Suasana Di Stesen Bas Kisah Seram UUM: The Untold Story Bertuah Punya Cabutan Bertuah!!! Alamak Nazir Datang Melawat Aku Tak Mampu Menahannya... Kesabaran Dan Kejujuran Diri (Teknik Belajar Menipu ^_^) Koleksi Gambar-Gambar Panas
Cerita Yang Jarang Terkini :

Bermuka Muka

Empayar Utama - Sunday, November 9, 2014 : 12 comments

Bila terdengar bunyi kucing bergaduh kat luar, teringatlah yang Aku Tak Mampu Menahannya.... Siapa yang belum baca cuba klik cerita yang amat menyayat hati tu.

Kali ni aku nak kongsi pemerhatian dan pengalaman (bermakna ini pandangan peribadi ya) pasal kucing lagi. Suka datang mengeow depan kita mintak
makan atau dibelai. Inilah satu-satunya haiwan yang sangat pandai bermuka-muka hingga kita tak perasan akan kezaliman / kekejamannya.

Dianugerah 'renungan makrifat' (aku yang gelar) hingga cicak di siling hatta burung yang bertenggek di ranting, jika bertentang mata akan jatuh di depannya. Kucing juga sanggup makan anak sendiri biarpun dah beberapa kali melahirkan. Yang teruknya dia pilih yang mana satu untuk dimakan walaupun anak-anak tu dah lebih dua minggu.
Anak mati kena langgar tak nak pula dia makan.

Sebelum tu meh kita fikir guna logik akal benda-benda nih:
1. Dalam Al-Qur'an atau lebih tepat lagi - dalam senarai nama-nama binatang dalam Al-Quran; kucing tak pernah disebut.

2. Kisah Muezza/Mu'izza (kucing kesayangan Nabi Muhammad) serta kisah Nabi bangun sewaktu azan hanyalah riwayat yang tak pasti kesahihannya. Siapakah periwayat yang tidur/bangun bersama Nabi, lihat Nabi ingin pakai jubah, lihat Nabi potong lengan jubah hinggalah ikut Nabi kembali ke rumah; seterusnya nampak penghormatan diterima Nabi dari kucingnya selepas solat? Siapa orang pertama yang sebarkan 'kisah' ni?

3. "Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya."

Yang ini dengan ayat-ayatnya sekali kabur. "budaknya" merujuk kepada siapa? "ketika ia sampai di rumah Aisyah" jelas bukan budak suruhan Aisyah. "Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya." - siapa yang beri isyarat? Aisyah tengah solat! Sipencerita tu boleh tunggu sampai Aisyah habis bersolat dan tengok semua yang berlaku hingga Aisyah makan bubur tu! Jika benar sipencerita tunggu - jagalah dulu bubur agar tak dijamah kucing!

Oke dah, dah, dah. Kita berbalik kepada cerita kucing.

Yang paling kejam; itupun kalau korang perasan - kucing buru mangsa walaupun tak lapar. Bila berjaya tangkap tikus, atau apa saja mangsa; akan disiksa sebelum mati. Mangsa akan digigit sikit dan dicuit agar bergerak untuk dimain-mainkan. Jika pergerakan mangsa masih laju, digigitnya lagi supaya lemah. Dicuit lagi suruh bergerak dan begitulah seterusnya hingga tidak
dapat bergerak langsung. Pas tu terpulang sama ada nak dimakan atau ditinggal camtu aja.

Dalam persekitaran kita - burung, kucing, arnab, ikan, anjing, ayam, itik, lembu, kambing, kerbau; mana satu paling suka bergaduh sesama sendiri? Tak de ribut tak de taufan tiba-tiba je bergaduh, dan kalau bergaduh dia punya bising perghhhh... Betul, cubalah perhatikan. Dan sifat bermuka-muka; 'zalim/kejam tak nampak' dan suka bergaduh sesama sendiri ini diwarisi sebilangan kita.

Perkongsian ini tak bermaksud aku benci kucing atau ajak korang semua berdemo kat Dataran Merdeka untuk benci kucing. Takkkkkk. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa dan segala kesalahan kita...

Aku Memang Tak Mampu Menahannya...

Empayar Utama - Wednesday, November 5, 2014 : 7 comments

Lepas pos entri hujung bulan lepas, aku usha sorang awek ehhh salah. Aku usha ChurpChurp sebab iklan dia macam makin kurang atau senang cakap - langsung tak ada. Tak taulah kalau promosi berbeza mengikut individu. Korang punya (yang ada joinler) camana?

E-mel pun macam ada tak ada. Yang
pastinya promosi untuk aku kosong:


kosong... kosong... ooo (nyanyi macam Najwa Latif tau)

Lepas tu ada satu promosi McD sekejap jer satu hari dah habis. Esoknya ada lagi kendian habis dah... Dua hari lepas ada dua (Dreamland & 3D Art), itupun hanya beberapa jam dah tutup. Semalam sunyi sepi. Aku tengok 'profil' sebab seingat aku ada link (affiliate) untuk promot ChurpChurp. Tapi profil aku cuma camni:
Alamak, apa jadi? Aku usha pulak tempat lain yang turut tawarkan program ini:
Hasilnya; Australia - hanya promosi churpchurp itu sendiri. China - juga hanya promosi churpchurp; malah masih gunakan platform lama. Malaysia - tiada promosi. Filipina - dua promosi termasuk churpchurp itu sendiri. Thailand - hanya satu promosi; terhad kepada 'Social Share' dan 'Snap Share' sahaja. Hanya Singapura yang masih aktif dengan sepuluh promosi. Tak caya? Boleh tengok screenshots kat sini. Kemaskini pagi ini: Thailand ada tambahan satu; Singapura tinggal 9. Yang lain camtu ler...

Jadi, (hahahah ini sambungan ayat untuk tajuk entri atas tu) jalan terbaik yang aku buat ialah:
Prosesnya 60 hari. Harap-harap hujung tahun ini masih hidup. Ini sekadar contoh. Takutler ianya bertukar setakat jadi media sosial sahaja atau tak dapat bertahan lama :p


Spontaneous Saturday - Penyokong Cilik

Empayar Utama - Saturday, November 1, 2014 : 6 comments


Putera Nur Aisy Syafiq, 68 hari...

Minggu lepas majlis potong jambul, minggu nih kasi botak. Tinggalkan kenangan sempena final Piala Malaysia JDT vs Pahang malam nanti.