Home » » Twitter Link URL

Twitter Link URL

Empayar Utama - Saturday, July 25, 2015 : No comments

Aku tak reti nak letak label tips ke atau tutorial untuk cerita ni. Dan satu lagi kalau perkongsian ini salah, mintak maaf awal-awal kepada yang berkenaan ya hehe.

Cerita ni untuk mereka yang beriklan dan kongsi iklan mereka di tempat selain dari twitter. Kalau ada pembaca yang singgah; baca jelah ya mana tau
satu hari nanti teringin nak pasang juga kan, kan, kannnn.

Sebab apa aku kata selain dari twitter? Sebab ada iklan yang dikongsi kat belog sebenarnya tak dapat duitpun kalau kena tekan. Ini kerana link yang dikongsi tu ada sikit salah der. Iklan apa pun tak kisahlah yang penting baca syarat-syaratnya dulu :


Part Ni Aku Cuak Sikit Hahahahahah
Bes tu camana nak dapat link twitternya? Cenggini :
Ikut pada imej atas ni kan, nombor 1 adalah link untuk ke page segala tweet kita sendiri.

Nombor 2 adalah link yang dibekalkan oleh advertiser. Bila kita letak arrow mouse (hover) atas link tu; kita dapat lihat link twitternya di sudut bawah kiri skrin. Klik kanan mouse dan pilih 'Copy link address' (aku letak sebagai nombor 3).

Buka tab baru dan cuba paste link tersebut. Macam ni :

Haaa, link macam itule yang perlu dikongsikan bila ada syarat ...Earnings will only be credited for clicks generated from Twitter. Tapi tak bagitau Twitter Account ke atau Twitter Link ke...

Alasan aku berkongsi cerita ni :
A bersembang ngan pakcik gugel, ternampak link twitter aku. A pergi ke page twitter aku dan berminat dengan iklan Z. Linknya 'haaaacccchooooomm'. A tekan link tu nak tengok apa kandungannya...

B buat blogwalking, singgah kat belog aku. Nampak iklan Z dan berminat nak tau. Linknya 'haaaacccchooooomm' (sama linknya kalau B masuk ke page twitter aku). B tekan link tu nak tengok apa kandungannya...
Sebenarnya aku pun tak pasti bagaimana mereka akan detect sama ada iaya ditekan melalui akaun twitter atau bukan. Cuma yang aku tau, melalui akaun twitter atau di luar akaun twitter; ia adalah link yang sama dan itulah linknya (setelah diperolehi melalui akaun twitter)...


Errr, ini masuk kategori menipu ke?


0 Comments

No comments:

Post a Comment

Tulislah apapun, aku baca...