira lain ler...


Jadi, duit bas sekolah tetap cam biasa sama cam tahun lepas cuma duit minyak aku bertambah setiap Ahad 4 kali sebulan. 6.40 pagi satu trip; 10.00 pagi satu trip; 11.30 pagi satu trip; 12.30 tengahari satu trip; 1.40 tengahari satu trip; 3.00 petang satu trip; 4.00 petang satu trip dan 6.30 petang satu trip lagi. Semuanya lapan trip untuk setiap hari Ahad saja. Banyak trip tu sebab ada yang sekolah agama belah pagi dan ada pula yang belah petang; ikut sesi sekolah kebangsaan/menengah diorang. Tiap satu trip tu pulak makan masa paling kurang setengah jam. Mau pengsan haku...

Itule rutin aku sepanjang 2 bulan lebih setakat ni. Senang cakap, selain kerja – tahun 2014 ni aku terlebih sibuk berbanding tahun sudah. Santai sekeluarga hanya pada Sabtu petang dan masa tu aku pulak yang nak berehat buang penat seminggu...

Entah bila hidup boleh kembali normal; ada yang cadangkan pindah ke negeri lain yang semua agensi/jabatan cuti hujung minggu jatuh pada hari yang sama (Sabtu/Ahad). Peninglah. Harap kengkawan semua dapat faham sebab apa belog terbengkalai sampai ranking Alexa mencanak-canak. Hati panas, ‘blur’ pun ada.


Errr, tajuk tu kena tak dengan cerita ni?