Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Berita Baik Buat Pelajar

EmpayarUtama - Friday, October 21, 2016 : 2 comments

Enam hari lepas bila puteri sulung tunjuk 'flyers' ni aku buat derkkk aja. Aku kata tak payah payah! Iyalah, satu hari seminar dari lapan pagi hingga lima petang boleh 'cover' sampai lima subjek... baik tak payah pergi sekolah sebelum ini.

Sebagai bapa yang setiap hari mengikuti perkembangan pelajaran
anak-anak, aku boleh agak setakat mana pencapaian dan sejauh mana mereka boleh pergi. Tapi kalau pencapaian mereka di luar jangkaan (lebih baik) itu 'bonus' buat mereka.

Berbaloi dengan kehadiran ke sekolah sepanjang tahun; tuisyen; kelas tambahan; serta aku sendiri kelam kabut lari dari tempat kerja untuk jemput anak pulang dari sekolah (walaupun sudah membayar tambang bas sekolah tetapi disebabkan waktu balik yang tak menentu memanglah anak tak dapat nak naik bas sekolah tu...). Aku berterima kasih kepada semua guru yang aku fikir adalah yang terbaik dalam memberi pendidikan kepada anak-anak murid.

Kedudukan dalam kelas dan tingkatan sang anak agak baik. Tapi bila dia bercerita kawan-kawannya yang lain (yang sudah daftar dan bayar untuk seminar tersebut) mengatakan dia sombong, eksyen sebab dah 'pandai' jadi tak nak pergi seminar; aku teruja dan buat sedikit kajian tentang penganjur.

Berikut apa yang aku dapat dari carian di internet:

EmpayarUtama
EmpayarUtama
EmpayarUtama
EmpayarUtama



1. Ia adalah antara salah satu dari pusat tuisyen yang berlambak di Malaysia.
2. Hanya guna handphone sebagai perhubungan. Selain itu boleh juga berhubung menerusi dua laman sosial - A. instagram - kosong; dan B. Facebook - kemaskini terakhir ialah pada 1 Jun...
3. Facebooknya mengatakan Tuisyen Akademi beroperasi sejak 24 Disember 2006.
4. Nursyafiqqah Eira (pelawat) ada bertanya tentang penulisan karangan PT3 di facebook pada 8 Oktober tapi tak berjawab...
5. Kemaskini terakhir pelawat sebelum Nursyafiqqah ialah pada 9 Mac... lama tu... dekat lapan bulan...
6. Laman web websitepart.com menyatakan website ini didaftar/bina pada 15 Mac 2016 dan dikemaskini pada 5 April 2016 - selepas sepuluh tahun beroperasi : "...was registered on domain.com, llc on 15 March 2016. The site is almost absent on social networks"
7. 'Galeri page' di laman web berstatus 'under construction'...
8. 'News and Update page' di laman web pun berstatus 'under construction'...
9. 'Groups page' di laman web... errr bukan grup tapi seperti perancangan...
10. Antara perancangan dalam 'Groups page' ialah 'Publication' yang sepatutnya telah menghasilkan 'ES Rahsia Tatabahasa' yang dijadual terbit pada Suku ke3 2016! (...dah overdue...)

Manakala carian menerusi mysbusiness.com untuk syarikat pada akaun MBB tertera mengatakan syarikat ini hidup pada 22 Disember 2015. Belum setahun mungkin fokus untuk buat seminar dan kutip duit sahaja.

Sajalah aku letak dalam slide kat atas tu satu gambar 'pemikir' yang menipu yang kerjanya kutip duit kayakan diri sendiri buat seminar sambil mengajak orang lain jadi tamak; buat kerja lain selagi 'ada masa hidup' untuk cari duit cari duit cari duit. Takkan tak perasan apa yang dia buat tu (hanya buat seminar caj mahal-mahal untung dia makan) tak sama dengan apa yang dia suruh orang lain buat (jana pendapatan selagi hidup; selagi boleh tapi bukan melalui buat seminar caj mahal-mahal)...

Aku fikir seminar 'last minute' macam kat atas tu memang bagus. Bagus untuk student yang kaki ponteng atau yang mengharap 'keajaiban' berlaku pada hari peperiksaan tanpa perlu bersusah payah bertahun-tahun belajar... Oleh kerana pada pendapat aku cikgu-cikgu yang sedia ada adalah yang terbaik; memang aku tak galakkan anak-anak ke seminar macam kat atas.