Suasana Di Stesen Bas Kisah Seram UUM: The Untold Story Bertuah Punya Cabutan Bertuah!!! Alamak Nazir Datang Melawat Aku Tak Mampu Menahannya... Kesabaran Dan Kejujuran Diri (Teknik Belajar Menipu ^_^) Koleksi Gambar-Gambar Panas
Cerita Yang Jarang Terkini :

Bukan Kes G1M Yea

Empayar Utama - Tuesday, June 17, 2014 : 5 comments

Ini gambar kereta lama. Oleh kerana kereta lama, aku beli insurans pihak ketiga (third party) aja. Doblas tahun kat tangan arwah abah, lima tahun kat tangan sendiri. Kiranya dah lebih namblas tahun jugalah. NCB pun dah maksima 55%.

Baru-baru ni masa nak perbaharui insurans, aku ke pejabat pos. Selesa
berurusan di pejabat pos saja. Tapi bila buat semakan, insurans kena dekat nam ratus dan NCB dah kosong. Adik kerani yang cun tu kata mereka ejen saja dan tak dapat nak tengok apa 'claims' yang dah dibuat tahun sebelumnya.

Mau tak mau kenalah aku ke pejabat insurans tersebut di bandar. Parking punyalah susah. Adik kerani syarikat insurans tu tolong kirakan dan katanya masih ada lagi NCB 55% tu. Jadi insurans cuma kena kurang dua ratus. Bila aku 'confirm' nak buat bayaran; baru dia tanya ada 'transfer' kepada kereta baru ke? Alammmaaaakkkkkk. Peciter nih?


Cilok Google sempena kes G1M;
kalau kena pun rasanya 'ikan bilis' jah...

Takpe, dia tolong talipon HQ di KL. Dari perbualannya aku dengar seseorang di KL tu akan 'reset' balik kepada 55% NCB. Adik kerani depan aku kata sistem belum dikemas kini. Aku kata kat dia – polisi pun aku tak dapat. Dan betullah cuma kena bayar seratus lebih je insurans kereta tu.

Semalam aku sempat bersembang dengan Nizam (ini nama sebenar; member kat pejabat pos) dia kata mungkin syarikat insurans sengaja blok supaya pemilik kenderaan tidak buat urusan dengan ejen tetapi terus kepada syarikat insurans. Satu lagi kemungkinan, syarikat insurans sengaja buat begitu jadi bila pengguna tak 'alert' atau tak perasan; mereka bayar harga penuh. Untungle syarikat insurans. Camni pun ada....

Errr, sebenarnya NCB (No Claims Bonus) ke NCD (No Claims Discount) ?