Home » » Fokus: Hilang Fokus

Fokus: Hilang Fokus

Empayar Utama - Friday, March 14, 2014 : No comments

Sebelum aku teruskan, aku mintak maaf awal-awal jika ada yang tersinggung. Ini luahan hati aku secara peribadi dan pembaca diminta berfikir secara rasional di luar sedikit dari kotak pemikiran.

Dua jam empatpuluh minit lepas tengah malam ini genap seminggu isu kehilangan MH370. Bila aku kaitkan dengan bidang kerja aku (audit) - apa
yang berlaku (finding/s) akan kita lihat puncanya dan cuba perbetulkan semula dari awal agar kesilapan tidak berulang. Jika ada kecuaian contohnya kehilangan sejumlah wang dalam akaun; 2 langkah akan diambil. Pertama mencari ke mana hilangnya wang tersebut dan keduanya (pada masa yang sama) siasat bagaimana kecuaian berlaku hingga boleh kehilangan wang.

OK berbalik kepada isu kehilangan pesawat MH370. Langkah pertama diambil dan kini disertai 13 negara. Bagaimana dengan langkah kedua? Dikatakan pesawat dalam keadaan baik dan segala sistem sepatutnya berfungsi dengan baik. Tetapi berlaku sebaliknya. Penyelenggaraan terakhir ialah 12 hari sebelum penerbangan (di AIROD pada 23/2/2014). Adakah kita lihat/siasat semula proses penyelenggaraan (hari, waktu, tempat, apa dan siapa yang lakukan)? Laporan hanya keluar tentang berita misi mencari dan menyelamat. Mana berita tempatan tentang siasatan dalaman penyelenggaraan?

Satu lagi apa yang penting sedang/akan berlaku sekitar dalam dan luar negara. Dalam negara : Boleh tahan juga – PRK Kajang; bicara/keputusan liwat; kerugian MAS; bekas Ketua Menteri Sarawak; air (kemarau); jerebu; PATI; dera amah; rokok seludup; kalimah Allah; sukan - dan mungkin banyak lagi yang aku miss. Luar negara : Rata-rata isu ketidakstabilan politik serta pemberontakan seperti di Thailand; Crimea (Russia); China; sebahagian negara Arab; kejohanan All England dan tidak ketinggalan perbicaraan pasangan Malaysia di Sweeden.

Segala fokus kita sekarang dihalakan kepada kes kehilangan MH370. Itu pun tolak tepi sebab lebih spesifik lagi fokus hanya kepada misi mencari dan menyelamat. DIselang selikan dengan beberapa iklan spekulasi; publisiti bomoh (hahahah buat malu Malaysia jah); dan begitu ramai sekali jurucakap dalam sidang akhbar hingga maklumat jadi tak konsisten.

Terkini dalam peta; liputan misi seperti menutup laluan udara, darat dan air ke Malaysia (kebetulan agaknya – ada apa-apa yang aku miss sehingga berakhirnya PRK Kajang?); enset boleh dihubungi sewaktu dalam penerbangan (aku selalu naik flight tapi biasanya ada arahan tutup enset supaya tak ganggu sistem penerbangan; errr para penumpang ni ada dalam negara ke sewaktu kejadian? errrr...). Ishhhh Kalau nak main-main pun, besar belanja nih tau...

Sidang media 9/3/2014 – Hishammuddin mengatakan bahawa pesawat Boeing #MH370 mungkin telah berpatah semula ke KLIA. Naluri aku berat mengatakan MH370 'selamat didaratkan' di mana misi mencari dan menyelamat bermula.


YAB Perdana Menteri turut hadir (kebetulan... Bukan untuk beri taklimat) di kem ilmu Janda Baik pada 7/3/2014 dan masih di sana bersarapan esoknya; 8/3/2014. MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira jam 2.40 pagi 8/3/2014. Tak ada apa-apa yang tak kena, kan? Saja je aku letak gambar ni kat sini.

Adakah apa-apa yang kita perlu tahu tapi tak boleh diberitahu? Apa yang ingin disorok/sekat dari pengetahuan kita? Permainan siapa? Kenapa alih fokus dan libatkan perhatian masyarakat dunia?

Kepada yang terlibat, ingatlah ALLAH MAHA BESAR

related posts plugin for wordpress, blogger...
^_^

0 comments:

Post a Comment

Tulislah apapun, aku baca...