Home » » Panas Melampau-lampau Dan Berjerebu La Pulak

Panas Melampau-lampau Dan Berjerebu La Pulak

EmpayarUtama - Thursday, March 6, 2014 : 6 comments

Lama tak sentuh blog. Yang betulnya aku belum dapat ejas ‘timing’ bila Johor ubah cuti untuk kerajaan dari Sabtu/Ahad kepada Jumaat/Sabtu. Sebelum masuk Januari 2014 lagi aku dah cuak dan jeles dengan masa. Kiranya sudah dua bulan lebih la ni ‘tuning lom betul lagi’.

Apa taknya; budak-budak ke rumah
‘baby-sitter’ lima hari seminggu (Senin hingga Jumaat). Yang bersekolah pula dari Ahad ke Khamis. Aku dan orang rumah kerja Senin hingga Jumaat. Cuti hari Sabtu dan Ahad.

Jadi masa sanggang aku hanya pada Sabtu dan Ahad. Dua budak ada kelas pada hari Sabtu 7.15 pagi hingga 1.00 tengahari. Transporternya bapak budakle. Dan hari minggu, Ahad - aku jadi ‘full time transporter’ sebab tak kerja tapi budak-budak sekolah. Van sekolah hanya ikut jadual ambil dan hantar dari rumah ‘baby sitter’ ke sekolah dan kembali ke rumah ‘baby sitter’. Dia tak dapat ejas tiap hari Ahad ke luar kawasan hingga ke rumah aku. Bukan masalah duit tapi jadual perjalanan van sekolah dia pula akan lari. Hambek ko. Takkan hari Ahad pun kena hantar budak-budak ke ‘baby sitter’? Dah kira 6 hari seminggu dah tu. Harga pun kira lain ler...


Jadi, duit bas sekolah tetap cam biasa sama cam tahun lepas cuma duit minyak aku bertambah setiap Ahad 4 kali sebulan. 6.40 pagi satu trip; 10.00 pagi satu trip; 11.30 pagi satu trip; 12.30 tengahari satu trip; 1.40 tengahari satu trip; 3.00 petang satu trip; 4.00 petang satu trip dan 6.30 petang satu trip lagi. Semuanya lapan trip untuk setiap hari Ahad saja. Banyak trip tu sebab ada yang sekolah agama belah pagi dan ada pula yang belah petang; ikut sesi sekolah kebangsaan/menengah diorang. Tiap satu trip tu pulak makan masa paling kurang setengah jam. Mau pengsan haku...

Itule rutin aku sepanjang 2 bulan lebih setakat ni. Senang cakap, selain kerja – tahun 2014 ni aku terlebih sibuk berbanding tahun sudah. Santai sekeluarga hanya pada Sabtu petang dan masa tu aku pulak yang nak berehat buang penat seminggu...

Entah bila hidup boleh kembali normal; ada yang cadangkan pindah ke negeri lain yang semua agensi/jabatan cuti hujung minggu jatuh pada hari yang sama (Sabtu/Ahad). Peninglah. Harap kengkawan semua dapat faham sebab apa belog terbengkalai sampai ranking Alexa mencanak-canak. Hati panas, ‘blur’ pun ada.


Errr, tajuk tu kena tak dengan cerita ni?





6 Comments

6 comments:

  1. Replies
    1. Ahahahah lambatnya saya nak jawab.

      Panas tu hati yang panas... jerebu tu dah nak masuk tahap bengong tak terurus masa :(

      Delete
  2. agak lari jugaklah..hehehe..takpe2, take ur time.. :)

    ReplyDelete
  3. x cuba cari keja lain ke ?. mana la tahu ada nak bukak bisness sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe makasih Nana. Lom brani nak bisnes sendirik lagi :)

      Delete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~