Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Kisah Seorang Pendekar

EmpayarUtama - Friday, February 10, 2017 : No comments

Tahun 2017 jadual kerja nampak sangat ketat. Tak banyak masa boleh diluangkan di rumah - kena ikut boss (tempat kerja aku yang ketiga) buat promosi di luar kawasan. Mungkin tiap ujung bulan je dapat buat kerja untuk syarikat-syarikat yang lain.

Untuk meriahkan belog ni aku buat beberapa cerita auto publish yang aku kumpul dari grup wazap je...
Semoga terhibur ya hehe

Seorg lelaki sedang memandu keretanya ..

tiba2 keretanya mengalami kerosakan
dan berhenti berdekatan dgn sebuah dojo persilatan ..

Oleh kerana hari pun sudah malam ..
dia pon pergi ke dojo tersebut dan mengetuk pintu itu..
pintu pon dibuka dan seorg pendekar tua
yg selaku pengetua dojo itu menyambutnya..

lelaki itu berkata: minta maaf tuan, bolehkah sy bermalam di sini kerana kereta sy rosak secara tiba2..

Sang pendekar tua itu lantas menerima permintaan lelaki itu dgn senyuman dan senang hati.

Dia menyediakn tempat tidur, persalinan dan makanan utk melayan lelaki itu..malah kereta itu pon dibaikinya .

Setelah kekenyangan lelaki itu pon cuba melelapkan matanya ..
selang beberapa ketika dia terdengar sesuatu bunyi yang aneh,
die teringin nak mengetahui bunyi apakah itu..
namun dibatalkan saja niatnya kerana terlalu letih.

Keesokan pagi..dia pon bertanya kepada pendekar tua tentang bunyi itu,
tetapi pendekar tua menjawab:
saya tak boleh bgtahu awak..kerana awak bukan seorg pendekar..

Lelaki itu kelihatan kecewa krn tdk dpt mengetahui tentang bunyi yg pelik itu..
tetapi apapun die berterima kasih di atas layanan yg diberikn,
kemudian dia pon bergerak pulang ke tempatnya ..


Setahun selepas itu..

keretanya rosak kembali ditempat yg sama berdekatan dojo itu ..
Dan sekali lg sang pendekar tua itu membantunya membaiki kereta
dan menyediakan tempat tidur serta makanan kpd lelaki itu ..

Pada malamnya..ketika hendak tidur dia terdengar bunyi yang aneh
yg pernah didengarinya pd tahun yg lepas..

Keesokan pg nya lelaki itu pon bertanya kpd pendekar tua mengenai bunyi itu..
tetapi dia menjawab:
saya tak boleh bagitahu awak kerana awak bukan seorg pendekar..

Lelaki itu cuba mendesak pendekar tua memberitahunya
namun jawapannya tetap sama..
die enggan bgtahu kerana lelaki itu bkn seorg pendekar.


Pada tahun berikutnya..

ditakdirkan keretanya rosak lg ditempat yg sama,
dan layanan yg sama diberikan oleh sang pendekar tua itu..

pada keseokan pg nya, seperti biasa..
lelaki itu cuba bertanya dan merayu untuk mengetahui
bunyi aneh apakah yg didengarinya malam td ..
namun pendekar tua tetap dgn jawapannya..

Akhirnya lelaki itu tidak dapat bersabar lg lalu berkata :
Baiklah! baiklah! nampaknya sampai mati pon aku xkn dapat tahu
bunyi aneh tu kerana aku bkn seorg pendekar..

Kalaulah satu2 nya cara utk sy mengetahui bunyi aneh itu
ialah dengan menjadi seorg pendekar..

macam mane caranya sy utk menjadi seorg pendekar???

Kata pendekar tua: Sekiranya benar kamu hendak menjadi seorg pendekar..
kamu mestilah mengembara ke seluruh dunia,

Kamu mesti menguasai kesemua ilmu persilatan dari 20,000 dojo persilatan di seluruh dunia..
dan kamu mesti menewaskan kesemua 200,000 pendekar handalan di seluruh dunia,
baru aku akan iktiraf kau sebagai seorg pendekar.

Lelaki itu bersetuju lalu dengan semangat yg berkobar2
dia pon memulakan pengembaraannya utk menjadi seorg pendekar ..


10 tahun kemudian...

lelaki itu kembali semula ke dojo tersebut
dlm keadaan tubuh bdn yg gagah perkasa dan berparut di sebelah muka nya..

dia berkata kepada sang pendekar tua itu:

aku telah menguasai ilmu dari 20,000 sekolah persilatan
dan aku telah menewaskan kesemua 200,000 org pendekar handalan di seluruh dunia..

Sang pendekar tua itu menjawab:
Tahniah, sekarang kamu telah menjadi seorg pendekar.

Utk mengotakan janji..
Sy akan menunjukkn kamu punca bunyi aneh itu..

Pendekar tua pon membawa lelaki itu
ke sebuah pintu papan di belakang dojo itu.

katanya: bunyi aneh yg kamu nk tahu ade di belakang pintu itu..

Dengan hati yg berdebar2 selepas penantian selama 13 tahun..
lelaki itu pon cuba membuka pintu itu..

Tetapi pintu itu berkunci..
dia berasa sgt marah lalu di tanya pd pendekar tua :
Kelakar sungguh! Mana kuncinya???

Pendekar tua pon memberi kunci kepadanya
dan dia pon membuka pintu papan itu...
apa yg didapatinya di sebalik pintu papan itu ...

ialah Pintu yg diperbuat dari Batu..

Lelaki itu pon meminta kunci dan pendekar tua itu pon memberinya..
selepas dibukanya pintu batu itu...

dia mendapati ada pintu besi disebaliknya..
Dia pon meminta kunci dari pendekar tua itu..

dan selepas membuka pintu besi..apa yg dijumpai nya ialah...
pintu yg diperbuat dari kaca..

Selepas meminta kunci dia pun membuka dan memasuki pintu yg diperbuat dari kaca,

zink,

logam,

plastik,

tembaga,

emas,

keluli,

dan timah..


Disebalik pintu timah itu die mendapati
ade sebuah pintu yang diperbuat dari Batu Marmar..

Akhirnya pendekar tua berkata:
Inilah kunci yg terakhir utk pintu marmar yg terakhir itu..

Selepas dibukanya pintu yg terakhir itu..
dia akhirnya menjumpai punca bunyi aneh yg didengarnya itu..

Lelaki itu berasa sungguh terkejut
dan tersangat kagum melihat punca bunyi aneh itu

. . . .

. . . .

. . . .

. . . .

. . . .




Tetapi dia tak boleh bagitahu anda semua apakah itu,

kerana anda bukan...

seorg pendekar