Cerita Yang Jarang Terkini :

Jimat Ruang Entri Menggunakan jQueryCycle Dengan Fungsi Shuffle

Empayar Utama - Sunday, May 24, 2015 : No comments

Aku tertarik dengan slideshow yang disediakan Busuk.org. Baru-baru ini Busuk-org kemakini laman webnya dan banyak 'features' menarik seperti pilihan kod widget serta auto ping.

Salah satu ialah widget slideshownya. Jadi aku cuba ejas kalau kalau boleh diletakkan slide itu di dalam entri pos. Gambar sebelah takde kena mengena pun dengan cerita ni tau.

Rasanya aku pernah letak slide nih dalam kempen jimatkan air. Selain dari penggunaan marque, slider juga bantu kita jimatkan ruang jika banyak gambar/imej yang nak kita paparkan. Tapi oleh kerana blog ni banyak sangat slide atas bawah kiri kanan; aku kena sentiasa update jQuery script kepada yang terkini.

Mari lihat bagaimana rupa kodnya:

<script src='https://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js' type='text/javascript'></script>

<script src="http://yourjavascript.com/1332412970/empayarutama-jquerycycleplugin.js" type="text/javascript"></script>

<script type='text/javascript'>
$(document).ready(function() {
$('.slideshow').cycle({
fx: 'shuffle'
});
});
</script>

<style>
.slideshow {height:250px; width:300px; margin-left:75px;}
.slideshow img { border: 1px solid #eee; }
</style>

<div text-align="center" class="slideshow">

<div>
<img height="250px" src="imej pertama yang saiznya kalau boleh sama dengan width dan height yang berwarna pink" width="300px" />
Penerangan gambar / imej pertama</div>


<div>
<img height="250px" src="imej kedua yang saiznya kalau boleh sama dengan width dan height yang berwarna pink" width="300px" />
Penerangan gambar / imej kedua</div>

</div>
<div style="clear: both;"></div>

Skrip jQuery warna merah tak perlu jika blog korang dah ada (tak kisah apa version pun. Mungkin dah ada dalam template blog; dalam posting sebelum ini; atau di widget kat sidebar)

Yang berwarna hijau tu pula jarak imej dari tepi kiri blog. Ejas le cantik-cantik.

Boleh juga jika nak tukar fx: 'shuffle' ini kepada fx: 'fade' atau timeOut: 4000. Nombor pada timeOut adalah kelajuan slide. Lebih besar nombornya, lebih lambat slide bertukar.

Satu lagi, kalau nak guna fx: 'scrollUp' pun boleh tapi penerangan gambar tak keluar. Hanya gambar yang skrol ke atas.

Dalam kotak atas cuma ada 2 set imej, salah satunya aku tandakan dengan warna oren. Jika ada lebih gambar/imej, tambah sendiri ya. Salln je kod warna oren tu di bawahnya bergantung kepada berapa banyak imej yang korang nak letak.

Contoh bagaimana slide ini berfungsi (Arkkk border tu aku tambah kendian):





Aktiviti Akhir Bersama...

Aku Tak Mampu Menahannya

Kisah Seram UUM - The Untold Story

Koleksi Gambar Gamber Panas

Maafkan Aku Cikgu


Nanti aku kongsi slide yang lain yea :)




Kejohanan Futsal Dan Bola Jaring KEMAS Negeri Johor 2015

Empayar Utama - Sunday, May 10, 2015 : 3 comments

Semalam berlangsung acara futsal dan bola jaring KEMAS Negeri Johor tahun 2015 bertempat di Mini Stadium KulaiJaya. Olehkerana ada 26 bahagian Parlimen di Negeri Johor maka kedua-dua acara terpaksa di bahagi kepada 8 kumpulan. Tak cukup dengan itu hanya 4 kumpulan setiap acara dapat diadakan di padang mini stadium manakala selebihnya guna
padang sekolah bersebelahan.

Acara bermula seawal jam 8.15 pagi tapi disebabkan masalah komunikasi; kumpulan bola jaring Parlimen Johor Bahru (dalam kumpulan D) sudah tersalah padang daaaa. Nasib baik perlawanan pertama mereka hanya bermula pada jam 9.30 pagi. Kalau tak kira 'walkover' sajalah jawabnya.

Adriana
Muka dia nampak cuak sebab pergi kena naik kereta cikgu...

Untuk jimat ruang, aku guna slide jah. Meh tengok:

Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Kumpulan D cuma ada 3 pasukan. Game pertama seri manakala game kedua menang. Mungkin terkejut sebab tiap kali latihan dalam dewan. Tak rasa luas sangat jadi bila main kat padang suasana berbeza lebih-lebih lagi kelajuan balingan bola mereka tak pandai nak ejas. Nasib baikla game kedua dah boleh sesuaikan diri, dan dapat masuk suku akhir selepas jadi juara kumpulan.

Cuaca memang panas gila. Game suku akhir bermula pukul 2.15 petang. Mood nak main pun macam dah tak ada. Jurulatih yang bimbing serta beberapa tenaga pengajar pun ada yang dah balik. Terkontang kanting budak-budak tu. Keputusan suku akhir, kalah 1-7 dan tengokle gambar last tu laju jah mereka nak keluar padang sebab tak tahan panas.

Kat bawah ni video yang aku pos buat kenangan:

Walaupun KEMAS dan tenaga pengajar bukan di bawah Kementerian Pendidikan; tapi sempena Hari Guru ni nanti; aku ambil kesempatan ucapkan Selamat Hari Guru juga kepada mereka dan kepada semua guru di Malaysia :)